steve jobs 1955-2011


Some of his words...

"We don’t get a chance to do that many things, and every one should be really excellent. Because this is our life. Life is brief, and then you die, you know? And we’ve all chosen to do this with our lives. So it better be damn good. It better be worth it"

"Being the richest man in the cemetery doesn't matter to me… Going to bed at night saying we've done something wonderful… that's what matters to me."

  "Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important"

  "Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart."

   "No one wants to die. Even people who want to go to heaven don't want to die to get there. And yet death is the destination we all share. No one has ever escaped it. And that is as it should be, because death is very likely the single best invention of life"

   "Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma — which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary"

  "I have looked in the mirror every morning and asked myself: "If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today?" And whenever the answer has been "No" for too many days in a row, I know I need to change something"

~steve jobs

..:..indeed,i didnt know him until i read nst last day..he had passed away...

*previously a forgotten draft, published so after checking out the blog

CHOOSING THE RIGHT FIELD





If you are in Form Five now or you have just sat for your SPM examination,or you have just got your SPM results,this article is just right for you.You are looking for clues to help you decide what discipline to join,right? Look around..How have your seniors chosen their fields?..You often heard them saying :

  “O..I chose engineering because I like to become an engineer…perhaps of its handsome  salary”.

   “I want to take TESL because there are lots of job opportunities as English Teacher”

   “I am now in education because that was the option given to me.I had to be admitted in a university somehow.So I just took the offer..”

I once interviewed applicants into an education faculty to ensure that they were not too short so that they are not being bullied by students,their voice not too soft so that their students can hear them,they have the right personal qualities (sahsiah) so that they can provide conducive environments for their students’ development of personality to mention the least.

The list can go on but what I would like to tell you is that when I asked them why they chose to become a teacher,one of them answered “I would like to work with the government as it is more reliable”.
If you are a career counsellor,what would you advise this candidate?...if you are career counsellor,you should advise this candidate to look around and identify what the UMMAH needs..What do we need? What field do we still lack?Choose that fields!!!

We need you to be in medical line because you may need to start an Islamic Hospital.
We need you to be in accounting because we need to start our own Islamic Banking .
We need you to be in journalism because we need to report from our own perspectives.
We need you to be in education because we want to educate our children Islamically.
We need you to be in revealed Islamic knowledge because we want to have experts in syariah and dakwah.

In short,whatever field you choose,you must think what benefits we can get out of that field. We must ask ourselves whether it is our primary or secondary need; short term or long term need? I urge you to give priority to primary and immediate needs. May Allah make it easier for you to get the field you want. I believe that if you have chosen according to His words and you are choosing for His cause, He will make it easier for you, He will protect you and He will strengthen your faith in Him, as stated in the following meaning of Quranic Verse:

~O ye who believe! If ye help Allah, He will help you and will make your foothold firm (Muhammad:7)~


                                                                                                                                                                         
: penulis

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan?


PENAT dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah sahaja dapat apa yang mereka ingini. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?"

Pernah merungut sebegitu? Seakan apa sahaja yang kita nak capai macam susah laluannya, kan? Kadang-kadang sampai putus asa. Pernah rasa begitu?
Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Pengalaman sangat manis bagi saya apabila Allah SWT tunaikan impian zaman kanak-kanak saya. Allah SWT limpahkan nikmat dua kali ganda pada hajat saya dan wasiat arwah ayah saya.

Impian ini baru sekarang Allah SWT tunaikan. Impian semasa usia saya 12 tahun (sehingga sekarang saya masih simpan impian ini). Selepas 27 tahun baru Allah SWT tunaikan dengan kurniaan berganda.
Dua puluh tujuh tahun dahulu arwah ayah pernah membawa saya ke muzium negara. Kami menaiki bas dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur kerana ayah memang tidak mepunyai kereta. Memandangkan arwah seorang konstabel polis, ke mana sahaja laluan bas yang kami naiki adalah percuma dengan sekadar ayah pamerkan badgenya bernombor 26200 pada pemandu mahupun kondukter bas.



"Onn (ini panggilan manja saya) nak pergi muzium kat KL tak?"
"Muzium? KL? Best ke yah?"
"Jomlah ayah bawak. Boleh tengok kapal terbang kat luar muzium tu. Dah tu kita jalan kat lake garden, nak?"
"Bila?" tanya saya teruja.
"Sabtu!" balas ayah saya
.
Pada hari Sabtu itu, awal pagi lagi arwah ayah dah bangun. Ditanaknya nasi seusai solat subuh. Kemudian, dia menggoreng ikan kembung rebus cili padi dan belacan dengan kacang panjang. Menu istimewa ikan masak lompok-lompok ini memang terkenal dalam kalangan adik-beradik kami.

