cerpen : antara kuew tiow dan tomyam : pedulikah?

Hai, saya Pak Su. Suka makan tom yam? feveret Pak Su tu ! Pak Su ada cerita di sebalik udang dalam tomyam . . hah . . jom baca sampai habis . Penat Pak Su tulih ni . Baca tau !

sekadar hiasan



Semalam Pak Su melewati kedai-kedai di sekitar bandar. Mahu mencari beberapa hadiah mahupun cenderamata buat anak-anak saudaranya. Hebat sekali budak-budak tu dalam pelajaran. Dia tersenyum mengenangkan mereka. Jauh berjalan menyusuri jalan raya dengan motor Ego yang bertahun tidak merasa minyak hitam baru. Asap menderu laju Nanti-nanti lah servis , jawab Pak Su bila ditanya Kak Long. Pak Su berkira-kira untuk mencari nasi sebarang dua tapi melihat deretan kedai makan bukan Islam memenuhi kawasan itu, dia mematikan hasrat. Mungkin jalan depan sikit ada lah kedai makan Islam. Gerutunya dalam hati. Hah! kebetulan ni. Ada kedai servis motor. Sebelah tu restoran. Bagus ni, esok Kak Long mungkin sudah berhenti membebel pasal motornya. Dia berhenti sebentar di sebuah kedai servis motosikal.

'' Tokey, tolong tukar minyak hitam. Tukar sekali minyak gear. Lepas tu, kau servis lah mana lagi yang rosak ke, yang dah lama tak tukar ke!" Kuat suara Pak Su memberitahu taukeh Cina.


'' Aaa..boleh. boleh. Tapi lambat la sikit encik. Saya siapkan ini dua motor dulu, boleh?. You tunggu sana dulu, boleh aa? '' Taukeh membalas.


'' Tak pe, saya tunggu kat restoran depan tu. thank you taukeh''.

Taukeh Cina itu tersenyum sambil mengangkat tangan okey.


Kaki melangkah masuk. Sebuah kerusi ditarik.Bagusnya kedai ni. Pekerjanya semua menutup aurat dengan sempurna dan berpakaian kemas dan bersih. Pak Su melilau matanya merenung sekitar restoran. Ada kalimah suci. Alhamdulillah. Pengunjung restoran memang agak ramai. Sudah bertahun Pak Su mengetahui kewujudan kedai itu tetapi tidak pernah terlintas di hati ingin menjejak kaki. Memandangkan masakan ibu adalah yang terbaik dalam dunia. Dengar khabar dari kawan-kawan, memang sedap menu yang dihidangkan. Haih bertuah aku. Hari ni merasa lah makan.hehe. senyum Pak Su di dalam hati. Sedang sibuk meniliti, ada suara remaja lelaki bertanya.


'' Order apa encik?'' Sambil tangan mengunjuk senarai menu.

'' Kuew tiow tomyam..air suam segelas''. Remaja lelaki itu mengangguk laju.


Mata kembali melilau. Teringat peristiwa makan tom yam bersama anak saudara ketika pulang dari program cuti sekolah. Tomyam ber'semut' dan ber'nyamuk'. Kedai Melayu Islam.Pekerjanya bertudung elok. Pak Su memilih restoran itu kerana tertarik dengan banner besar tepi jalan. TOMYAM ENAK dengan lampu lip-lap yang menarik perhatian orang ramai. Malangnya tidak ramai pengunjung ke restoran tersebut. Pisang tidak akan berbuah dua kali.Serik ingin mengunjungi lagi. Patutlah tidak ramai orang, nasi pattaya anak buah pun ber'binatang'. Allahuakbar. Mujurlah anak saudaranya peka.

''Pak Su, apa ni?' Mendengus dia memandang nasi pattaya itu. Pak Su menggeleng-geleng kepala mengenangkan. Matanya terangkat ke hadapan pabila sebuah keluarga merenung ke atas kepalanya. Seorang lelaki meletakkan makanan di meja bersebelahan keluarga itu sambil mata memandang atas. Tersentak dari lamunan. Kepala Pak Su berpusing. TV rupanya. haih, tak perasan. Ingatkan apa tadi. 

