cerpen : antara kuew tiow dan tomyam : pedulikah?

Hai, saya Pak Su. Suka makan tom yam? feveret Pak Su tu ! Pak Su ada cerita di sebalik udang dalam tomyam . . hah . . jom baca sampai habis . Penat Pak Su tulih ni . Baca tau !

sekadar hiasan



Semalam Pak Su melewati kedai-kedai di sekitar bandar. Mahu mencari beberapa hadiah mahupun cenderamata buat anak-anak saudaranya. Hebat sekali budak-budak tu dalam pelajaran. Dia tersenyum mengenangkan mereka. Jauh berjalan menyusuri jalan raya dengan motor Ego yang bertahun tidak merasa minyak hitam baru. Asap menderu laju Nanti-nanti lah servis , jawab Pak Su bila ditanya Kak Long. Pak Su berkira-kira untuk mencari nasi sebarang dua tapi melihat deretan kedai makan bukan Islam memenuhi kawasan itu, dia mematikan hasrat. Mungkin jalan depan sikit ada lah kedai makan Islam. Gerutunya dalam hati. Hah! kebetulan ni. Ada kedai servis motor. Sebelah tu restoran. Bagus ni, esok Kak Long mungkin sudah berhenti membebel pasal motornya. Dia berhenti sebentar di sebuah kedai servis motosikal.

'' Tokey, tolong tukar minyak hitam. Tukar sekali minyak gear. Lepas tu, kau servis lah mana lagi yang rosak ke, yang dah lama tak tukar ke!" Kuat suara Pak Su memberitahu taukeh Cina.


'' Aaa..boleh. boleh. Tapi lambat la sikit encik. Saya siapkan ini dua motor dulu, boleh?. You tunggu sana dulu, boleh aa? '' Taukeh membalas.


'' Tak pe, saya tunggu kat restoran depan tu. thank you taukeh''.

Taukeh Cina itu tersenyum sambil mengangkat tangan okey.


Kaki melangkah masuk. Sebuah kerusi ditarik.Bagusnya kedai ni. Pekerjanya semua menutup aurat dengan sempurna dan berpakaian kemas dan bersih. Pak Su melilau matanya merenung sekitar restoran. Ada kalimah suci. Alhamdulillah. Pengunjung restoran memang agak ramai. Sudah bertahun Pak Su mengetahui kewujudan kedai itu tetapi tidak pernah terlintas di hati ingin menjejak kaki. Memandangkan masakan ibu adalah yang terbaik dalam dunia. Dengar khabar dari kawan-kawan, memang sedap menu yang dihidangkan. Haih bertuah aku. Hari ni merasa lah makan.hehe. senyum Pak Su di dalam hati. Sedang sibuk meniliti, ada suara remaja lelaki bertanya.


'' Order apa encik?'' Sambil tangan mengunjuk senarai menu.

'' Kuew tiow tomyam..air suam segelas''. Remaja lelaki itu mengangguk laju.


Mata kembali melilau. Teringat peristiwa makan tom yam bersama anak saudara ketika pulang dari program cuti sekolah. Tomyam ber'semut' dan ber'nyamuk'. Kedai Melayu Islam.Pekerjanya bertudung elok. Pak Su memilih restoran itu kerana tertarik dengan banner besar tepi jalan. TOMYAM ENAK dengan lampu lip-lap yang menarik perhatian orang ramai. Malangnya tidak ramai pengunjung ke restoran tersebut. Pisang tidak akan berbuah dua kali.Serik ingin mengunjungi lagi. Patutlah tidak ramai orang, nasi pattaya anak buah pun ber'binatang'. Allahuakbar. Mujurlah anak saudaranya peka.

''Pak Su, apa ni?' Mendengus dia memandang nasi pattaya itu. Pak Su menggeleng-geleng kepala mengenangkan. Matanya terangkat ke hadapan pabila sebuah keluarga merenung ke atas kepalanya. Seorang lelaki meletakkan makanan di meja bersebelahan keluarga itu sambil mata memandang atas. Tersentak dari lamunan. Kepala Pak Su berpusing. TV rupanya. haih, tak perasan. Ingatkan apa tadi. 

Entah cerita apa. Cerita orang putih yang pasti. Seorang wanita dengan gaya menggoda berbisik sesuatu kepada lelaki itu dalam cahaya suram. Berselang-seli pula gambar dalam pejabat gah mereka. Tempat beroperasi mungkin. Hem cerita Barat. Tidak pernah berhenti menunjukkan kehebatan. Padahal bajet sahaja lebih. Perli Pak Su dalam hati. Mata terus merenung kaca tv. Wanita itu perlahan-lahan membuka bajunya. Lelaki itu dengan ghairah mendekati. Eh, babak atas katil. Eh, cerita apa aku tengok ni. Astaghfirullahal'azim. Pak Su terus berpusing kepala. Mata pengunjung lain masih tetap ke kaca tv walau sekali-sekala mata memandang orang di hadapan. Tidak kurang yang berbual-bual dengan kawan sambil mata melihat kaca tv. Astaghfirullahal'azim.

Pak Su berpusing kepala sebentar. Babaknya semakin ghairah. Jelas kelihatan wanita Barat itu mendedah hebat tubuhnya. Apa nak buat ni? Lucah atau porno. Ditayang umum kepada pengunjung. Tidak kira kecil atau besar. Pak Su mencari-cari pekerja kedai. Berkira-kira ingin memohon supaya ditukar channel. Tetapi risau dipanggil kurang ajar. Allah, macam mana ni? Gerutu Pak Su dalam hati. Masalahnya kalau dibiarkan lagi tidak elok. Pak Su berpusing-pusing minda. Mungkin boleh diberitahu remaja lelaki tadi. Melihatkan remaja itu, dia sibuk dengan order terbaru. Terlihat pekerja perempuan di depan restoran. Dalam berkira-kira ingin memberitahu, kakak itu duduk betul-betul membelakanginya sambil menyuap nasi ke mulut. Mata sudah tersedia terangkat melihat kaca tv. Pak Su makin keliru untuk menegur atau tidak. Lalu Pak Su buntu di situ. Hatinya hiba.

Duduk Pak Su dalam resah. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Sekejap berpusing kanan, sekejap ke kiri. Sekejap mata mencari orang, sekejap tunduk ke bawah. Allah, Aduhai,,bagaimana ini? Apa yang perlu aku lakukan? Kuew tiow tomyam dan air suam menapak tiba-tiba di atas meja. Pak Su mengangguk mengucapkan terima kasih. tangan diangkat, doa dibaca perlahan lalu diaminkan. Perut tak perlu cerita, berdentam-dentum bunyi ibarat konsert orkestra pula. Sudu dan garfu mula bersatu. Mulut mengunyah tapi hati tidak di situ. Hati Pak Su terus hiba. Pengunjung restoran semakin ramai. Sementara menunggu order siap, mata tidak lepas ke kaca tv. Pak Su hanya mampu menggeleng kecil. Makan cepat-cepat, mahu lekas pergi. Keenakan tomyam sepatutnya dirasai, masakan tidak,tomyam nya cukup dengan udang,sotong dan ayam beserta kuah pes tomyam yamg pekat. Pasti terliur jika ditunjuk pada anak saudaranya. Namun, situasi yang dihadapi mematikan segalanya. Kuah tomyam dihirup laju. Aku nak menegur sekarang ke? Beritahu tuan kedai tentang channel tv itu? Ah entahlah. Aku bukan orang agama, tapi aku juga punya rasa malu jika melihat cerita porno. Selesai menjamah, Pak Su bergegas ke kaunter.

''Berapa semua, dik? meja nombor lima.''

'' lima ringgit setengah" ujar penjaga kaunter.