Nasi putih yang masih panas ayah letakkan di atas alas daun pisang dan lauk sambal ikan tersebut diletak di atas bucu nasi. Kemudian, ayah balut ia umpama nasi lemak yang besarnya seperti induk ayam.
Ayah bancuh air sirap panas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam termos. Inilah bekalan kami nanti kerana kami tidak punya banyak wang untuk makan di restoran. Ayah bungkus teliti dalam beg plastik yang dirapikan dengan balutan getah bulat.

"Siap dah bekalan kita, Onn. Ni nanti bila dah mesra sambal ikan lompok-lompok ni dengan nasi dan harum daun pisang, sedap ni nanti," ucap ayah selesai membungkus bekalan kami kelak.
Kami tiba di muzium. Sambil berjalan-jalan, ayah ceritakan sejarah hampir setiap ruang dan galeri yang kami lewati. Sebagaimana dijanjikan, kami menyusur jalan di belakang muzium negara ke lake garden dan sama-sama kami jamah bekalan nasi bungkus tadi.
"Onn kat sekolah pandai, kan? Nak tak masuk universiti tak nanti bila dah besar nanti?"
"Eh, mestilah," pendek sahaja jawapan saya.
"Kalau ayah bawak ke satu universiti paling best kat Malaysia ni nak tak? Ayah nak bagi semangat kat Onn. Universiti ni orang pandai-pandai aja yang dapat masuk. Macam Onnlah orang pandai." Bersemangat betul ayah mempelawa saya.
Saya mengangguk tanda setuju.

Kami menaiki bas mini di hadapan muzium. Setelah sekitar 15 minit berlalu, ayah menekan loceng dan kami turun dan terus menyeberang jalan. Ayah pimpin tangan saya melewati pintu utama yang dijaga oleh dua orang 'Pakcik Jaga' (ini panggilan kami untuk kakitangan sekuriti).
Saya baca tulisan yang terpapar di pintu gerbang masuk; "Selamat datang ke UNIVERSITI MALAYA," bisik saya dalam hati.
Saya lihat ayah tersenyum.
"Inilah universiti tempat budak-budak pandai tu. Nanti bila dah besar Onn belajar kat sini tau. Tak ramai orang dapat masuk sini. Orang yang hebat-hebat sahaja yang boleh belajar kat sini," ulas ayah pada saya.
Ayah pimpin tangan saya berjalan sekitar kampus. Kami lewati Dewan Tunku Canselor dan tasik kecil di sekitar kampus.
"Onn sukalah universiti ni. Onn mesti belajar kat sini nanti. Ayah suka kan Onn belajar kat sini?"

Ayah saya tersenyum bangga!




Semenjak dari itu hati saya sudah tetap untuk ke Universiti Malaya. Saya tidak tahu kursus apa yang akan saya ambil tapi itulah dia universiti pujaan hati saya. Apatah lagi, semasa saya bersekolah di sekolah asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, kawan-kawan semua menggelarkan universiti ini sebagai "Harvard University of Malaysia".
Namun, tak semua yang kita impikan jadi kenyataan, bukan? Kecewanya jiwa saya apabila mengetahui keputusan peperiksaan SPM saya tidak begitu baik, sekaligus tidak melayakkan saya menyambung pelajaran di matrikulasi Universiti Malaya. Walaupun saya mendapat pangkat satu, tapi keputusan untuk subjek matematik dan sains saya sangat teruk.

Saya tahu ayah kecewa. Tapi ayah simpan perasaan itu dengan memujuk saya. Kata ayah, belajar di mana-mana universiti pun sama sahaja. Tak apa, bukan rezeki saya untuk ke Universiti Malaya.
Ramai juga kawan-kawan saya ke Universiti Malaya, terutamanya yang mengambil jurusan perdagangan. Itu tambah mengecewakan saya. Dengan keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, saya hanya diterima melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Masa ayah, mak dan angah hantar saya mendaftar kursus di UTM Skudai, saya hampiri ayah.

"Ayah, Onn mintak maaf ya, yah. Patutnya kita ke Universiti Malaya, kan? Ayah harap sangat Onn ke sana dulu. Onn ingat lagi, yah. Maaf ya, yah. Onn tak pandai macam Achik. (Achik saya belajar hingga ke UK dan dia sentiasa menjadi inspirasi saya semasa saya kecil.)"
Ayah pandang wajah saya. Tak ada apa yang keluar daripada bibirnya. Dia hanya pandang tepat ke mata saya dan mengusap kepala saya.