Entah cerita apa. Cerita orang putih yang pasti. Seorang wanita dengan gaya menggoda berbisik sesuatu kepada lelaki itu dalam cahaya suram. Berselang-seli pula gambar dalam pejabat gah mereka. Tempat beroperasi mungkin. Hem cerita Barat. Tidak pernah berhenti menunjukkan kehebatan. Padahal bajet sahaja lebih. Perli Pak Su dalam hati. Mata terus merenung kaca tv. Wanita itu perlahan-lahan membuka bajunya. Lelaki itu dengan ghairah mendekati. Eh, babak atas katil. Eh, cerita apa aku tengok ni. Astaghfirullahal'azim. Pak Su terus berpusing kepala. Mata pengunjung lain masih tetap ke kaca tv walau sekali-sekala mata memandang orang di hadapan. Tidak kurang yang berbual-bual dengan kawan sambil mata melihat kaca tv. Astaghfirullahal'azim.

Pak Su berpusing kepala sebentar. Babaknya semakin ghairah. Jelas kelihatan wanita Barat itu mendedah hebat tubuhnya. Apa nak buat ni? Lucah atau porno. Ditayang umum kepada pengunjung. Tidak kira kecil atau besar. Pak Su mencari-cari pekerja kedai. Berkira-kira ingin memohon supaya ditukar channel. Tetapi risau dipanggil kurang ajar. Allah, macam mana ni? Gerutu Pak Su dalam hati. Masalahnya kalau dibiarkan lagi tidak elok. Pak Su berpusing-pusing minda. Mungkin boleh diberitahu remaja lelaki tadi. Melihatkan remaja itu, dia sibuk dengan order terbaru. Terlihat pekerja perempuan di depan restoran. Dalam berkira-kira ingin memberitahu, kakak itu duduk betul-betul membelakanginya sambil menyuap nasi ke mulut. Mata sudah tersedia terangkat melihat kaca tv. Pak Su makin keliru untuk menegur atau tidak. Lalu Pak Su buntu di situ. Hatinya hiba.

Duduk Pak Su dalam resah. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang. Sekejap berpusing kanan, sekejap ke kiri. Sekejap mata mencari orang, sekejap tunduk ke bawah. Allah, Aduhai,,bagaimana ini? Apa yang perlu aku lakukan? Kuew tiow tomyam dan air suam menapak tiba-tiba di atas meja. Pak Su mengangguk mengucapkan terima kasih. tangan diangkat, doa dibaca perlahan lalu diaminkan. Perut tak perlu cerita, berdentam-dentum bunyi ibarat konsert orkestra pula. Sudu dan garfu mula bersatu. Mulut mengunyah tapi hati tidak di situ. Hati Pak Su terus hiba. Pengunjung restoran semakin ramai. Sementara menunggu order siap, mata tidak lepas ke kaca tv. Pak Su hanya mampu menggeleng kecil. Makan cepat-cepat, mahu lekas pergi. Keenakan tomyam sepatutnya dirasai, masakan tidak,tomyam nya cukup dengan udang,sotong dan ayam beserta kuah pes tomyam yamg pekat. Pasti terliur jika ditunjuk pada anak saudaranya. Namun, situasi yang dihadapi mematikan segalanya. Kuah tomyam dihirup laju. Aku nak menegur sekarang ke? Beritahu tuan kedai tentang channel tv itu? Ah entahlah. Aku bukan orang agama, tapi aku juga punya rasa malu jika melihat cerita porno. Selesai menjamah, Pak Su bergegas ke kaunter.

''Berapa semua, dik? meja nombor lima.''

'' lima ringgit setengah" ujar penjaga kaunter.

Duit dihulur lalu kaki bergegas pergi. Hati berbelah bahagi. Kenapa lah aku tak tegur tadi. Aku seolah-olah meredhai rancangan itu? Eh, tapi kalau aku tegur macam nampak hebat pula. Kalau aku kena kutuk tiba-tiba, bagaimana? Lain lah aku ustaz yang dikenali di situ.Pak Su terus bermonolog. Ah, pedulikan. Perkara sudah berlalu. Menyalahkan diri bukannya mampu mengubah apa-apa. Runsing dia memikirkan situasi tadi. Kaki Pak Su menuju  ke bengkel. Dilihat motornya sudah tersedia di hadapan bengkel. Nampaknya Pak Su lebih lama di restoran tadi sehingga motor pula yang menantinya. Ini mesti pasal kes tadi yang buat aku termenung lama dalam restoran. Pak Su mengeluh sendirian lagi.