Duit dihulur lalu kaki bergegas pergi. Hati berbelah bahagi. Kenapa lah aku tak tegur tadi. Aku seolah-olah meredhai rancangan itu? Eh, tapi kalau aku tegur macam nampak hebat pula. Kalau aku kena kutuk tiba-tiba, bagaimana? Lain lah aku ustaz yang dikenali di situ.Pak Su terus bermonolog. Ah, pedulikan. Perkara sudah berlalu. Menyalahkan diri bukannya mampu mengubah apa-apa. Runsing dia memikirkan situasi tadi. Kaki Pak Su menuju  ke bengkel. Dilihat motornya sudah tersedia di hadapan bengkel. Nampaknya Pak Su lebih lama di restoran tadi sehingga motor pula yang menantinya. Ini mesti pasal kes tadi yang buat aku termenung lama dalam restoran. Pak Su mengeluh sendirian lagi.

''Taukeh, dah siap aa? Bayar berapa?'' Taukeh Cina itu menerangkan sesuatu kepada Pak Su sebelum duit bertukar tangan. "okey, oraiitt. Thank you taukeh." Motor dihambat laju ke rumah. Sedap enjin masuk spa tadi, dapat rawatan selepas bertahun tidak diendahkan. Pak Su tersenyum puas hati dengan servis itu. Melupakan sekejap resah yang melanda di restoran tadi.

Pulang ke rumah, anak Kak Long sedia sudah berteleku di depan tv. Masked Rider Ryuki dengan aksi hebatnya. Pak Su duduk menghilangkan lelah di atas sofa. Iklan. Tap!! Channel ditukar.
"Issyy, gambar!!" Bentak Amin, baru darjah empat tahun ini. Manakan tidak, iklan syampu tapi dihidangkan wanita dan lelaki yang berpakaian terdedah dan aksi ghairahnya. Pak Su tersenyum. Ini hasil didikan Kak Long terhadap anak-anaknya tapi kanak-kanak di luar sana, entah bagaimana. Rancangan dan iklan tidak pernah bertapis. Jadi,apa mahu pelik kalau masyarakat hidup dengan suasana yang jauh dari agama? Media tidak berperanan besar membantu membina rakyat bertamadun. Sepatutnya, media lah antara penyumbang besar ke arah membina masyarakat yang bertamadun. Dan tamadun itu hanya akan terbina dengan Islam. Dengan cara Islam, agama dari langit. Baru tamadun masyarakat jadi sejarah. Tapi hari ini, agama entah ke mana, ilmu entah ke mana, amal pun entah ke mana. Hanya menunggu ustaz dan ustazah berceramah baru tersedar. Sepatutnya setiap orang merasai tanggungjawab itu. Haha cakap berapi, tapi aku ni?? Tanpa sedar, Pak Su berbicara sendiri.

"Pak Su cakap dengan siapa tu?" Aizat, adik Amin tersengih seperti mengusik Pak Su. "Pak Su jumpa apa tadi sampai cakap sorang-sorang?" Aizat dan Amin ketawa mengekek.

"Eh, budak-budak ni. Buat lawak apa. Saja kacau Pak Su,ya? Tak jadi lah nak bawa jalan jalan cari makan esok!!" Pak Su buat merajuk.

"Alaa..kami gurau je.Pak Su ni tak sporting lah." Cebik Amin. Aizat mula menyalahkan Amin. Mereka bertolak-tolak. " Haa tulah. Kan Pak Su dah merajuk ", Aizat menampar bahu Amin. Amin menolak kembali. Kak Long datang menyampuk "Cakaplah apa pun Pak Su tu, bawa punya kamu berdua. Tapi kalau tak mahu mandi bersiap solat jemaah di surau sekarang, ummi tak bagi keluar esok". Amin dan Aizat segera berlari-lari ke bilik air berebut mandi dahulu. Azan maghrib bergema sepuluh minit kemudian. Motor menderum ke masjid.

 ****
Ni cerita lain pulak  di sebalik udang dalam kuew tiow . Penat Pak Su tulih . baca habis na .hehe

sekadar hiasan 

Hari ini hari minggu. Pak Su sudah berjanji untuk membawa Aizat dan Amin bersiar-siar di taman rekreasi di tengah bandar. Malangnya, Aizat jatuh demam pagi tadi. Entah kenapa,silap makan mungkin. Ujar Kak Long bila ditanya.Jadi bawa Amin sahaja.Bawa motor kalau berdua, meskipun plan asal bawa kereta Kak Long.Tapi apakan daya, Aizat jatuh sakit pula.Kalau minggu hadapan,Pak Su pergi kursus untuk kenaikan pangkat.Aizat tiada rezeki untuk pergi bersama. Syafakallah.Doa Pak Su dalam hati.

Dalam kesempatan berjalan-jalan dengan anak buah,Pak Su turut membeli kelengkapan sekolah untuk Aizat dan Amin memandangkan musim sekolah bakal tiba kira-kira dua minggu lagi.Penuh tangan dengan plastik.Bukan barang Pak Su, barang anak-anak buahnya. Tak mengapalah duit habis untuk kebaikan bukan untuk kejahatan.Apa pun Pak Su mengeluh dengan kenaikan harga barang pada hari ini.Pak Su masih bujang,boleh lah enjoy.Senang untuk belanja ahli keluarga.Kak Long dan Abang Long,suaminya usah cerita. Pening kepala mereka.Bonus naik,tapi cukai pun naik.petrol pun naik.tol pun naik.bil naik. Kesian Along Along ni..hehe. Pak su tersengih sendiri ketika menunggu Amin memilih alat tulis barunya. Beli dua,untuk adik sekali. Bagusnya abang Amin . Senyum Pak Su dalam hati.Selesai membeli keperluan sekolah, Amin mula menarik-narik Pak Su.

"Pak Su, laparlah. Jom makan lepas ni. Amin rasa nak pengsan sebab lapar sangat,"gaya manja bermula.

"Pengsan ke?Pengsan la.Lepas tu gi hospital.Jimat sikit duit, hospital belanja adik makan.hehe." Pak Su mengejek sambil ketawa.

"Pak Su niii...!!" Amin mencebik. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

Pak Su terlihat sebuah restoran berdekatan. Tidak silap Pak Su, restoran itu memang ramai pengunjung terutamanya waktu rehat pekerja. Al maklumlah, kedudukan restoran itu memang strategik. Pak Su adalah sekali dua minum di restoran itu. Itupun sebab menunggu kawan.Kalau tidak, Pak Su lebih memilih "restoran rumah" atau pun minum air suam. Tekak Pak Su memang pelik.Selalu Kak Long perli Pak Su pabila makan di luar. Tekak anak emak katanya. Tetapi anak buahnya jika dibawa berjalan, tidak sah jikalau tidak diminta belanja makan. Kaki Pak Su dan anak buahnya laju menuruni tangga menuju ke restoran itu.Meja yang berhampiran dengan kaunter pembayaran  dipilih. Ketika sibuk mengatur bungkusan barang-barang anak saudaranya,seorang remaja perempuan bertanya.

"Makan,encik?"

"Kuew tiow goreng satu. Milo ais dua," ujar Pak Su bersahaja.

Pak Su tahu Amin suka makan kuew tiow. Makanan kegemaran. Amin tersenyum gembira. Pandai Pak su ni,tahu-tahu saja. Mungkin itu dalam hatinya. Pak Su meneka-neka. Sementara menunggu, mata Pak Su terarah pada kaca tv di hadapnnya. Iklan pencuci muka. Amin turut menonton. Yelah, tidak perasan kaca tv bersebelahan meja mereka. Rancangan bermula. Pak Su terus melihat. Apa lagi yang boleh dibuat selain menunggu order siap atau menonton rancangan tv di hadapan. Rancangan 'omputih' rupanya.