Setelah tamat pengajian peringkat diploma, saya meneruskan pengajian peringkat ijazah di UTM. Namun, harapan saya untuk belajar di UM tak pernah padam walau saya tak tahu bila ia akan tercapai. Sehingga ayah meninggal dunia, saya gagal memenuhi impian arwah ayah untuk menuntut di "Harvard University Malaysia".

Tapi Allah SWT maha adil. DIA temukan saya dengan Ain. Ain lulusan sarjana muda jurusan matematik daripada Universiti Malaya. Bukan setakat itu, Ain juga merupakan salah seorang pelajar pintar yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya satu tahun awal daripada tempoh pengajian yang ditetapkan.
Allah SWT tidak tunaikan impian saya dan arwah ayah melalui saya. Tetapi Allah SWT penuhi hajat kami melalui Ain.
Masya-Allah, hebatnya perancangan Allah SWT, kan? Saya kira tertunai sudah hajat kami. Saya fikir perkara saya dan Universiti Malaya sudah tamat setakat itu.
Akan tetapi, rupa-rupanya Allah SWT tunaikan juga hajat arwah ayah dan impian saya dengan 'double promotion'. Kurniaan limpahan dua kali ganda ini bukan melalui peluang untuk saya menimba ilmu di Harvard Malaysia. Allah SWT beri peluang untuk saya memberi ilmu kepada 29 orang mahasiswa daripada Universiti Malaya untuk menuntut ilmu daripada saya.
Lebih manis apabila Allah SWT terbangkan mereka dari kampus Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur ke Liverpool John Moores University (LJMU) untuk saya ajari mereka tentang bidang kepakaran saya; pengurusan fasiliti.

Hari ini sesi pertama saya sebagai 'program leader' menerajui 'outbound reach out program' antara UM dan LJMU.
Mereka akan bersama saya selama hampir sebulan dan saya diberikan kuasa penuh untuk merangka program bagi kesemua 29 orang mahasiswa tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bangunan daripada Universiti Malaya itu.
Semasa mereka diserahkan kepada saya tadi, hati dan perasaan saya bercampur baur; gembira, terharu, sedih dan sebak. Penuh emosi dalam jiwa ini. Sambil saya tatap 29 wajah anak Malaysia yang merupakan antara pelajar terbaik tanah air itu, saya hela nafas panjang sebelum saya mulakan kuliah pertama saya.

"First and foremost, I wish to welcome you to LJMU. Secondly, I wish to extend my gratitude to all of you for making my late father and my childhood dream a reality today. I have been holding on to this dream for 27 years. I am sure if my late dad was here with us today, he will be smiling at me with a huge sense of pride and happiness."

Kemudian saya ceritakan kepada mereka kisah impian arwah ayah dan saya. Saya tegaskan yang mereka ini antara yang bertuah kerana mereka adalah antara mahasiswa terbaik di Malaysia dan betapa bangganya saya kerana berpeluang berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman kepada mereka.
Perkongsian ini khas buat arwah ayah saya, Hj Mohd Noor Bin Habib. Saya mohon maaf kerana agak lambat menunaikan impian ayah. Tapi Allah SWT lipat gandakan kejayaan ini pada impian kita yang tak pernah padam. Saya doakan ayah damai di sana di samping mak dan insan-insan yang beriman. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih perih ayah membesarkan kami. Walau kadangkala hati ini buta menghargai kasih sayang ayah.

Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.
Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.

Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:

"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
 Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
 Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
 Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
 dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."


(Penulis, Mohd Nazali Mohd Noor merupakan pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom. Beliau berkongsi karya dihttp://www.facebook.com/mohdnazali.)

# someone send me this article by email. Let's share.





Cerpen : Bahagiakah saya?



Sempurna

Saya bukan terkenal, malah pemalu. Mungkin katak juga tidak kenal saya. Ah, siapalah saya? Saya meniliti muka buku. Kawan saya, dia cantik. Dia menarik. Adik-beradiknya cantik cantik. Ayahnya bekerja besar. Ibu dan ayahnya punya paras yang indah. Bak kata orang keluarga cukup pakej. Dia pandai. Dalam kuliah adalah top ten. Dia selalu dipuji pabila membuat presentation subjek apa sahaja. Dia juga mungkin ramai peminat dari kalangan lelaki. Tetapi, tiada lelaki yang berani mengungkapnya kerana dia perempuan baik-baik. Meskipun mata yang cantik dan punya susuk tubuh seperti model, tudung labuh sentiasa membaluti. Baju nya yang cantik cantik, semuanya labuh dan longgar. Ya, dia perempuan yang baik. Bagi saya,dia sangat sempurna. Bila dipos apa sahaja, beribu suka. 