''Taukeh, dah siap aa? Bayar berapa?'' Taukeh Cina itu menerangkan sesuatu kepada Pak Su sebelum duit bertukar tangan. "okey, oraiitt. Thank you taukeh." Motor dihambat laju ke rumah. Sedap enjin masuk spa tadi, dapat rawatan selepas bertahun tidak diendahkan. Pak Su tersenyum puas hati dengan servis itu. Melupakan sekejap resah yang melanda di restoran tadi.

Pulang ke rumah, anak Kak Long sedia sudah berteleku di depan tv. Masked Rider Ryuki dengan aksi hebatnya. Pak Su duduk menghilangkan lelah di atas sofa. Iklan. Tap!! Channel ditukar.
"Issyy, gambar!!" Bentak Amin, baru darjah empat tahun ini. Manakan tidak, iklan syampu tapi dihidangkan wanita dan lelaki yang berpakaian terdedah dan aksi ghairahnya. Pak Su tersenyum. Ini hasil didikan Kak Long terhadap anak-anaknya tapi kanak-kanak di luar sana, entah bagaimana. Rancangan dan iklan tidak pernah bertapis. Jadi,apa mahu pelik kalau masyarakat hidup dengan suasana yang jauh dari agama? Media tidak berperanan besar membantu membina rakyat bertamadun. Sepatutnya, media lah antara penyumbang besar ke arah membina masyarakat yang bertamadun. Dan tamadun itu hanya akan terbina dengan Islam. Dengan cara Islam, agama dari langit. Baru tamadun masyarakat jadi sejarah. Tapi hari ini, agama entah ke mana, ilmu entah ke mana, amal pun entah ke mana. Hanya menunggu ustaz dan ustazah berceramah baru tersedar. Sepatutnya setiap orang merasai tanggungjawab itu. Haha cakap berapi, tapi aku ni?? Tanpa sedar, Pak Su berbicara sendiri.

"Pak Su cakap dengan siapa tu?" Aizat, adik Amin tersengih seperti mengusik Pak Su. "Pak Su jumpa apa tadi sampai cakap sorang-sorang?" Aizat dan Amin ketawa mengekek.

"Eh, budak-budak ni. Buat lawak apa. Saja kacau Pak Su,ya? Tak jadi lah nak bawa jalan jalan cari makan esok!!" Pak Su buat merajuk.

"Alaa..kami gurau je.Pak Su ni tak sporting lah." Cebik Amin. Aizat mula menyalahkan Amin. Mereka bertolak-tolak. " Haa tulah. Kan Pak Su dah merajuk ", Aizat menampar bahu Amin. Amin menolak kembali. Kak Long datang menyampuk "Cakaplah apa pun Pak Su tu, bawa punya kamu berdua. Tapi kalau tak mahu mandi bersiap solat jemaah di surau sekarang, ummi tak bagi keluar esok". Amin dan Aizat segera berlari-lari ke bilik air berebut mandi dahulu. Azan maghrib bergema sepuluh minit kemudian. Motor menderum ke masjid.

 ****
Ni cerita lain pulak  di sebalik udang dalam kuew tiow . Penat Pak Su tulih . baca habis na .hehe

sekadar hiasan 

Hari ini hari minggu. Pak Su sudah berjanji untuk membawa Aizat dan Amin bersiar-siar di taman rekreasi di tengah bandar. Malangnya, Aizat jatuh demam pagi tadi. Entah kenapa,silap makan mungkin. Ujar Kak Long bila ditanya.Jadi bawa Amin sahaja.Bawa motor kalau berdua, meskipun plan asal bawa kereta Kak Long.Tapi apakan daya, Aizat jatuh sakit pula.Kalau minggu hadapan,Pak Su pergi kursus untuk kenaikan pangkat.Aizat tiada rezeki untuk pergi bersama. Syafakallah.Doa Pak Su dalam hati.