Seorang wanita barat berpakaian kot putih separas paha, dengan rantai mutiara nya menjerit, " Yess!! come back..! So, lets start new shows from that couple!". Ohh rancangan menari sejoli. Alaa..macam sehati berdansa la. Tapi, yang ni bukan suami isteri,bantai sahaja sesiapa pun.Orang barat, maju tetapi tidak bertamadun. Rakyatnya langsung tidak mempunyai etika. Makan tidur kerja. Ahh malangnya sistem kapitalisma. Semua merana, miskin atau kaya.Tertekan!!Pak Su bermonolog sendiri. Mata masih terarah ke tv. Allah..berpelukan, terselak sana, terselak sini, terpegang sana sini. Pakaian?? yang tu belum lagi. Macam tidak cukup kain. Couple yang ke berapa entah, boleh tahan lagi pakaian wanita nya. Itupun sakit kepala melihat. Nauzubillah, next couple. Wanita itu memang seperti tidak berpakaian langsung. Menari dengan aksi ghairah. Pak Su tertunduk.
 "Pak Su, teruknya cerita ni! ''Amin mula mendengus."Tukar lah, Pak Su," Amin mendesak pula.
Eh, Macam kedai dia pula."Amin jangan tengok. Pak Su pun tak tengok. Teruk betul.". Pak Su mula berkira-kira untuk meminta tuan kedai atau pekerjanya menukar channel. Mungkin tidak salah, katakan anak saudaranya ingin menonton rancangan lain. Tiba-tiba, dua orang pekerja restoran itu duduk di hadapan mereka, sementelah punya satu kerusi kosong di hadapan. Dan order juga sampai pada masa yang sama. Amin mula mengisi perut yang kelaparan. Pak Su meneguk milo ais. Pekerja itu rancak berbual tentang rancangan itu. Mereka menyebut-nyebut nama-nama couple itu.

"Eh, musim lepas diorang kalah ke?" Seorang akak memulakan bicara. Di tangan beberapa biji kentang dan ulas bawang.

" Tak lah.Yang tu couple yang lain." Ujar pula kawannya. Sama sibuk menghiris bawang. Mereka terus bersembang dengan rancak.

Tayangan di tv,usah cerita. Turut rancak dengan aksi ghairahnya. Pak Su terpandang sekali-sekala. Allah..macam mana nak tegur? Kalau orang restoran pun enjoy sekali. Peminat setia rupanya. Dengan pelanggan yang ramai, rasanya memang tidak sepatutnya berenjoy di sini. Tidak malukah? Pemilik restoran itu sahih Melayu dan beragama Islam. Semua orang tahu. Pekerjanya pun semua Melayu dan bertudung dan berpakaian menutup aurat. Tetapi, rancangan itu boleh diketegori lucah. Jelas sekali tidak senonoh/Bermonolog lagi, geram Pak Su barangkali. Amin pula makan dengan laju. Kuew tiow tinggal sedikit, disuruh habiskan. Lekas-lekas pulang rumah. Ujar Pak Su berkali-kali  kepada Amin.

Enjin motor terus dihidupkan. Ego bergerak ke jalan raya. Ingatan Pak Su terus kepada peristiwa sebentar tadi. Seperti baru berlaku. Bila ye? Cuba diingati. Ohh! Ketika ego dihantar ke bengkel seminggu lepas. Dan Pak Su mula hiba. Situasi yang sama. Perasaan yang sama. Cuma kisah yang berbeza. Yang lebih Pak Su sesalkan,tiada sebarang tindakan yang mampu dilakukan melainkan benci di dalam hati. Allahurabbi..selemah-lemah iman tu. Pak Su sesal, mengapa kita tidak mula membina masyarakat melalui media sekalipun di restoran, sekalipun tengah sedap melantak. Boleh sahaja ditayangkan kisah-kisah Nabi. Boleh sahaja ditayangkan filem atau telemovie yang membawa kepada pengajaran. Boleh sahaja ditayang tazkirah, forum agama atau bicara ilmiah. Mungkin terjadi sesetengah pelanggan akan menolak rancangan sebegitu. Namun,sekurang-kurangnya buka lah untuk tontonan bersama. Pelanggan tetap di situ, tidak lari kerana tujuan pelanggan untuk makan, bukannya menonton tv. Jikalau dibuka rancangan yang baik-baik dan yang boleh mendidik, bukankah sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka?

Lampu isyarat merah. Berhenti sebentar. Pak Su terus bermonolog sendirian. Jika tuan restoran beralasan rancangan ilmiah tidak akan menarik perhatian pelanggan, lalu, sukakah pelanggan dan pekerja bersama-sama share saham dosa? Bukankah rezeki milik Allah. Tidak tahukah bahawa ulat di dalam batu telah Allah sediakan rezeki? Ini kan kita. Khalifahnya..sudah tentu ada. Berusaha tetapi dengan cara yang halal dan baik. Kalau setakat halal tetapi tidak baik, mana jadi! Islam bukan separuh separuh! Matlamat tidak meghalalkan cara. Mahu kaya tetapi bukan bermakna apa saja cara pun boleh. Islam kan ada garis panduan. " Pak Su, dah hijau!" Amin menjerit. Tersentak Pak Su dari lamunan buah fikirannya. Ego bergerak pantas.

Entahlah. Mungkin juga mereka tidak tahu. Pak Su bersangka baik. Entah apa mahu dikata. Ceramah agama dan kuliah pagi, petang, siang dan malam merata-rata di Malaysia hari ini. Mungkin tiada ustaz yang berani atau ambil tahu untuk tegur perkara yang dianggap remeh ini. Pernah Pak Su suarakan kepada kawan sekerjanya. Kata mereka, " Alah, bukan apa pun. Cerita tv je lah. Orang Barat biarlah. Benda remeh pun kau ambil tahu..haha!". Err.. remeh ke? Diajar masyarakat melihat pakaian terdedah,berpeluk-peluk, aksi ghairah dalam gelap. Remeh ke?? Memanglah orang Barat tetapi kita ada pilihan untuk elakkan masyarakat terdidik dengan budaya songsang mereka! Tiada moral,tiada akhlak dan berbagai-bagai lagi. Boleh saja dididik melalui larangan dipasang rancangan tv yang tidak baik untuk disajikan kepada masyarakat. Melayu oh Melayu. Bukan mahu membenci. Tetapi, ingatlah kita mulia dengan Islam. Asalnya kita ini bukan bangsa yang hebat. Kerana Islam, kita sedikit sebanyak diangkat. Pejuangkanlah Islam dahulu bukan Melayu semata-mata.

Apa kata Saidina Umar Al Khattab,
"Kami adalah kaum yang paling lemah dan paling hina, kemudian Allah memuliakan kami dengan ISLAM dan sekiranya kita mencari kemuliaan dengan jalan (melalui cara) yang lain dari ISLAM, Allah akan menghinakan kita"
Semoga Allah membuka pintu hati dan memberi hidayah kepada hati-hati ini. Jika mereka berubah suatu hari nanti, tidak mustahil!! Pak Su berdoa dalam hati. Motor ego Pak Su terus menderum laju. Menuju ke destinasi yang bakal merubah dunia!


 Customers are always right? err
[Cerita ini rekaan semata-mata.Sekadar ingin memberi kesedaran kepada peniaga Melayu Islam]



Mari membina masyarakat Islam yang sebenar >,<

# gambar : google images, tiada kaitan dgn cerita Pak Su ye :)

Ferrari , Pierre Cardin di DARUL TAQWA



Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya.

Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya, teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan, "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki". "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan".

Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? 
Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. 
"Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni!" "MasyaAllah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya! Apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut- rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.