Apapun, dia boleh bergaul baik dengan lelaki. Lelaki senang sekali menegurnya. Kerana dia baik. Dia bukan perempuan yang suka hipokrit. Tidak malu tak bertempat. Lelaki juga senang bekerja dengannya. Kadang kadang diminta ajar apa apa subjek. Bila bercakap, suaranya lembut. Sopan sekali. Tetapi bukan dibuat buat, memang dia sangat bersopan. Aduh, sangat sempurna!

Malu

Memandang pada diri. Saya pemalu mungkin. Tetapi dengan lelaki sahaja sebenarnya. Saya kekok dengan lelaki. Dengan perempuan, saya ramah. Ah, benarkah? Malas mahu jawab. Saya pendiam kadang kadang, suka menyendiri. Namun saya aktif dalam berpersatuan. Aktifkah? Bertanya lagi. Entah, saya tidak kenal diri agaknya. Saya biasa sahaja. Kulit pun kuning langsat. Keluarga pun tidak tidur di atas duit. Saya mahu belajar tinggi tinggi untuk ubah nasib keluarga. Kami dari orang kelas pertengahan. Eh semenjak bila pula negara ada kelas? Mengaduh sendiri.

Dia baik. Malah sangat baik. Dia kata saya baik dan suka berkawan dengan saya. Tidak saya peduli, dia banyak lebih. Saya kurang banyak. Saya tidak tinggi, saya tidak cantik, saya tidak berharta, saya tidak cerdik, saya..saya... .Tetapi, dia tidak pernah memandang itu.  Saya yang serba tidak kena kerana serba serbi saya selalu rasa dia lebih.

Cabaran

Saya pendiam dan tidak hebat berpidato. Entah bagaimana, saya berani ke hadapan ketika di universiti. Itu pun tunggang langgang. Tiada intonasi dan bahasa yang indah. Sekadar ke hadapan memberanikan diri dengan jantung yang hampir tercabut. Tangan terketar ketar yang hampir terlupa letaknya di mana. Lantas, saya sengaja cuba cuba menjadi orang bawahan dalam persatuan. Tiba tiba nama saya naik mutakhir ini, memegang jawatan yang lebih tinggi. Kurang pasti dimana kelebihan. Kurang tahu di mana kehebatan. Allah lebih tahu, dan itu pasti. Barangkali, mereka melihat saya rajin dan bersemangat bekerja. Mana tidak bersemangat, saya belajar banyak perkara.

Dalam memegang beban amanah, saya banyak buat silap. Bukan sekali, tetapi banyak kali. Kerap kali menangis mengenang diri. Bila tersedu, selalu membandingkan dengan dia. Dia apa kurang hebatnya. Sama jawatan dengan saya. Tetapi, dia sangat santai bekerja. Ini tidak. Membentang di hadapan pengerusi berkenaan program pun tersasul dan tergagap. Kejap membuka slide kejap membuka microsoft word. Hancur sama sekali. Menerangkan pada mereka juga bagai tiada noktah dan bagai tiada kedengaran butir butir ayat. Ibarat kereta api bullet train membelah laluan. Bila dikritik, menangis lagi.

Ya. Itulah saya. Tetapi dia sangat berbeza. Lalu saya terus rasa terasing, malah makin terasing pabila muka buku terus diteliti. Bila semakin sedu, muka buku ditutup geram.

Koreksi

Saya duduk atas kerusi, senyap. Hari ini, laptop tidak diusik. Malah disimpan kemas dalam almari. Sengaja begitu, cemburu sudah melangit. Senyap lagi, memikir sesuatu. Melayang layang kesedihan. Sedih melihat diri yang terasa sangat tidak sempurna. Makin sedih pabila mengenangkan dia lagi. Tanpa dipinta, ada air jernih dipipi. Bergenang dalam kolam. Hei, kenapa kau turun. Saya marah pula. Dikesat, makin laju. Lagi dikesat, bertambah laju. Biarkan ia mengalir. Biarkan ia berlalu bersama kepedihan di lubuk hati. Saya mengalah jua.

Tangan dirapat ke kaki. Air terus bergenang. Ringan sahaja tangan menekan butang radio mp3. Entah lagu apa. Papp!! Ditukar siaran. Suara seorang sahabat terdengar-dengar tiba tiba. Sahabat itu sudah berusia dari saya. Pandai memberi tazkirah. Baik sekali.