Dalam kesempatan berjalan-jalan dengan anak buah,Pak Su turut membeli kelengkapan sekolah untuk Aizat dan Amin memandangkan musim sekolah bakal tiba kira-kira dua minggu lagi.Penuh tangan dengan plastik.Bukan barang Pak Su, barang anak-anak buahnya. Tak mengapalah duit habis untuk kebaikan bukan untuk kejahatan.Apa pun Pak Su mengeluh dengan kenaikan harga barang pada hari ini.Pak Su masih bujang,boleh lah enjoy.Senang untuk belanja ahli keluarga.Kak Long dan Abang Long,suaminya usah cerita. Pening kepala mereka.Bonus naik,tapi cukai pun naik.petrol pun naik.tol pun naik.bil naik. Kesian Along Along ni..hehe. Pak su tersengih sendiri ketika menunggu Amin memilih alat tulis barunya. Beli dua,untuk adik sekali. Bagusnya abang Amin . Senyum Pak Su dalam hati.Selesai membeli keperluan sekolah, Amin mula menarik-narik Pak Su.

"Pak Su, laparlah. Jom makan lepas ni. Amin rasa nak pengsan sebab lapar sangat,"gaya manja bermula.

"Pengsan ke?Pengsan la.Lepas tu gi hospital.Jimat sikit duit, hospital belanja adik makan.hehe." Pak Su mengejek sambil ketawa.

"Pak Su niii...!!" Amin mencebik. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

Pak Su terlihat sebuah restoran berdekatan. Tidak silap Pak Su, restoran itu memang ramai pengunjung terutamanya waktu rehat pekerja. Al maklumlah, kedudukan restoran itu memang strategik. Pak Su adalah sekali dua minum di restoran itu. Itupun sebab menunggu kawan.Kalau tidak, Pak Su lebih memilih "restoran rumah" atau pun minum air suam. Tekak Pak Su memang pelik.Selalu Kak Long perli Pak Su pabila makan di luar. Tekak anak emak katanya. Tetapi anak buahnya jika dibawa berjalan, tidak sah jikalau tidak diminta belanja makan. Kaki Pak Su dan anak buahnya laju menuruni tangga menuju ke restoran itu.Meja yang berhampiran dengan kaunter pembayaran  dipilih. Ketika sibuk mengatur bungkusan barang-barang anak saudaranya,seorang remaja perempuan bertanya.

"Makan,encik?"

"Kuew tiow goreng satu. Milo ais dua," ujar Pak Su bersahaja.

Pak Su tahu Amin suka makan kuew tiow. Makanan kegemaran. Amin tersenyum gembira. Pandai Pak su ni,tahu-tahu saja. Mungkin itu dalam hatinya. Pak Su meneka-neka. Sementara menunggu, mata Pak Su terarah pada kaca tv di hadapnnya. Iklan pencuci muka. Amin turut menonton. Yelah, tidak perasan kaca tv bersebelahan meja mereka. Rancangan bermula. Pak Su terus melihat. Apa lagi yang boleh dibuat selain menunggu order siap atau menonton rancangan tv di hadapan. Rancangan 'omputih' rupanya.

Seorang wanita barat berpakaian kot putih separas paha, dengan rantai mutiara nya menjerit, " Yess!! come back..! So, lets start new shows from that couple!". Ohh rancangan menari sejoli. Alaa..macam sehati berdansa la. Tapi, yang ni bukan suami isteri,bantai sahaja sesiapa pun.Orang barat, maju tetapi tidak bertamadun. Rakyatnya langsung tidak mempunyai etika. Makan tidur kerja. Ahh malangnya sistem kapitalisma. Semua merana, miskin atau kaya.Tertekan!!Pak Su bermonolog sendiri. Mata masih terarah ke tv. Allah..berpelukan, terselak sana, terselak sini, terpegang sana sini. Pakaian?? yang tu belum lagi. Macam tidak cukup kain. Couple yang ke berapa entah, boleh tahan lagi pakaian wanita nya. Itupun sakit kepala melihat. Nauzubillah, next couple. Wanita itu memang seperti tidak berpakaian langsung. Menari dengan aksi ghairah. Pak Su tertunduk.
 "Pak Su, teruknya cerita ni! ''Amin mula mendengus."Tukar lah, Pak Su," Amin mendesak pula.
Eh, Macam kedai dia pula."Amin jangan tengok. Pak Su pun tak tengok. Teruk betul.". Pak Su mula berkira-kira untuk meminta tuan kedai atau pekerjanya menukar channel. Mungkin tidak salah, katakan anak saudaranya ingin menonton rancangan lain. Tiba-tiba, dua orang pekerja restoran itu duduk di hadapan mereka, sementelah punya satu kerusi kosong di hadapan. Dan order juga sampai pada masa yang sama. Amin mula mengisi perut yang kelaparan. Pak Su meneguk milo ais. Pekerja itu rancak berbual tentang rancangan itu. Mereka menyebut-nyebut nama-nama couple itu.