"Macam tak lalu makan saja, anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita", keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insyaAllah. Kita tak perlu hospital."

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya."

"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAIL DATANG TIBA-TIBA Oh... Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer, 'RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema, "Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi..."

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Juruterbang helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. "Kenapa?". Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya.." "Habis, mereka mahu apa?". "Mereka mahu Islam, Datuk!". "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya terlihat sepanduk di hadapan tertulis, "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI". "Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah!".

"Tak mungkiiinnnn!!!". Datuk Dr. Johar jatuh pengsan.

# Cerpen ini dinukilkan oleh seorang hamba Allah yang hebat. Pertama kali membacanya dalam majalah kecil dari IIUM milik kakak ketika masih darjah. Masih segar dalam ingatan sebab cerpen ini sangat unik. Kalau dulu sekadar rasa kagum dengan imaginasi penulis < budak2 lagi :p  >. Tetapi hari ni terasa bayangan imaginasi semakin realiti.. insya ALLAH ini negara Islam yang bakal tercapai sikit lagi :)

.> Cuba teka siapa penulisnya<< comment awaited >.<

Benda yang silap dalam novel

Pernah baca novel? tahu atau tidak bahawa novel lebih banyak menipu dari kebenaran. Lebih banyak khayalan dari realiti. Tahu atau tidak segala cerita yang punya sangkut paut dalam novel hanyalah khayalan semata-mata. DAN peratus untuk wujud kisah2 dalam novel adalah 0.000000000001

Ha . Ha . Ha .
Percaya atau tidak?
Kena tipu tapi kadang2 termasuk dalam alam tu. Betul?

- Sikit sikit mula cerita dengan terlanggar. Kenal sebab pernah terlanggar tergolek, terjatuh, or hampir eksiden. lepas tu dah macam jodoh pulak, asyik terserempak je.

- Ada sesetengah novel yang buat kes terlanggar ni. lepas tu terlanggar lagi banyak kali. Asyik langgar je. basi dah langgar2 ni. bukan nya orang sekarang tak pandai jalan tengok depan, tak pun terlalu ayu sampai jalan main langgar je. ada ke?

- yang lagi basi. Dah bernikah tapi duk bilik berasing. haiyya berapa ramai suami isteri yang dah berkawen duk asing2 bilik. tak tau hukum ke kawan? Seriuss memang tak masuk akal. Banyak sangat novel sekarang ni jadi macam ni. For information so klise corny.

-Lagi satu, kahwin kontrak.hah yang ni problem besar. kahwin kontrak hukumnya haram dan tak sah perkahwinan tu, masalahnya penulis ni tanpa segan silu tulis cerita tentang perkahwinan kontrak. Dan sudah tentu kita tahu ending nya.. memanglah happy ending. tapi mengapa kita disebarkan perkara yang bertentangan dalam agama???

- Dari segi agama, cerita memang la islamik. Nama tajuk novel pun, fuhh hebat! Gadis itu memakai tudung yang menutup auratnya. Lelaki itu menjaga solatnya.mereka anak yang mentaati oerintah Allah dan rasul. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik Tup Tup keluar berdua kat shopping compleks. So what de...??

- kes lain, bukannya tak tahu, hukum bersanding yang berpakej ni. Siap ada merenjis mawar, tepung tawar dan sebagainya. bukan ke Islam dah kata IT IS PROHIBITED IN ISLAM BECAUSE THAT CULTURE SAME GOES TO ANOTHER RELIGION. malangnya dalam novel tanpa segan silu cerita part tu...? Comment?

- Couple. tanpa segan silu dalam novel tu menceritakan tentang pasangan tersebut berkapel. Malah bila dah sayang sangat pegang2 tangan pulak tu kekadang. Sedangkan watak dalam tu menggambarkan seorang yang taat agama. Bukankah sudah memalukan orang lain yang menjaga agama??? Fikir tak sebelum tulis?

Rajin rajin kan diri wahai penulis novel untuk buka YOuTuBe Ustaz azhar idrus,, bukan setakat 2pm 2am big bang. Ilmu akhirat tu lagi penting untuk disebarkan bukan nya ilmu khayalan. ketahuilah setiap yang ditulis akan ditimbang di ahirat kelak. maka bayangkan lah kalau novel yang dihasilkan banyak bertentangan dengan syarak. tak takut dosa ke abang kakak?

- so dari baca novel lebih baik baca yang realiti. baca novel penyiasat ke buku dakwah ke pembangunan ke..barulah berkembang maju otak nih. kesilapan kita rajin membaca tapi buku falsafah tak rajin baca. inilah yang dirungutkan professor pakar bahasa melayu dengan sikap rakyat malaysia.




Mengikut research prof dari barat : negara yang paling banyak telenovela adalah negara yang tidak maju.
* Memang tak maju pun. Asyik bermimpi di siang hari, Assignment tak siap, groupwork tak bersungguh buat, dalam office curi tulang tengok telenovela, baca novel and etc. sebab Apa? on the air! punya ceritera.

So nak terus hidup dalam mimpi atau bangkit segera ??
memang KLISE CORNY... HAKIKAT..

::kopi n pasta::

PAGI YANG DAMAI


Dush...!! dish..!..tumb.. tamb....

Yeahh, hero menyerang.. Messi datang dengan skill bolanya. CR jangan ganggu.. kasut emas tak kasut emas, ini bola aku..!! yahhh

Tiba tiba...Pranggg !!.. ktang,, ktung,,

Burung murai sekejap tadi bernyanyi terkedu seketika.

Ayam berkokok mencari makanan terpana sepi.

Pembaca berita dengan smart nya menyampaikan berita Gaza senyap tetiba (Yang ni overrr)

Tingkap pecah.
 Ok hero lagi, hero bola di padang ye pakcik,, Bukan dalam rumah.
So , sekarang bersihkan sendiri kaca kaca tu. Get out!! Main bola lagi sekali kat sini, Siaplaahhh!! Cari pasal ye pakcik. -______- Tengok!! Amaran sudah datang.

SUATU PETANG YANG CERAH


Awan sepoi sepoi bahasa.. angin bertiup gembira. Daun daun berguguran cantik. Pabila Dua orang budak dah obses sangat nak main badminton, tak pandang kanan kiri dah. Main dengan penuh tumpuan. Okeh dan yang paling best bila shuttle jatuh atas atap.. itulah perjuangan tanpa henti. Segala senjata, peluru, alatan perang dikeluarkan. Contoh : galah, kayu panjang, tangga etc.

Maka berjuanglah Dua orang budak untuk mengambilnya. Dan yang paling menariknya senjata tersebut sanggup dikeluarkan berulang kali.. Memandangkan angin sangat suka meniup shuttle ke atas atap. Alahai Dua budak ~


# just a little


Alhamdulillah result dah keluar.
Rasa tenang setenang bunga purple ni. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Usaha tidak semestinya berhasil dengan apa yang diharap. Kalau itu memang rezeki kita.. Insha Allah! . tapi kalau bukan, redhalah.

Jadi yang terbaik selepas melakukan yang terbaik.

Selalu berdoa :
 
Ya Allah, aku telah berusaha sebaik mungkin dan sedaya upayaku.Lalu, Engkau mudahkanlah segala usaha dan urusanku. Jikalau itu memang rezeki aku, maka mudah sahaja untuk aku dapati, Namun jika itu bukan rezeki aku , maka payahlah untuk aku miliki.

Ya Allah, Engkau pemilik nyawaku, diriku, takdir kehidupanku, lalu pasti Engkau tidak akan mensia- siakan aku. Aku percaya bahawa takdir Mu adalah yang terbaik bagiku. Maka, dengan ini aku berserah segala-galanya.

Ameen.