Jangan sedih-sedih, Allah kan ada. Kalau sedih, ingat Rasulullah SAW.
Air mata kering sudah tatkala itu. Radio ikim fm sedang berputar sirah Nabi saw. Nabi Muhammad saw wafat dengan rumah tanpa api. Tiada minyak untuk dinyalakan. Hari kewafatan itu, kali pertama punya api. Nabi Muhammad saw juga pernah mengikat tiga batu di perut melebihi sahabat yang lain. Allah, sedihnya. Sayu menjelma. Itu Nabi saw. Kekasih Allah, dijanjikan syurga. Mampu memberi syafaat kepada seluruh manusia. Namun adakah kehidupan Nabi saw mewah? Cukup semua? Ya, Nabi saw mengajar umatnya bersusah payah demi akhirat. Lantaran, hidup ini sebentar. Lihat para Nabi yang lain. lihat bagaimana hidup mereka. Bersenang lenang kah? Tidak.. ! Tetapi mereka bahagia.

Bahagia

Benarkah saya bahagia apabila saya jadi seperti dia, kawan saya yang sempurna itu? Benarkah saya bahagia pabila punya keluarga yang ada cukup pakej? Benarkah saya bahagia pabila saya punya rupa paras yang cantik? Benarkah saya bahagia pabila susuk tubuh sepeti model? Benarkah saya bahagia pabila bijak dan hebat? Benarkah saya bahagia pabila ramai lelaki meminati saya?

Dan soalan soalan itu terus menerjah saya. Ibarat senapang patah membedil bertubi tubi hati ini. Lalu mata mula berkaca semula. Saya tidak bersyukur. Saya kurang bersyukur. Saya sering melihat kelebihan orang lain dengan melupai kelebihan saya. Saya lupa Allah telah tetapkan setiap rezeki untuk hamba hambaNya. Malah, jika saya bersyukur, banyak lagi rezeki dilimpahkan.

Berubah

Hari ini, di hadapan locker saya, di depan meja belajar saya, di depan kulit fail saya. Ada kata kata hikmah yang selalu dibaca.

" Allah doesn't ask you to give rizq. What Allah asks is to obey Him. Being His servant with sincere heart and good intention. Believe that your rizq with Allah, everything has arranged well "

Ya, saya bahagia dengan hidup ini. Mana yang tersilap, saya perbaiki lebih baik. Saya tidak akan tahu kekurangan saya jika saya tidak membuat kesilapan. FAIL : first attempt in life. Saya bahagia dengan takdir Allah ke atas kehidupan saya. Saya bahagia denga cara saya. Saya akan terus mencuba. Benar, semua orang berhak untuk menjadi juara ! Dia dengan caranya, saya dengan cara saya. Saya bahagia.

Dan hari ini, saya tidak menangis lagi :)








is it wrong to like being alone?


Being a loner or well known as 'lone ranger' is abnormal? is it true? nine gags would call this phenomenon as forever alone. ha ha ha. People keep asking sometimes when they see some girls or boys are more happy when they are alone. They seem have their own world. Yet, people make a judgement that they are 'Introvert' .  Herm , so what's wrong become an introvert? Owh..!! What is introvert?

Here i come. Introvert : Contrary to what most people think, an introvert is not simply a person who is shy. In fact, being shy has little to do with being an introvert! Shyness has an element of apprehension, nervousness and anxiety, and while an introvert may also be shy, introversion itself is not shyness. Basically, an introvert is a person who is energized by being alone and whose energy is drained by being around other people.

Introverts are more concerned with the inner world of the mind. They enjoy thinking, exploring their thoughts and feelings. They often avoid social situations because being around people drains their energy. This is true even if they have good social skills. After being with people for any length of time, such as at a party, they need time alone to "recharge."

When introverts want to be alone, it is not, by itself, a sign of depression. It means that they either need to regain their energy from being around people or that they simply want the time to be with their own thoughts. Being with people, even people they like and are comfortable with, can prevent them from their desire to be quietly introspective.

Being introspective, though, does not mean that an introvert never has conversations. However, those conversations are generally about ideas and concepts, not about what they consider the trivial matters of social small talk.

how's pity, shrekk.
Okay, so know we know what is introvert actually. Shy is not equal to introvert. Yeah, a loner really needs energy or recharge their spiritual or physical. This is what they love to be. I have ever met some persons who are addicted loners . . Oppss nope! Lone ranger is more suit with them. They have enjoyed their lives, they would never ever have problem with others, they are doing very well in their works, they are good in social skills and even participated in debate or public speaking, they are enough friendly 'at the time' and lots! Again lots ! They are very special . Some of them are very friendly at the time means they are very good in socialization, but they need lots of time to thinking something more creative rather than talk more, but work less ! !