"Eh, musim lepas diorang kalah ke?" Seorang akak memulakan bicara. Di tangan beberapa biji kentang dan ulas bawang.

" Tak lah.Yang tu couple yang lain." Ujar pula kawannya. Sama sibuk menghiris bawang. Mereka terus bersembang dengan rancak.

Tayangan di tv,usah cerita. Turut rancak dengan aksi ghairahnya. Pak Su terpandang sekali-sekala. Allah..macam mana nak tegur? Kalau orang restoran pun enjoy sekali. Peminat setia rupanya. Dengan pelanggan yang ramai, rasanya memang tidak sepatutnya berenjoy di sini. Tidak malukah? Pemilik restoran itu sahih Melayu dan beragama Islam. Semua orang tahu. Pekerjanya pun semua Melayu dan bertudung dan berpakaian menutup aurat. Tetapi, rancangan itu boleh diketegori lucah. Jelas sekali tidak senonoh/Bermonolog lagi, geram Pak Su barangkali. Amin pula makan dengan laju. Kuew tiow tinggal sedikit, disuruh habiskan. Lekas-lekas pulang rumah. Ujar Pak Su berkali-kali  kepada Amin.

Enjin motor terus dihidupkan. Ego bergerak ke jalan raya. Ingatan Pak Su terus kepada peristiwa sebentar tadi. Seperti baru berlaku. Bila ye? Cuba diingati. Ohh! Ketika ego dihantar ke bengkel seminggu lepas. Dan Pak Su mula hiba. Situasi yang sama. Perasaan yang sama. Cuma kisah yang berbeza. Yang lebih Pak Su sesalkan,tiada sebarang tindakan yang mampu dilakukan melainkan benci di dalam hati. Allahurabbi..selemah-lemah iman tu. Pak Su sesal, mengapa kita tidak mula membina masyarakat melalui media sekalipun di restoran, sekalipun tengah sedap melantak. Boleh sahaja ditayangkan kisah-kisah Nabi. Boleh sahaja ditayangkan filem atau telemovie yang membawa kepada pengajaran. Boleh sahaja ditayang tazkirah, forum agama atau bicara ilmiah. Mungkin terjadi sesetengah pelanggan akan menolak rancangan sebegitu. Namun,sekurang-kurangnya buka lah untuk tontonan bersama. Pelanggan tetap di situ, tidak lari kerana tujuan pelanggan untuk makan, bukannya menonton tv. Jikalau dibuka rancangan yang baik-baik dan yang boleh mendidik, bukankah sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka?

Lampu isyarat merah. Berhenti sebentar. Pak Su terus bermonolog sendirian. Jika tuan restoran beralasan rancangan ilmiah tidak akan menarik perhatian pelanggan, lalu, sukakah pelanggan dan pekerja bersama-sama share saham dosa? Bukankah rezeki milik Allah. Tidak tahukah bahawa ulat di dalam batu telah Allah sediakan rezeki? Ini kan kita. Khalifahnya..sudah tentu ada. Berusaha tetapi dengan cara yang halal dan baik. Kalau setakat halal tetapi tidak baik, mana jadi! Islam bukan separuh separuh! Matlamat tidak meghalalkan cara. Mahu kaya tetapi bukan bermakna apa saja cara pun boleh. Islam kan ada garis panduan. " Pak Su, dah hijau!" Amin menjerit. Tersentak Pak Su dari lamunan buah fikirannya. Ego bergerak pantas.