Ha..hilang stress.Tawakkal. He gives the best in your life.

dah boleh bernafas :)

some tips sharing from Productive Muslim


until soon :) may HE bless us. ameen

::~back to normal~::


this is an awesome thing..nampak tak colourful sky?? hari nak hujan tapi tak hujan pun,,angin bertiup sepoi sepoi malas..hah!! mana nak cari kat uia??..haha tak de keja,tapi keja melambak..antaranya menyiapkan jurnal..mengemas rumah..belajar memasak..mengkhatam buku2 yang dibeli tapi tak dibaca baca -_-'..mengkhatam kitab2 download..mengkhatam buku2 agama..haissyy yang menulis blog tu apehal..jangan tanya..

yang ni dua hari lepas.hari ni pulak..hari macam nak hujan,,tapi hujan renyai2 jugak hehe.sampai maghrib..melewati surau.dengar tazkirah eh kuliah maghrib setiap hari selasa malam (orang kuala dijemput hadir) :)..nampak bulan.bulan!! nampak bulan,,memang awesome!! SUBHANALLAH! Hujan tapi ada bulan..cantik sangat,tapi tak de gambar..tak de keje bawa kamera ke surau. Taman taman syurga..jangan lepaskan peluang sahabat2 yang bercuti tuh..
Bila solat berjemaah, suka dengar budak2 mengaminkan..aaaamiiinnnn...haha gamat surau.memang masa kuliah, diorang suka buat projek sendiri.keletang keletung kat luar surau..main buaian,,main kejar2,,main seremban (ni zaman ku je), tapi bila dah iqamat berlari lari ke dalam surau..heeeee

Sukanyeee lah.puji saya pada pakcik makcik kat kampung ni.Di era milennium, anak2 dididik ke surau. Pergi majlis Ilmu,,turun sama masa korban. Tabik spring lah jemaah sini. Anak2 perempuan pakai tudung.. comelll :) . Bila nak solat pakai telekung kecil, lagi comellll :) ..saya sukaaa sangat. Kalau ada gotong royong budak2 tu la  penggamat kerja dan jamuan makan. mak ayah bawa nak ajak tolong tapi budak budak tu buat projek sendiri. dah habis kerja, budak2 tu lah manusia pertama makan. apa2 jelah..haissh sukanya tengok budak2 ni. Kalau pagi2 tu,seronok tengok budak2 berlarian dalam PASTI. Buat ape? main gelungsur..main buai.. Kalau nampak orang luar lalu..mesti jerit                   

 ''akak..akak, buat ape tu?'' ''nama akak ape?''

Haha..comel comel. Bila petang suka tengok budak2 ni mengaji Alquran. Ibu ajar..saya tolong tengok je,Haha.. Tak pandai mengeja pun, tapi tak pernah miss kelas mengaji. Masa hari hujan, berpayung datang rumah..berlencun baju..Ya Allah adik2, bagussnya lah. Ibu tak pernah paksa. Hujan, siapa nak marah, Tapi tetap datang,,dah lah bukan seorang,,ramai sanggup datang. Ada pulak masa tu, adik sorang ni tengah mengaji, mata berair..kesian tengok. Bila pegang dahi, demam rupanya..laaa

''Apesal datang? demam ni (nada prihatin.. tak boleh bla :p)..''
''Nak mengaji jugak. Nak belajar alquran..(dgn nada tersekat sekat)..''

Awesome thing!! Dan yang paling saya suka. Sem 1 di Uia,ada sorang adik ni memang tak lancar sangat. tapi sem 3, balik rumah, terdengar dia mengaji. Sangat lancar, suara lembut, sedap dengar..bagus bagus bagusss..macam tu lah.This is what i cant get in iium.Tapi  rindu kat cfs.
memang lah rumah not equal to University.HAHA
* exam!!
sesuatu yang buat ku teruja. Soalan intro to business ada namaku hehe. Soalan past year Econ ada jugak..haha. Lastly, tak boleh lupa sampai hari nih Soalan Statistics ( sem 1 2011) pun ada hoho
# bukan apa..exam tu agak sukar, tapi ternampak nama sendiri.. Tersenyum sendirian :) exam ni ok lah..

All the best result soon. insha Allah.. He gives what we need not what we want!






YA Allah,,selamatkan umat Islam



Aku sangat sedih.Baru-baru ni hebah satu dunia berkenanaan video 'innocence muslim'..masa aku nak browse untuk cari video program,,video 'tu' duk depan sekali. Macam promote suruh tengok. Aku tahu 6 juta dah menonton,,jangan tengok!!! nak buat apa tengok..lagi sakit hati..
Sudahlah umat Islam Sunni di Syria ditindas,..kali ni umat Islam di seluruh dunia pula diganggu. Mengapa?..Apa salah kita? apa yang kita dah buat sampaikan mereka dengki tahap itu..Perhatikan dunia hari ini..Bila umat Islam bangkit,,menentang..media massa terutama Barat mengatakan kita terroris sedangkan kita mempertahankan kebenaran. Dan lebih malang negara negara oic juga terpengaruh dengan media barat. Aduhai Ummat, bagaimana kita tidak dihina? kita juga malu untuk memperkenalkan Islam kepada dunia..tidak berani menentang penipuan mahupun kebathilan.

Bila aku tengok mana mana umat Islam contohnya di Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan banyak lagi negara Islam yang adakan tunjuk perasaan((sini)).. aku rasa sayu. Memang, betul,, mereka salah kerana melakukan demontrasi sehingga mengakibatkan kerosakan harta awam dan terbunuh 3 orang rakyat American dan seorang duta US ke Libya..Mereka salah. Namun, jauh di sudut hati aku mengatakan bahawa kecintaan mereka kepada Islam sangat tinggi.Sensitiviti mereka terlalu tinggi. Aku akui ketika berita video ini dihebahkan aku sekadar ambil tahu dan sekadar membaca. Aku marah tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Lihatlah Muslim di sana,, betapa tinggi sensitiviti, terus bangkit dengan kemarahan. Lantang mereka menjerit.

"We will defend our prophet until we have blood across our bodies. We will not let anyone insult him," said one protester in the Afghan capital. "Americans will pay for their dishonor."

Aku bukan lah insan yang berhak mengadili tapi aku memahami. Siapa yang tidak marah, umat Islam dicaci dihina  dibunuh dianiayai disembelih,,tetapi kita hanya mampu marah, berdoa, sedih, lagi???
Adakah itu yang kita termampu?? dan aku juga marah pada diri..Aku tak tahu apa yang perlu aku buat :( Bila umat Islam bangkit menentang dikatakan pengganas, tetapi bila ada rakyat Jerman yang berdemontrasi mennetang pembinaan masjid, dikatakan menuntut hak.mengapa? mengapa? tell me!!
memang salah sehingga terbunuh nyawa manusia.Tapi di mana keadilan apabila umat Islam beribu-ribu di Palestin, di Myanmar dibunuh..media massa berdiam diri??? tidak dihebah- hebahkan sehebah kematian rakyat American?? SEDAR KAH KITA? KITA, UMAT ISLAM DITINDAS DALAM SENYAP! Dan kita mengikut kata media massa. Sedarkah kita?
Pernahkah terbaca kisah Marwa?Cuba baca di sini Kenapa..?Cuba jawab persoalan saya..Mengapa dunia berdiam diri malah kematian Marwa dan keluarganya lebih dahsyat dari kematian rakyat American.
Where' s justice? Where???
Bangkitlah sahabat2..Ini agama kita, Ini agama Pencipta langit dan bumi, agama yang benar.Namun kita ibarat dihenyak-henyak oleh golongan kuffar.Kita ibarat diperbodohkan, dimainkan oleh seekor gergasi yang kejam dan gagah. Kerana apa?? tanya pada diri? tanya pada ummat? kita tidak kuat kerana kita tidak bersatu padu. Kita tidak kuat kerana kita sibuk duniawi. Kita tidak kuat kerana Iman kita masih terlalu ampuh. Kita tidak kuat kerana wahnu..cintakan dunia dan takutkan mati.

