antara mata dan hati~HIJJAZ








Bila melihat alam yang indah ini 
Tidak terasa kebesaran Allah 
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya 


Sepatutnya rasa malu kepadanya 
Kerana anugerahnya kepada kita 
Membuat dosa rasa kekesalannya 


Buta hati lebih merbahaya 
Buta mata tidak nampak dunia 
Buta hati tidak nampak kebenaran 
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan 


Bahkan dilupakan saja 
Semua orang rasa bangga dengan dosa 
Bila menyebut neraka 
Tidak terasa akan gerunnya 


Bila menyebut syurga 
Tidak terasa akan nikmatnya 
Itu menunjukkan 
Jiwa kita mati atau buta





~Maafkanlah dia,,,,~

Kalau cakap bab kawan memang tak habih..dari kecik sampai besar..memang macam2 kawan kita jumpa.Senyap ke bising ke baik benor ke..macam2 'peel' lah.Sat gaduh sat baik..biasalah tu.TAPI,bila kita dah besar ni,ada terfikir kenapa aku perlu bersahabat??kenapa Allah wujudkan sahabat untuk kita ?? meskipun orang tu la yang pernah menyakitkan hati kita dan dalam masa yang sama dia  la penghibur kita...


                                                 it's fact!!

Hari ni ada perkara ingin dikongsi.jujurnya saya ni ramai kawan dan sudah tentu sayang mereka.tapi,manusia ni bukan malaikat, baik setiap masa~kita pasti ada buat silap..Dan saya sering silap dalam menilai sahabat..malah SANGAT2 SILAP!!...pabila ada antara sahabat saya buat silap atau lebih tepat sakit hati dgn mereka.saya akan set dalam minda dunia tidak wujud true friendship,,its nonsense!...Lihat~betapa pesimisnya saya..DAN saya percaya ramai lagi ada kisah tersendiri bila sahabat sendiri tidak seperti yang diharapkan..memaafkan kesalahan mereka??lagilah..need lots of strength!
until one day..Allah buka pintu hati membaca suatu artikel..dan baru sedar..sedar...sedar...:D

   "Hendaklah  setiap orang itu mengetahui sekiranya hendak mencari seorang kawan yang bersih daripada segala keaiban,bererti mereka hendak mengasingkan diri daripada masyarakat manusia.Jika demikian wajarlah dia duduk sendirian di puncak gunung , ketika itu tidak akan berjumpa manusia yang tiada keaiban.
Ini kerana pada umumnya setiap manusia tidak sunyi daripada kekurangan, jika dia sempurna dari suatu sudut..pasti ada kelemahan di sudut yang lain.

Sifat manusia semulajadi lemah, justeru sentiasa ada kekurangan pada dirinya. jika hendak mencari manusia di dunia ini yang tiada kelemahan memang tidak akan ditemui.Sampai kiamat pun tidak akan menjumpainya jika demikian,orang untuk dijadikan kawan!!..Orang yang bersikap demikian sebenarnya terlalu mencari kelemahan orang lain,tidak suka bergaul dengan masyarakat.

Jika orang yang hendak dijadikan kawan terdapat kekurangan, menurut hasratnya,justeru bergaullah dengan PENUH KESABARAN.
Asalkan tidak menceritakan cacat cela antara mana2 pihak.kerana diri masing2 punya kelemahan tersendiri..kerana~kita tidak sempurna... sebagaimana firman Allah:
  
"Dan dijadikan manusia bersifat lemah" _an-nisa':28 

Apakah hikmahnya??ya..Ia peluang kepada manusia membuat teguran dan nasihat, dengan teguran kita dapat laksanakan amar makruf,nahi mungkar..serta berpeluang  mendapat pahala..
Lalu,persahabatan bertambah erat pabila menerima nasihat mahupun teguran yang ikhlas itu...