Entahlah. Mungkin juga mereka tidak tahu. Pak Su bersangka baik. Entah apa mahu dikata. Ceramah agama dan kuliah pagi, petang, siang dan malam merata-rata di Malaysia hari ini. Mungkin tiada ustaz yang berani atau ambil tahu untuk tegur perkara yang dianggap remeh ini. Pernah Pak Su suarakan kepada kawan sekerjanya. Kata mereka, " Alah, bukan apa pun. Cerita tv je lah. Orang Barat biarlah. Benda remeh pun kau ambil tahu..haha!". Err.. remeh ke? Diajar masyarakat melihat pakaian terdedah,berpeluk-peluk, aksi ghairah dalam gelap. Remeh ke?? Memanglah orang Barat tetapi kita ada pilihan untuk elakkan masyarakat terdidik dengan budaya songsang mereka! Tiada moral,tiada akhlak dan berbagai-bagai lagi. Boleh saja dididik melalui larangan dipasang rancangan tv yang tidak baik untuk disajikan kepada masyarakat. Melayu oh Melayu. Bukan mahu membenci. Tetapi, ingatlah kita mulia dengan Islam. Asalnya kita ini bukan bangsa yang hebat. Kerana Islam, kita sedikit sebanyak diangkat. Pejuangkanlah Islam dahulu bukan Melayu semata-mata.

Apa kata Saidina Umar Al Khattab,
"Kami adalah kaum yang paling lemah dan paling hina, kemudian Allah memuliakan kami dengan ISLAM dan sekiranya kita mencari kemuliaan dengan jalan (melalui cara) yang lain dari ISLAM, Allah akan menghinakan kita"
Semoga Allah membuka pintu hati dan memberi hidayah kepada hati-hati ini. Jika mereka berubah suatu hari nanti, tidak mustahil!! Pak Su berdoa dalam hati. Motor ego Pak Su terus menderum laju. Menuju ke destinasi yang bakal merubah dunia!


 Customers are always right? err
[Cerita ini rekaan semata-mata.Sekadar ingin memberi kesedaran kepada peniaga Melayu Islam]



Mari membina masyarakat Islam yang sebenar >,<

# gambar : google images, tiada kaitan dgn cerita Pak Su ye :)

Ferrari , Pierre Cardin di DARUL TAQWA



Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya.

Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya, teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan, "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki". "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan".

Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? 
Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. 
"Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni!" "MasyaAllah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya! Apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut- rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.

"Macam tak lalu makan saja, anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita", keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insyaAllah. Kita tak perlu hospital."

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya."

"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAIL DATANG TIBA-TIBA Oh... Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer, 'RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema, "Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi..."

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Juruterbang helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. "Kenapa?". Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya.." "Habis, mereka mahu apa?". "Mereka mahu Islam, Datuk!". "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya terlihat sepanduk di hadapan tertulis, "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI". "Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah!".

"Tak mungkiiinnnn!!!". Datuk Dr. Johar jatuh pengsan.

# Cerpen ini dinukilkan oleh seorang hamba Allah yang hebat. Pertama kali membacanya dalam majalah kecil dari IIUM milik kakak ketika masih darjah. Masih segar dalam ingatan sebab cerpen ini sangat unik. Kalau dulu sekadar rasa kagum dengan imaginasi penulis < budak2 lagi :p  >. Tetapi hari ni terasa bayangan imaginasi semakin realiti.. insya ALLAH ini negara Islam yang bakal tercapai sikit lagi :)

.> Cuba teka siapa penulisnya<< comment awaited >.<

Benda yang silap dalam novel

Pernah baca novel? tahu atau tidak bahawa novel lebih banyak menipu dari kebenaran. Lebih banyak khayalan dari realiti. Tahu atau tidak segala cerita yang punya sangkut paut dalam novel hanyalah khayalan semata-mata. DAN peratus untuk wujud kisah2 dalam novel adalah 0.000000000001

Ha . Ha . Ha .
Percaya atau tidak?
Kena tipu tapi kadang2 termasuk dalam alam tu. Betul?

- Sikit sikit mula cerita dengan terlanggar. Kenal sebab pernah terlanggar tergolek, terjatuh, or hampir eksiden. lepas tu dah macam jodoh pulak, asyik terserempak je.

