BOOK REVIEW 1

Finished the book already yet baru nak start buat review. Okay sebelum buku ni diterbangkan semula ke negeri penyu, jom kita buat review dulu!

FOR ONE MORE DAY- MITCH ALBOM


Buku ini adalah kisah benar. Tercatat bukti di belakang page buku ini. Mengisahkan kehidupan Charley/ Chick yang merindui ibunya. Ibarat pabila seorang ibu pergi, maka "tiadalah lagi doa ibu untukku". Chick terjumpa ibunya melalui pengembaraan dunia alam lain selepas kenderaan yang dinaiki Chick accident di suatu tempat berdekatan rumahnya. Namun di sebalik accident tersebut, Chick memang menyimpat hasrat untuk membunuh diri. Maka bermula lah episod kehidupan yang baru bagi Chick selepas ditakdirkan 'berjumpa' ibunya.

Sebagai pembaca dari kulit ke kulit, malah double triple ulang baca, saya sebagai Muslim ingin memberi pandangan atau  beberapa analisa sendiri

1. Alam roh

Dalam Islam memang kita mengakui adanya dunia/ alam roh. Ilmu tentang roh ni hanya pada pengetahuan Allah swt sahaja. Namun begitu, saya biasa terdengar cerita dari keluarga dan sahabat handai tentang orang-orang yang koma lama dua tiga bulan terlantar. kata mereka, jika Allah sayangkan hamba itu maka dia akan bertemu suatu perjalanan ke alam yang akan menginsafkan. Maka dia mempunyai kesempatan untuk bertaubat jika masih lagi diberi hidup selepas koma. Namun jika sebaliknya, hanya Allah yang tahu dan berdoalah mudah-mudahan Allah mengampuninya. Apa yang benar-benar terjadi di alam tersebut adalah pada pengetahuan Allah sahaja sebenarnya. Wallahualam.

Maka, dalam kisah ini, Chick bertemu ibunya di suatu alam roh. Di mana Chick merasai kehangatan pelukan ibunya dan menerima teguran demi teguran yang telah menyelamatkan keputusan kehidupan Chick. 

2. Poligami

Poligami dibenarkan dalam Islam kerana Islam tahu kehendak lelaki. Islam ni kan agama Pencipta alam ini. Mesti DIA faham apa yang memenuhi kemahuan lelaki. TETAPI DENGAN SYARAT. Bukan sesenang hati je  nak poligami okay, lelaki? Mengikut ilmu yang saya belajar dalam subjek Religon In Malaysia, Christian tidak dibenarkan mempunyai dua isteri dalam satu masa. If so, they need to divorce one of them.

Punca ibu ayah Chick bercerai adalah kerana ayahnya mempunyai wanita lain, the one who had married earlier than ibu Chick. Ibu Chick sedar apabila ayahnya kerap pulang lewat dan terdapat kereta di kediaman seorang wanita. Jadi ibunya ambil keputusan untuk mengundur diri since that woman was the first wife. Nampak? Sedangkan ayah Chick still lagi sayangkan family mereka.

3. Pandangan masyarakat-penceraian

Mengikut pada storyline buku ini, dapat digambarkan masyarakat di California suatu masa dulu seperti budaya masyarakat kampung di Malaysia. Penceraian pada masa itu adalah perkara yang sangat memalukan. Malah, kebanyakan wanita sangat takut pada janda. Bagi mereka status wanita bergelar janda/widow akan mengganggu suami masing-masing. Kalau di Malaysia, would be mentioned as 'janda berhias'. Tetapi Malayisa mempunya perbezaan dari segi panggilan balu dan janda. Namun hari ni same goes to Malaysia, nikah nya baru berapa bulan dah tak segan bercerai-berai. isy isy(geleng kepala). Masyarakat Barat akhirnya ambil keputusan untuk tinggal bersama tanpa nikah. Tak silap saya puncanya adalah kerana agama kristian tidak membenarkan penceraian. Udahnya lagi mengarut masyarakat Barat ni praktis kan. 