Yakinlah..bahawa tiada seorang pun di muka bumi ini kecuali mesti ada kebaikan dan kekurangan.supaya yang baik itu jadi teladan,lalu yang buruk dijadikan sempadan..
Maka,sebaik baik manusia yang mempunyai sifat buruk kemudian menyusulinya dengan SIFAT DAN PERANGAI BAIK..kerana yang baik pasti akan menghilangkan yang buruk sedikit demi sedikit.

Orang mukmin yang berHATI BAIK dan MULIA ialah yang sentiasa meletakkan sifat dan perangai baik kawannya di hadapan,supaya tercetus rasa kasih dan sayang terhadap sahabat. MENCARI dan MENDEDAH  keburukan kawannya adalah sifat MUNAFIK!!Meskipun mereka mempunyai sifat baik,kita lebih berminat melihat keburukan mereka...OH  NOOO!! ...."


   BERKATA Abdullah bin Mubaraq yang bermaksud:
"Orang mukmin apabila berkawan dia sentiasa mencari punca yang boleh memaafkan kawannya,sementara orang munafik sering berusaha seboleh mungkin menyelongkar kesalahan orang lain"


Jadi,apa yang anda perlu lakukan???
 :-Jangan letak perbuatan sahabatmu dengan cara yang boleh
   memusnahkan persahabatn!!..Selagi mana anda boleh meletakkan
   dengan cara yang baik..berusahalah mnjga ikatan persahabtan itu ...:D

:-Jika kebetulan melihat perbuatan buruknya,ketika itu hendaklah
   menganggap sebagai suatu kesilapan atau tersalah orang.


Ini kerana INDAHNYA ISLAM..mengajar hati sendiri supaya tidak cepat sangka buruk terhadap orang, kerana sifat sangka buruk itu akan menganjak hati kepada mencari2 keburukan <<tajassus>> dan mengetahui rahsia orang,...

Hakikatnya manusia itu bersaudara kerana kita dari keturunan Nabi Adam as juga..
Jadi,maafkan lah SAHABATMU!!


May Allah Bless~


sumber: TGNA >>Mukmin Bersahabat Baik Sentiasa Memaafkan Sahabatnya
         terima kasih.. >.<

~>>tepuk dada ,tanya iman-mu<<~

sedarkah kita?orang Melayu makin jauh dengan Islam...sedangkan melayu = sinonim dengan islam ..malangnya hari ini berapa ramai orang melayu Islam yang mengamalkan Islam secara keseluruhan...Sedih sekali.. barangkali saya buat post ni sebab sedih sangat..jumaat baru2 ni saya ada hal di sekitar bandar perak lepas tu jam menunjukkn pukul 01:10..tengah sedap2 melantak,,hehe opss naik satu family kat restoran tu..ayah mak anak laki anak pompuan ...bawak belake..order makanan..lepas tu bukan tu je..ada la satu geng lelaki teen ni datang naik restoran..tengah happy2 sakan..pun order makanan..ada jugak teen lelaki makan sorang2 ..layan blues ,,ehehe yang tak tahan tu ada jgak couple gelak2 bersama.....eh2 tak solat jumaat ke cik abang??

 Dan aku di situ..termenung ..rasa kecewa..nasi goreng tu rasa macam tak masuk anak tekak..Ya Allah kenapa anak anak muda jadi begini?? itu belum campur kes teen perempuan + pakaiannya..tutup semua tapi  ketat.. pakai tudung tapi tak menepati syariat...bilakah kita betul2 nak ikut Islam?? bilakah kita betul2 nak ikut Islam secara kesuluruhan?? bukan separuh2..bukan part time-job...bukan ikutsukahatiakula..

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ( Al-Baqarah [2]: 208-209).