 Nabi Muhammad SAW dan para sahabat..jerih perih memikul beban untuk menyebarkan Islam.. menegakkan syiar islam.Tapi hari ini kita lah yang sepatutnya meneruskan perjuangan itu melainkan KITA SANGGUP MELIHAT UMAT ISLAM TERUS DIZALIMI!!!


Ayyuhal banat, tawajjah ilal amam. Tujahidu fi sabilirrahman. Tufsidul kafirin
fid-dunya liiqamati syariatil Islam..Liannal an ummatall Islamiah
Tahtamal laka fil-ghufarizzalimin.

LALU, APA TUNGGU LAGI??


~sesungguhnya yang baik dari Allah, yang buruk dari Allah TAPI disandarkan kepada saya
!!may Allah bless!!



Diam lebih Baik

# Rasa sakit hati..rasa nak menangis..punca?? sorang sahaja yang buat hal, terus terasa tak beerti..terus lupa segala nikmat yang lain...terus lupa hikmah di sebalik kejadian Tuhan..sedihh

Begitulah manusia..Hidup memang sakit,,sakit sepanjang jalan,,menangis tersendu, pilu terkedu, hanya Dia yang mengerti..Itu memang kehidupan, bila pula Allah khabarkan kepada kita hidup ini untuk bersenang lenang..bersuka ria..melainkan menjadi petani akhirat. Allah ciptakan kehidupan bukan saja saja. Esok akan ditanya untuk usia muda dan tua mu..

Kalau hari ini kamu menangis kerana dunia..kerana sakit..kerana dugaan..kerana mana2 nikmat dunia ditarik balik..maka kamu lupa Allah masih lagi tidak menarik lagi nikmat terbesar kamu sebagai manusia..iaitu IMAN, ISLAM DAN TAQWA. kerana kamu Islam kamu mengerti sebab kamu berada di dunia..lalu abaikan dugaan itu,,pasti ada hikmah.

# Bukan..bukan begitu..terasa diri tak pandai bermasyarakat, bergaul, kalau bergaul atau bermasyarakat dengan orang ramai, lebih  banyak menyakitkan hati orang, buat orang bertambah benci, buat hati jadi tidak menentu.. teringat ingat benda yang salah..nak lari dari semua orang..nak jadi pendiam..kenapa orang ramai suka menyakitkan hati diri ini juga..kadang kadang tidak sengaja..Ahh sukarnya..kelu..buntu

Bukan kah kita disuruh Allah untuk bermasyarakat?? Mengenali ramai orang..lalu kenallah manusia dengan adab adab yang diajar Allah melalui sunnah Nabi SAW,, bukankah Nabi mu sudah mengajar,,kamu sahaja yang tidak mencari..Allah jadikan kita mengenali ramai orang supaya dari situ kamu belajar dan ambil ibrah tentang kehidupan,,supaya kamu dapat pahala dari situ..supaya kamu dapat melengkapi mereka serta membetulkan mereka..

dan yang paling penting BERDAKWAH KEPADA MEREKA..bagaimana menjadi DAIE TANPA MENGENALI MASYARAKAT?? lalu siapa MAD'U mu??

*tanya pada diri sebelum mengeluh atau menangis tak menentu, setiap yang berlaku ada sebab.Learn from mistakes..Life is about long lesson...


"seorang pendakwah itu  ibarat kura-kura yang melintasi  titian yang sangat panjang, menuju ke medan yang payah untuk didapati, medan yang sangat perit untuk dilalui..lantaran kerana dia tidak mahu jatuh ke dalam gaung yang dalam..sebaliknya mahu mati di tengah jalanan panjang itu..lantas terpilih dalam kalangan syuhadaNya "

~may Allah bless us
jangan sedih2, Allah with us :)





siapa Imam Hassan Al Banna?



hari hari baca mathurat..tapi tidak mengenali penyusun mathurat.JoM KENAL!!





Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..

Menubuhkan lkhwan Muslim





Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.


Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan
Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.


lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.


Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna


Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah (part paling menyayat hati)

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.




Sumber : Majalah I, April 2003

#semoga Dr Mursi membawa perubahan kepada dunia. Islam pasti akan tertegak! Khilafah Islamiyah pasti akan bertapak di muka bumi ini! Kebenaran akan tertegak menentang kebathilan!! ...dan saat saat itulah yang ditunggu tunggu~ i pray everyday...

info :
* Kat Malaysia juga ada pendakwah yang mendapat tarbiyah dari pimpinan ikhwanul muslimin.
* Atas dasar kesedaran tanggungjawab dan arahan gerakan IM, pendakwah itu akhirnya membantu dalam perjuangan sebuah GERAKAN ISLAM di Malaysia.
* Ikhwanul muslimin tidak menolak politik dan demokrasi, kerana berijtihad itu adalah jalan yang ada untuk menegak kembali daulah islamiyah seterusnya khilafah islamiyah ~ suatu usaha Nabi saw membina masyarakat yang mengamalkan Islam setiap aspek kehidupan .
* Sebab itulah Nabi saw berhijrah ke madinah kerana ingin membuka negara Islam. Kalaulah Islam itu untuk individu, maka Nabi saw tidak akan membuka Kota madinah.. la budda negara islam perlu ditegakkan.
* Untuk mengenali JEMAAH yang sebenar atau jemaah yang telah ditarbiyah pimpinan oleh IM, cuba lihat manakan parti/ jemaah Islam yang paling banyak cabaran, diuji, dihina, diputar belitkan kenyataan dan bebagai2 lagi ujian.
* Rujuk kembali matlamat akhir jemaah itu, jangan didengar dari sumber media atau manusia yang tidak pasti.
* Silap kita mudah sangat mempercayai suatu berita media, buka minda, baca semua sumber media. Suka atau tidak itu lain cerita. Yang penting, baca dan faham akan kebenaran.
* Berkatalah benar walaupun ianya pahit

# Bukalah minda, yang salah tetap salah, yang betul, tetap betul. Segala kelemahan boleh diperbaiki, bukan dibenci. Baca, faham, kaji dan bandingkan. Pasti akan menemui titik akhir ;-)


may Allah bless~

KeNaPa raSa kELiRu??

Entah apa yang dicari..entah apa yang dinanti,,semalam dan hari ini..risau itu ada.rimas juga menjelma.terasa kelu di penghujung lidah.otak ligat memikir..hati kuat mengusik..jiwa kian meronta
kenapa membisu wahai jiwa? kenapa terdiam wahai hati??



ya Latif
ya Latif
Lembutkan hatiku bersujud padaMu.tunduk padaMu.Lembutkan hatiku untuk sentiasa ingat padaMu.Lembutkan hatiku untuk selalu menyebut memujiMu ya Rabbi.

Baru hati terasa damai.baru minda terasa segar.baru bibir basah dengan senyuman.
ya!! bahagia sudah hadir..bahagia yang hakiki~

Sahabat,,semalam engkau tertanya.apa yang kosong?? iphone sudah dipunyai, apple di atas laci emas, tablet rapi di dalam laci, baju berbagai rasa dikumpul ibarat boneka, sepatu bukan satu, sahabat berjuta di keliling, bakal teman hidup?? usah ditanya. petik satu, lima baris tersusun untukmu.TAPI KENAPA? KENAPA? ADA LAGI IBARAT TAK TERISI??

Apakah ia?Apakah??
beritahu aku..tolonglah..Khabarkan padaku..tolonglah..