Ibu Chick merupakan widowed woman selepas bercerai dengan ayahnya. Apa yang bagus tentang ibu Chick ini adalah dia tidak membuka aib punca mereka bercerai. Obviously la salah ayahnya. Kesan dari status janda tersebut, menyebabkan ibu Chick kehilangan perkerjaan sebagai nurse. Gara-gara difitnah kerana orang sekeliling  di hospital terlalu risau akan gelaran ibu Chick. Memang diakui, ibu Chick agakla seperti janda berhias tetapi bukan atas tujuan menggoda. Lebih kepada untuk menghibukan hati yang lara. Ibarat quote "dressed up, showed up, dont bother about others"

4. Doa seorang ibu

Jika dalam Islam, betapa Islam put our mother is the best place to seek rewards. The most respected person and important person in our life. Even ayah pun disebut lambat dalam sabda Nabi saw. Kalau Muslim ditekankan kepetingan tersebut, maka tidak pelik bagi non Muslim juga. Mencintai ibu adalah fitrah. Doa mereka adalah perisai kehidupan selepas agama. Dan Islam adalah agama fitrah yang memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Selepas kematian ibunya, Chick kehilangan arah tujuan. Malahan, Chick dihantui rasa bersalah  pada ibunya sehingga lah dia sempat memohon maaf ketika pertemuan di alam itu. Namun, Chick menipu hanya kerana ingin mennunaikan hasrat ayahnya. Ibarat dtelan mati emas, diluah mati bapa. Chick sebenarnya sangat menyayangi kedua ibu bapa nya.

5. Putus asa

Islam mengajar untuk tidak berputus asa dalam kehidupan. 'Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah'. Sekalipun ibu ayah kita telah pergi meninggalkan kita sendiri, Muslim harus terus percaya kita bertanggungjawab untuk mendoakan mereka. Seterusnya meneruskan kehidupan dengan meletakkan pergantungan pada Allah swt. Dan menjadi yatim sebenarnya adalah peluang untuk kita lebih  bersungguh mengejar kehidupan sana jika kita percaya akan bertemu  ibu ayah  di syurga dengan menjadi anak yang soleh

Pesanan ibu Chick supaya "jangan mengalah" adalah azimat terakhir sebelum Chick dan ibunya kembali ke dunia masing-masing. Mujurlah jumpa ibu, kalau tak  mungkin Chick akan meneruskan hasrat membunuh diri. Dan akhirnya Chick melalui kehidupan hari tua yang bahgia. Dia malah sudah berbaik dengan anak perempuan kesayangannya.

p/s terpulang la korang nak percaya atau tidak pasal Chick ni. Tapi sejujurnya saya percaya. Dahla baca buku ni malam-malam. mula-mula takut tapi at the end last2 page tu menangis teruk. Terus call mak, rindu tetiba. 😂😢

SEBELAS PATRIOT -ANDREA HIRATA



Buku hasil penulisan Andrea Hirata tak pernah mengecewakan. Pasti akan terselit pelbagai emosi selepas menyelak sehelai demi sehelai tulisan beliau. Apa ye nak ulas buku ni?

Buku ini bukan sekadar tentang bola sepak.

Ayah Bujang terpaksa berhenti bermain bola sepak selepas lutut nya hancur. Pada asalnya ayah Bujang adalah juara jaguh kampung (senang cite). Memang ayah Bujang tidak pernah menceritakan tentang punca sakit tersebut, tetapi Bujang dapat mengetahui kisah sebenar dari kawan-kawan ayah. Ayah bujang dihancurkan tempurung lutut oleh pihak Belanda, lantaran berjaya mengalahkan perlawanan bola sepak ketika vs dengan penjajah tersebut.

Bagi mereka, jika kita tak mampu untuk menuntut kemerdekaan, biarlah kita buktikan kita bebas dalam perlawanan bola sepak ini. Hal ini kerana, perlawanan bola sebelum-sebelum ini lebih pada berat sebelah. Pihak penjajah tidak membenarkan rakyat Indonesia menang dan mesti mengalah dan dikalahkan. Tetapi ayah Bujang dan team bola nya mempunyai prinsip yang berbeza.

Meskipun Bujang tidak berjaya menunaikan hasrat ayahnya untuk mewakili ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi ayahnya telah cukup berbangga dengan semangat dan kesungguhan Bujang. Pengakhiran babak adalah dia berada di kota Paris, membeli jersey pemain kegemaran mereka. Luis Figo.


Persamaan kedua-dua buku ini adalah KASIH-SAYANG IBU AYAH. Satu nya tentang betapa cinta Chick pada ibunya, dan mungkin tentang ayah terselit sedikit. Satu lagi kisah Bujang yang ingin menunaikan hasrat ayahnya, dan pasti ditunaikan oleh si anak dengan cinta juga 💓