Anda sedar?? jika anda tiada sensitiviti atas isu ini,bermakna anda tidak mengambil berat masalah saudara seIslam anda...anda tiada kecintaan kepada Islam...

perasan tak?? tv banyak menayangkan perkara yang tidak elok instead of beri pengajaran.. ok saya bagi contoh..pernah tak tengok drama keinsafan terbitan syarikat Melayu sendiri?? selalunya sebelum watak utama tuh insaf,dahsyatkan kejahatan dia??pergi disko..clubbing kemain..pegang2 perempuan..atau ada hubungan dengan perempuan lain dimana pakaiannya..Nauzubillah..atau lebih teruk sampai gambar dalam bilik..Astaghfirullahal'azim...mengurut dada kalau tengok..lain2 derhaka pada ibu ayah,curang pada isteri..
yess,niat dah betul.saya tak kata salah..nak ajak ke arah keinsafan..sebab endingnya mesti tengah nangis tak pun ada zikir2..etc..the problem is mesti ke kena tunjuk perempuan berpakaian teruk? mesti ke tunjuk part lelaki dengan aksi kotornya? baru boleh dikatakan dia buat jahat??..yee kita,orang melayu silap dalam perhitungan..bukankah Allah sudah berfirman :

Al-Baqarah [42] Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Masalah lain..pernah tengok iklan di tv?? tak pernah?? isyy..tipu sangat..ok,berapa ramai wanita jadi model?berapa ramai model2 tersebut berpakaian terdedah? dan..berapa ramai model2 tersebut orang melayu?? dan tentunya ISLAM??..anda sedar? anda tak rasa sedih ke?kita orang Islam tapi seolah olah segala galanya kita ikut telunjuk barat..<kafir laknatullah> bukankah Islam sudah cukup lengkap bagi GUIDELINES pada kita?? Alquran dan Assunah kan dah ada..tapi kita?? alaa islamik2 ni segan la..karang orang cakap ustaz ustazah pulak..tak up-to-date la..kita kenalah ikut arus...
aduhh..sahabat2 ku,tidak banggakah kita sebagai umat Islam..tidak rasakah kesyukuran tidak terhingga kerana berpegang pada agama Pencipta langit dan segala isinya...bukan saja muda malah ada yang dah tua tua pun berfikiran begitu..tahukah kita?? sebenarnya orang Melayu hebat kerana Islam..ilmu kita tidaklah secerdik orang barat..kemajuan dalm segala bagai...tapi kita berpegang pada Islam,darjat kita diangkat..

yeahh!! we got nothin' when we lost Islam!!
Bukan sahaja tu,paper2 dari Malay publishing sering sahaja tunjuk gambar2 artis..terdedah sana terdedah sini..atau arti2 lelaki dan perempuan dengan aksi 'ganas'nyer kejap2..perasan tak?artis tu Malay kan?of course lah Islam..tapi kita sering sangat puja2 mereka.. cantik..lawa..hensem..kacak bergaya..comel macam kucing..hehehe..malangnya mereka Islam..sangat sedih tengok pakaian diorang..sedih bila mereka bangga dengan kerjaya seni mereka..bukan saya terlalu pesimis..kerna tak mustahil artis2 yang teruk2 ni one day Allah bukak kan pintu hati mereka untuk bertaubat..berubah..insya Allah aminnnn..sama sama kita doakan..
tapi saya terlalu kecewa pabila gambar2 tersebut merata2..di paper,,di majalah,,poster2,, BERTABURAN!! tu belum kira artis2 jadi model dalam iklan2 atau di majlis2 anugerah..aduhh kalah majlis grammy!!
tapi kita..seolah olah perkara biasa..lalu depan kedai buku nampak gambar2 tu tengok hujung mata je.. tak pun tetiba tertarik pulak nak beli...tak rasa ke sedih melihat gambar2 tu??



 lalu,kembalilah kita kepada Islam yang sebenar benarnya..berusahalah untuk mengubahnya di samping mengubah diri sendiri meskipun sebesar zarah..anda mampu mengubahnya!!


Hadis Rasulullah "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia merubah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia menolak dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)



may Allah bless~