ALLAH.
Itu jawapan segala persoalan,itu kunci segala pertanyaan, itu pengubat segala kesakitan

ya..itulah jawapan, ALLAH.
Dimana DIA dalam hatiku??

Patutlah bahagia aku ibarat tiada erti. Gembira dalam sepi sendiri. Terasa berjauhan meski segala2 sudah dipunyai.Terasa kehilangan yang paling beerti.Lebih bermakna dari segala yang bermakna.
cukup segala namun kontang kasih sayangNya..

Ya Allah andai hari ini, aku telah jauh dariMu.peringatkan aku dengan janjiMu.Andai hari ni aku lalai dengan dunia, peringatkan aku dengan kenikmatan syurgaMu. Andai hari ini aku rasa puas dengan dunia, peingatkan aku dengan hisabMu.Andai hari ini aku leka ya Allah, peringatkan aku dengan azab Mu yang amat pedih,,
Ya Allah, aku lemah ya Allah, Dosa aku lebih banyak mengatasi amalanku. Kejahatan aku lebih banyak menguasai berbanding kebaikanku,Semalam Ya Allah, aku menangis mengenangkan dosa dosaku tapi hari ini aku ketawa ibarat terlupa saat kematianku.Ya Allah aku tak berdaya tanpa kebenaran kudratMu..ak tak mampu tanpa keizinanMu..Ya Allah dunia telah banyak melalaikan aku,,sedangkan kehidupan hanya permainan semata-mata. Ya Allah aku mohon padaMu dengan rendah hati, kurniakan aku kemanisan iman, kekhusyukan hati, ketinggian akhlak..

Ya Allah aku mengejar syurgaMu dan redhaMu, tapi ya Allah aku juga perlu menjalani kehidupan sebagai hamba dan khalifah di bumi ini..Lalu YA Allah..jangan lah Engkau jadikan dunia yang kukejar melalaikan aku..Jadikan aku menggunakan segala kemudahan anugerahMu untuk mendekatkan diri padaMu ya Allah...dan aku mohon padaMu ya Ilahi..Jika tumbuh rasa riyak mahupun takbur dalam diriku, bantulah aku untuk membersihkannya.bantulah aku untuk menyucikan penyakit hati itu YaAllah,jika tidak ya Allah,,aku takut jika amalan ku tidak diterima, Sesungguhnya syaitan tak pernah henti henti merosakkan imanku dan amalanku. Maka ya Allah, tolonglah aku,Bantulah aku.Aku merayu padaMu ya Allah.Permudahkan jalan bagiku UNTUK MENCARIMU... UNTUK MENEMUI HIDAYAHMU.. UNTUK SAMPAI KE DESTINASI ABADIKU.. AMEEN

Fazakkirna Ya Allah
Fazakkirna Ya Rahman
Fazakkirna Ya Rahim

~Salam Syawal 1433H
Taqabbalallahu minna wa minkum~
mari kembali ke FITRAH syawal ini.FITRAH kita ialah Suci dari dosa dan noda.
                                                       * * * * * * 
sudah lama aku tak menulis.bukan tak mahu  malah minda ligat dengan idea,tapi tugas lebih aula dari berblogging.aku mengikuti kem baru2 ini, Madrasah Ramadhan Camp..jadi fasilitator, tapi bergelar committee tawe lebih mencabar bagiku.Entah ,,tapi ada sesuatu yang perlu dikongsi namun cukuplah antara aku dengan Tuhan sahaja.Tak perlu dikongsi hal yang peribadi,Takut2 nanti memakan diri.. Ohh hari raya aidilfitri..  :) .. ^_^.. Alhamdulillah seperti biasa Family Gathering, Dari yang kecil sehingga yang besar,, hehhe
seronok sangat2. Alhamdulillah.. cuma di Mesir salam perantauan jelah.hihii..

love green :)

satu je,,banyak2 tak boleh


latest pic saya sketch.terlupa pulak,,ramadhan punya,
,alah kira halal la..

till end,,may Allah bless us :)

Cuba ~aidil





Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya
Pada
Dia Dia
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya


tawe dekat di hati~

rdw kc :)














sesungguh nya aku sangat merindui tawe,jadi committee rdw. sangat mencabar dan yang paling penting EXPERIENCE.Seriously, kalau ada peluang untuk jadi komiti tawe, dengan rela hati aku akan pergi.memang penat tapi manis sekali dapat kutip pengalaman.biasalah perselisihan kecil.perkara biasa dalam organisasi..tapi lama-lama oklah.malam baiah ceremony,kami saling minta maaf. hakikatnya walau apa yang jadi sekalipun, setiap unit saling memerlukan. sama-sama merasai kepenatan.

tak tahu bagaimana aku ingin ungkapkan tentang pengalaman aku jadi komiti tawe,,terlalu banyak suka duka yang aku tempuhi. dari seribu air mata yang tumpah, sejuta keletihan yang tak boleh nak diungkapkan,,ia terselit berbilion kenangan manis.sebab pengakhirannya adalah SENYUMAN :).

macam-macam yang aku belajar.abang long dan kak long yang banyak membantu,beri semangat pada aku.sangat ikhlas dan komitmen bekerja.semua pic dan rdw yang banyak memberi sokongan dan bantuan. sesungguhnya apa perasaan aku bila mereka mempercayai aku untuk jadi pic kc.sedangkan set pertama aku bila tiba induction aku dalam tawe...AKU ECONS, kampus Gombak.aku takut mereka tak menerima aku,tapi aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan. Dan aku punya prinsip, ke mana pun kita..letakkan diri kita yang terbaik dan berharga di mata orang lain sekalipun apa pandangan mereka.dan aku cuma risau..Alhamdulillah itu hanyalah sangka-sangkaan.yess, kami satu UIA. kita takde beza sebenarnya :D.. semua komiti PJ menerima kami dengan sangat baik dan kami rasa senang sekali..

tawe mengajar aku macam macam perkara.dari kaku untuk bercakap di khalayak ramai, aku punya kekuatan untuk bercakap kini. dari buntu untuk mengembangkan idea dalam aktiviti dengan adik2, akhirnya aku berjaya lakukan dengan jayanya...tapi yang pasti kekurangan akan diperbaiki,,hehe
perkara paling penting yang aku belajar ialah kita kena sentiasa membuka ruang perubahan untuk diri sendiri.perbaiki kekurangan yang ada,belajar dari kesilapan.tidak mengapa hari ini kita tidak tahu dan hari ini kita baru belajar sesuatu sedangkan orang lain sudah lama mengetahui. is okay,,WE LEARN SOMETHING NEW TODAY and EVERYDAY, dan kalau mahu buat perubahan jangan tunggu orang lain buat atau mulakan, kita yang sepatutnya cuba dan mula dulu.kita perlu percaya pada diri bahawa KITA LEBIH HEBAT DARI APA YANG KITA SANGKAKAN :) 

<sekadar kata kata semangat untuk perkongsian bersama>

###

kerana bukan saja saja Allah jadikan kita di muka bumi ini melainkan Allah tahu kita hebat dan kita mampu menghadapi apa saja ujian, dugaan mahupun rintangan dariNYA melalui kebergantungan hanya pada DIA.

Firman Allah swt :

 ''Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, ( Tuhan yang mempunya) 'Arasy yang mulia ''

<surah Al- Mu'minun :115-116>



< TERIMA KASIH ALLAH :) >
MAY ALLAH BLESS US
KOMITI TAWE SEMUANYA TERBAEKKK!!!




DIA mendidikku dengan cara begini...