So, dont be afraid when we have this personality because this mean that we are enough 'independent'.  We are very special ! Oh ya sometimes they are respected much by others even they are not popular. But they have something which makes people are high-perceive on them . And some more info #


Here is a big difference between someone who is a loner-by-choice and socially rejected people. Contrary to what most people think, being a loner is neither good nor bad. Loners are individuals who enjoy spending time alone as much, or more so, than they do with friends (yes, loners do have friends). They have a low need for affiliation and peer acceptance and engage the world in different ways than extroverts - focusing on their own ideas and being stimulated by solitude, while social interactions drain them. Loners generally have a small circle of close friends and have higher standards for their friendship and trust. They enjoy spending time with their friends but do not depend on and attach to them like others, though they are highly loyal. Introverts are generally more intellectual than others, using their time to enjoy and study anything and everything that interests them.
*i dont think  a 'gentleman'  is kinda . very not equal . but they are much more . . . dont know how to describe man such like this :p


fact ! !
*other good answer :
Being alone often gives the chance to think things through, and clear your mind. Being alone is nothing to be ashamed of. If you enjoy being alone, then that is cool. If you like it, then it is fine.


left them alone, to discover the world!!
So Whats Wrong Being a Lone Ranger???

#source : wikihow.com
            : giftedkids.about.com

BUAT DIRI YANG LUPA~~


PUAS SUDAH,


KUCARI KEBAHAGIAAN,


DISISI TEMAN-TEMAN,

KUDAPAT HANYA KELALAIAN,



KU CARI LAGI,


DI HATI SEORANG KEKASIH,

KUDAPAT HANYA KEKECEWAAN,

DAN KU TERUS MENCARI,


DALAM MENITI HARI,

PENUH KEKOSONGAN.



OH,DI MANA LAGI HARUS KU MENANTI,

MEMBAWA SEKEPING HATI,


YANG SARAT KERINDUAN,

RINDU YANG TIADA HALUAN
,


AKU KELIRU SENDIRI,

APA YANG KU CARI,

APA YANG KUPERLUKAN,

AKU TAK BISA MENGERTI.



YANG PASTI,


KEKOSONGAN HATI INI MINTA DIISI.....



SEJENAK KU TERSEDAR,


AKU MENCARI CINTA AGUNG,

BUAT JIWAKU YANG MERINDUKAN,

CAHAYA YANG MEMBELAH KEGELAPAN

MELIMPAH CEMERLANG MENGISI KEKOSONGAN.



KU SEDAR.



DESTINASI PENDIRIANKU DI SINI,

KU MENCARI-MU TUHAN,

MENGHARAP KEREDHAAN,

MENAGIH KEBAHAGIAAN,

DARI SINAR CAHAYA IMAN.....................




-Nukilan :Hamba Allah




bILa fItRAh bErbiCaRa 2....


Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




Resahnya hati

Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”“Tukarlah hati baru.”
“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”

...

“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak.
+++

“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?”

"Yang mana?


“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.”


“Heh, kena karang.”


“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem. Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali,


“Carilah hatimu di tiga tempat:

1) ketika membaca al-Qur'an

2) ketika solat

3) ketika mengingat kematian.

Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”

[Imam al-Ghazali]








“Itu ana dah try dah.”

“So? Masih tak ada hati lagi?”

“Entah lah.”

“Ok akhi, baik antum cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya ni? Antum nak nikah ke?”

“Hehe. Lebih kurang lah.”

“Ha?! Betulkah?”

“Tidak lah. Tapi, lebih kuranglah.”

“Err.. Ana tak faham.” +++

“Ana sebenarnya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Kami..” “Hah!! Couple?!”

“Eh. Rileks dulu. Tak habis cerita lagi..”

“Oh.. Ok ok. Teruskan bercerita.’

“Kami kenal tahun lepas. Masa pertandingan debat dekat sekola dia. Tapi, kenal-kenal gitu je lah. Tak ada apa-apa pun. Cuma sejak kebelakangan ni kami selalu berhubung. Itu yang ana risau ni.”


“Risau part yang mana? Debat?”


“Heh. Bukan debatlah! Ana risau sebab kami dah semakin kerap berhubung.”

“Akh, kalau antum berhubung itu atas sebab alasan yang syar’ie, tak ada masalah. Yang jadi masalah itu apabila antum dengan dia berhubung, mesej-mesej benda yang tidak penting. Sebab benda ni mungkin kecil akh, tapi ianya tetap akan membuka ruang dan peluang untuk antum berzina dengan dia. Hoho. Ekstrim gila analogi.”


“Hmm.. kami tak couple pun. Mesej pun macam mesej dengan member je. Gelak-gelak. Buat lawak. Tak ada pun mesej yang jiwang-jiwang.”


“Hmm.. Ok, tak kisahlah apa yang antum buat dengan dia. Ana nak tanya satu benda. Apa manfaatnya antum buat benda ni?”

“....…...”

“Adakah antum menjadi lebih beriman? Ana rasa tidak., sebab antum sendiri dah mengaku antum ada masalah hati.”