- Ada sesetengah novel yang buat kes terlanggar ni. lepas tu terlanggar lagi banyak kali. Asyik langgar je. basi dah langgar2 ni. bukan nya orang sekarang tak pandai jalan tengok depan, tak pun terlalu ayu sampai jalan main langgar je. ada ke?

- yang lagi basi. Dah bernikah tapi duk bilik berasing. haiyya berapa ramai suami isteri yang dah berkawen duk asing2 bilik. tak tau hukum ke kawan? Seriuss memang tak masuk akal. Banyak sangat novel sekarang ni jadi macam ni. For information so klise corny.

-Lagi satu, kahwin kontrak.hah yang ni problem besar. kahwin kontrak hukumnya haram dan tak sah perkahwinan tu, masalahnya penulis ni tanpa segan silu tulis cerita tentang perkahwinan kontrak. Dan sudah tentu kita tahu ending nya.. memanglah happy ending. tapi mengapa kita disebarkan perkara yang bertentangan dalam agama???

- Dari segi agama, cerita memang la islamik. Nama tajuk novel pun, fuhh hebat! Gadis itu memakai tudung yang menutup auratnya. Lelaki itu menjaga solatnya.mereka anak yang mentaati oerintah Allah dan rasul. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik Tup Tup keluar berdua kat shopping compleks. So what de...??

- kes lain, bukannya tak tahu, hukum bersanding yang berpakej ni. Siap ada merenjis mawar, tepung tawar dan sebagainya. bukan ke Islam dah kata IT IS PROHIBITED IN ISLAM BECAUSE THAT CULTURE SAME GOES TO ANOTHER RELIGION. malangnya dalam novel tanpa segan silu cerita part tu...? Comment?

- Couple. tanpa segan silu dalam novel tu menceritakan tentang pasangan tersebut berkapel. Malah bila dah sayang sangat pegang2 tangan pulak tu kekadang. Sedangkan watak dalam tu menggambarkan seorang yang taat agama. Bukankah sudah memalukan orang lain yang menjaga agama??? Fikir tak sebelum tulis?

Rajin rajin kan diri wahai penulis novel untuk buka YOuTuBe Ustaz azhar idrus,, bukan setakat 2pm 2am big bang. Ilmu akhirat tu lagi penting untuk disebarkan bukan nya ilmu khayalan. ketahuilah setiap yang ditulis akan ditimbang di ahirat kelak. maka bayangkan lah kalau novel yang dihasilkan banyak bertentangan dengan syarak. tak takut dosa ke abang kakak?

- so dari baca novel lebih baik baca yang realiti. baca novel penyiasat ke buku dakwah ke pembangunan ke..barulah berkembang maju otak nih. kesilapan kita rajin membaca tapi buku falsafah tak rajin baca. inilah yang dirungutkan professor pakar bahasa melayu dengan sikap rakyat malaysia.




Mengikut research prof dari barat : negara yang paling banyak telenovela adalah negara yang tidak maju.
* Memang tak maju pun. Asyik bermimpi di siang hari, Assignment tak siap, groupwork tak bersungguh buat, dalam office curi tulang tengok telenovela, baca novel and etc. sebab Apa? on the air! punya ceritera.

So nak terus hidup dalam mimpi atau bangkit segera ??
memang KLISE CORNY... HAKIKAT..

::kopi n pasta::

PAGI YANG DAMAI


Dush...!! dish..!..tumb.. tamb....

Yeahh, hero menyerang.. Messi datang dengan skill bolanya. CR jangan ganggu.. kasut emas tak kasut emas, ini bola aku..!! yahhh

Tiba tiba...Pranggg !!.. ktang,, ktung,,

Burung murai sekejap tadi bernyanyi terkedu seketika.

Ayam berkokok mencari makanan terpana sepi.

Pembaca berita dengan smart nya menyampaikan berita Gaza senyap tetiba (Yang ni overrr)

Tingkap pecah.
 Ok hero lagi, hero bola di padang ye pakcik,, Bukan dalam rumah.
So , sekarang bersihkan sendiri kaca kaca tu. Get out!! Main bola lagi sekali kat sini, Siaplaahhh!! Cari pasal ye pakcik. -______- Tengok!! Amaran sudah datang.