05/05/ '12
habis final exam......

kisah sedih bermula, aku terjatuh di tepi bendang.hehe,,kekampungan sungguh...takdelah.tersebutlah kisah, hari tu ada exam accounting 2 di cac hall.dengan bersemangat waja, aku pergi exam dengan sahabat2 econs.
kebetulan nak dekat sikit kami lalu lah jalan belakang.kat sport complex.

Nak dijadikan cerita <my taqdir> aku sambil jalan sambil mata baca nota..jangan tiru ye adik2~!!..haha..
sambil2 tu tengok tasik,yelah pagi2 kan cantik tasik tu..kut2 ade burung flamingo ke bangau ke...memang terbaik la,,sambil menyelam , minum air , makan nasik , hahhaha..tetibe ouchhh!!

aku terjatuh,,eh,,ia berlaku automatically..aiyooh sakit sungguh,tapi aku nih hobi gelak.. jangan tiru ye adik2~~!!!..aku gelak gelak2..sampai kwn2 yang lain pelik. '' weh, sakit tak?pelik la hang ni,apsal gelak? "
entah lah..haha,,tapi terseliuh ni seperti yang aku belajar di pbsm dulu..ehem (beria cakap ^^ ,)effect nye memang lambat..aku boleh riang ria lagi..tapi!! abes je exam,aku rasa macam dah nak  lumpuh kaki..hu2
mjurlah nak balik ade kawan kasi tumpang motor..thanks to Liyana Omar .. aku memang tak boleh berdiri..

balik je dari exam.memang aku rasa..aduss dah nak lumpuh ke aku ni??aku jalan pegang dinding kut....
masa tu aku masuk bathroom, tetibe ade makcik cleaner tegur.
" kenapa kaki dik? " eh dia nampak ke???..memang lah nampak aku jalan macam tak cukup kaki -_-hehe
aku dgn syahdunye meng'explain' apa yang dah jadi, makcik tu punyalah baik hati urut pulak kaki aku..aku dah lupa nama dia.tak pe nanti aku tanya ^^..sambil tu dia cite macam2..maka, kuranglah sikit sakit tu..
bajet kurang!! aku tengah tahan,,,haha IN FACT, aku menangis sambil jerit2 sikit,,sakit wooo..lama2 okay dah..aissy makcik tu pulak sakan cite macam2 kat aku...pasal dia keje kat Arab Saudi lah, orang2 Arab kat UIA tu baik2,pemurah and hensem2..hehe klaka la makcik tu..boleh pulak.

hari2 seterusnya aku lah menanggung kesakitan tak terhingga huhu2..dan Lily Omar setia membantu aku untuk gi exam thank so much!!..masa petang2 Shahniza tolong balut kaki aku dengan bandage (betoi ke eja) ngan krim ape ntah.tapi, style la sbb bertambah ok..dan Farah Farhani pun selalu je ambik berat,, dia tanya aku kat mana?? ada kawan teman tak? sebab risau aku jalan dgn kaki sakit tu..thanks :)..

 aku menangis kut malam tu..sepatutnye aku redha,,entah aku redha tapi aku menangis..aku mengadu padaNya,,ya Allah,saat2 ini Kau uji aku.aku redha YaAllah,,tapi Ya Allah Kau bantulah aku,aku tengah exam ni, beri aku kekuatan,aku menangis je..Dan masa tu aku tengah baca surah Al Baqarah,ayat 286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
lagilah aku menangis.Anda rasa kebetulan ?? kakak aku kat mesir selalu pesan kat aku Ayat nih.tu yang aku rasa tabah menghadapi sesuatu,,Benarlah!! Alquran itu syifa' u -lin-nas....bila mak aku call.. " okay tak?? macam mana gi exam?? " aku cakap ok je, mak aku tak caye kut..  "ye ke?? sapu minyak,, baca selawat syifa' dan surah al fatihah banyak2 "..dan aku dengan semangat cakap.."ok boss!!,tak da pa lah"..huhu
mak, aku jujur..memang tak da pa.sepanjang aku sakit, ade orang belikan makanan untuk aku, ade orang papah aku gi toilet, ade orang datang tengok aku,,tolong balutkan kaki dan sapu ubat,..Roomate,,thank so much...aku sayang sangat  roomate sem 3..korang memang best! baik! sempoi! mesree!

thanks a lot to Aisyah, Adilah and Aini..
korang memang best!!
dan bila diorang dah balik..aku keseorangan kat bilik..aku clear segala barang dalam bilik.Dan sebelum aku menumpang bilik sebelah,, aku gi setiap bilik korang.saja tengok2,,sume dah clear.hehe..aku betul bersyukur2!! honestly , aku sayang jugak floor aku tu..korang memang baik, concerned sangat..masa roomate aku takde, aku sorang2.roomate sebelah datang. "izzah, mailah duk bilik kami, takde orang ni,dah la kaki sakit.marilah duk sekali " Anet...aku cakap ok!!..sebab aku pun tengah nak clear barang. diorang adalah neighbourmates yang sangat baik =) Bakyah, Roza, Afini, Anet, Niza, Kina, Fina, Syahirah, Farah, Mai..dan sesape yang terlibat....thanks so much..dah last sem, aku nampak sangat ukhwah kami erat..      walaupun sekadar senyum bila tserempak..

Ermm tak lupa pada Solehah Zaaba dan Tengku Khadijah yang sanggup hantarkan bawak beg aku yang berat tu ke Pudu..tunjuk jalan ke sana,,abeskan duit hantar aku..korang macam mak ayah aku pulak haha ^^ really appreciated..Farah Farhani thanks lot jugak sebab angkat beg aku sampai aku naik bas..hehe masa tu mak aku tepon.."ok tak?? camne gi pudu ?angkat beg dengan kaki sakit tu? " aku cakap ok2 aja!!

# Apa yang aku dapat??ye..bukan saja2 Allah bagi ujian tu.Bukan saja2 Allah menguji kamu. Allah mahu tunjukkan siapa sebenarnya yang bersama kita di saat susah senang,kerana di situ keikhlasan dan kejujuran sebuah perkenalan, sebuah persahabatan dapat dinilai, mampu dirungkai malah teruji sebuah pengorbanan walau sebesar zarah.... hari ni aku mula percaya quotes nih 

Anda mahu bersahabat?Mahu cari kawan? Mahu berteman? Nah! Carilah yang ini....

Jujurnya, aku menangis sepanjang dalam bas.menangis KERANA ALLAH MENDIDIKKU DENGAN CARA BEGINI..benarlah Ujian Itu Tarbiyyah,, bersyukur ditemukan orang2 seperti anda..meski aku taklah sempurna mana membuat kebaikan,,percayalah!!  WHAT U GIVE, U GET BACK!.. malah tak semestinya dalam bentuk yang anda memberi,,Ia mungkin dalam bentuk lain anda akan rasai..
Percayalah! Allah takkan membebankan hambaNya dengan sesuatu melainkan Dia tahu kita mampu untuk menghadapinya! Allah pasti kurniakan jalan,, kurniakan orang2 sekeliling untuk membantu mu.. atau apa sahaja di sekitarmu sebagai jalan keluarnya..yang penting kita ada usaha dan kesungguhan,,ada doa,,ada percaya,,ada berserah..but THE MOST POWERFUL IS DU'A...DOA>>DOA>> DOA!!..berdoalah..dan terus berdoa..kerana DIA dekat,,Dia rindukan rintihan Hamba2Nya yang menyerah HANYA PADA DIA!!


.........................................................................................................
p/s: lepas aku jatuh tu,memang aku jumpa flamingo malaysia... hehe nah snap pic..tp deme lari 
bila kami datang,,takut kat manusia ke kat aku?? @_@

nampak kaler putih tu?? nak kata bangau besar pulak,,
entah le
 .......................................
thanks All my Friends
thanks Ya Allah..doakan aku cepat sembuh..ameen.
~may Allah bless