“Tapi, kami selalulah juga tukar-tukar mesej bagi tazkirah. Kejutkan subuh. Solat.”

“Hah. Lagi berat ni..”

“Kenapa?”

“Antum suka kat dia?”

“Kena jawab kah soalan ni?”

“Heh. Sukalah tu. Akhi, ana harap antum dapat istighfar cepat-cepat. Mohon ampun pada Allah.”

“Ana tak faham..”


“Mohon ampun pada Allah sebab dalam hati antum sekarang ni telah wujudnya cinta yang lain selain Allah. Itu sangat bahaya, akhi..”


+++

“Akh, salahkah sukakan seorang perempuan.”

“Ana quote kata-kata Ustaz Emran je lah mudah..”


"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!"

[Emran bin Ahmad]

“Maknanya?”

“Cinta itu fitrah, akhi. Dan Islam itu bukanlah agama yang mengharamkan fitrah. Gila apa nak haramkan fitrah manusia.”


"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

[QS Ali ‘Imran, 3:14]

“Tapi, Islam itu turun semata-mata untuk menyempurnakan akhlak, menetapkan sesuatu peraturan agar sesuatu yang bernilai dan sangat berharga itu tidaklah dicemari dengan kekhilafan serta kebodohan manusia macam kita ni.”

“.…”

“Nak menyukai seorang wanita itu tidak ada masalah. Tapi, antum kena ingat. Hidup kita ini ibadah. Cinta itu juga ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi akhi, janganlah kita campuri ibadah yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.”

“Tapi, kami tak couple..”

“Antum selalu messaging dia kan?”

“Ya.”

“Call?”

“Kadang-kadang..”

“Antum ada perasaan kat dia?”

“Sikit.”

“Sikit?? Ok, tak pe, dan dia juga seolah-olah melakukan hal yang sama pada antum. Betul kan?”

“Err..”

“Betulkan?”

“Ya lah kot.”

“Itu couplelah namanya.”

“Kenapa pula?”

“Dari sudut pandang ana, couple ini apabila seorang lelaki dan seorang itu berhubungan untuk hal-hal yang tidak penting atau tidak perlu. Mereka mungkin chatting, messaging macam kawan biasa, tetapi lambat laun yakinlah bahawa mereka itu nanti akan terjerumus dalam perangkap yang mungkin mereka sendiri tidak merasakan itu sebagai perangkap. Sebab perbuatan dosa dan maksiat itu sangat indah. Terutamanya apabila syaitan sudah menjadi tangan yang mengatur, bukan lagi iman yang menjadi percaturan.”



“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.” [QS Al-An’am, 6:112]

“Syaitan dalam bentuk jin mahupun kawan-kawan kita ni akan sentiasa berusaha membisikkan perkataan yang indah sebagai tipuan, akhi. Dan antum tanyakan dalam diri antum sendiri. Adakah antum termasuk dalam golongan-golongan mereka yang tertipu sekarang ni.”

“…”

“Aku bukan couple, tak declare pun. Aku tak jumpa dia pun, setakat suka-suka je mesej-mesej gitu. Macam-macam lagilah alasan yang akan diilhamkan syaitan kepada kita nanti demi untuk membenarkan perbuatan yang salah itu.”

“Tapi, kami tak ada apa-apa pun.”

“Kalau benar tak ada apa-apa, maka antum kena pastikan antum benar-benar tak ada apa-apa dengan dia lagi lah lepas ni. Tak ada mesej-mesej. Tanya khabar masih boleh, tapi setakat itu sahaja. Tambahan, dia duduk kat Perlis, antum Perak. Huh, tak ada keperluan yang mendesak pun ana rasa yang boleh dibincangkan bersama. Dua-dua masih sekolah lagi tu. Nak SPM lak tu. Adeh.” “Hmm..”

+++

“Akh, tanyakan semula pada diri antum. Siapa sebenarnya cinta dalam diri antum? Kalau benar Allah. Cuba tanyakan lagi, adakah antum dah cukup berbuat demi membuktikan cinta antum pada Dia. Kalau sudah. Tanyakan lagi, kenapa antum perlu mencintai Dia?”

“….”

“Selesaikan dahulu urusan cinta antum dengan Allah. Insya-Allah, Allah akan selesaikan urusan cinta kita di dunia ni.”

“Tapi, nanti dia kecil hati pula. Kata ana sombonglah, kolot. Atau dia nak pi bunuh diri ke nanti. Macam mana?”

“Antum nak biar dia kecil hati dengan antum, atau antum nak biar Allah yang kecil hati dengan antum? Lagi satu, akhi. Kalau benar sekalipun Islam ini agama yang kolot dan ketinggalan zaman, maka ana bangga menjadi orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Kerana ianya agama dari Allah. Dia nak bunuh diri? Biar jelah, itu masalah dia. Jangan dia bunuh antum sudah. Hehe.”

“…”

“Hehe. Rileks.. Hisab balik diri antum. Antum kat mana sebenarnya ni? Bersihkan balik diri antum. Dekatkan semula diri antum dengan Allah.”

+++

“Ok lah akh, Islam agama yang mudah. Jadi, kalau antum benar-benar nak bercouple juga. Cuba tengok surah yang ke-24, ayat ke-32.”



“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” [QS an-Nuur, 24:32]

“Alah, nikah ke?”

“Kalau tak nak nikah, antum kena tengok pula kepada surah ke-24 juga, ayat ke-30.”


“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

[QS an-Nuur, 24:30]

“Heh. Sama je..”

“Maka antum kena jaga pandangan antum. Baik pandangan lahir melalui mata. Mahupun pandangan secara halus melalui hati antum. Kalau tak nak juga, berbalik kepada step pertama tadi. Surah ke-24, ayat ke-32.”

"Beratlah, akh."

"Alah. Macam budak-budak kecil. Mujahadah lah sikit!"

"Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan ALLAH swt akan memberi pada rasa lazat beribadah di hatinya."






C & p...

P/S: share with other, pleasee..lets make a full time MUSLIM!!

Hijabee : woman,muslimah,mu'minah


Sunday, 9 October 2011 at 16:15

 We All Fall



Sincere, heartfelt advice by a sister to get back up and try again.





Dear Servant of Allah; you are a human being. Human beings fall; fall down into a fissure of failure. We sin.

It’s the fall which frightens you; shocks you. The THUD as you hit the cold floor. Suddenly it’s very dark. All the shadows of your past and the fear of the unknown future surround you. You sigh. Still in pain from the fall. Failure. You say to yourself, ‘I’ve failed’. You think to yourself, ‘I’ve failed.’ Persist in this thought and you may just become it.

Still aching from the fall of failure, you’re tired and you’re bruised and broken. You’ve been overcome by darkness and now you know it is time to either make or break your soul. Raise your hands; cry out to Allah the reliever of difficulties and the All-Forgiving. Trust that if you have patience, He will see you through, because He will see you through.

This could be after you say something you shouldn’t have said, do something you shouldn’t have done, or act in a way which is disliked in the eyes of Allah. Prayers become shorter, the tears in your Salah start to cease and the Qur’an is leaving your heart and being replaced by the love of this world. Maybe you’ve given up with covering and are ‘letting your hair down’. But a niggling thought, a squirming feeling at the back of your mind makes you feel something heavy and horrid – guilt maybe?

Things can change. Think and hope for the next time. Don’t give up. Yes, it’s a lot easier said than done. Sometimes slipping down the mountain-side of trials becomes the only thing you think you’re good at. Continuing in sin and persisting in disobeying Allah may seem to be in the heart of every action you commit. But it doesn’t have to be like this. Just don’t be afraid of Change. Change creeps along and places a seed of a thought in your head, or presents a realisation to you, so much so that you suddenly know something in your life isn’t right. It makes you feel uneasy but if this change is directing you closer to Allah, then follow it through. Let the seed grow, nurturing it may be hard work but the result is beautiful, like a delicate flower.

Observing the Hijab was the biggest change for me. It felt risky, because all eyes would be on me and I didn’t know what to expect at school or with my family. I just knew there’d be a change. We need change. And our trials should never hinder us from seeking forgiveness or trying again and again and again.

If you have taken the hijab off, or lessened your Hayaa, please think. Please think again and don’t feel that you can never feel that rush of light which you did when you first started to cover. A different light may emerge. That’s what change causes: difference. Maybe not worse, just different. A different way in which Allah is testing you.

There is always a lot of greater wisdom in every event which takes place, and it’s too much for us to know or even imagine. But we have been commanded three orders which are for our own betterment in all situations and affairs:

Have Trust and Hope in Allah; Fear Allah; Thank Allah –all accompanied with a patient smile.

So when you’ve hit the floor, find some energy. Find that strength Allah has gifted you and try again. We all make mistakes but the biggest mistake is to lose hope in His abundant mercy. Take a fresh look at the headscarf lying at in your wardrobe, or the abaya hanging off the back of your door. Try. Try Again.

“Say: ‘O my servants, who have transgressed against their own souls; do not despair of the mercy of Allah, for Allah forgives all sins. Truly, He is Oft-Forgiving, Most Merciful. ” [39:53]



Praying for your forgiveness, and that Allah will be your Friend and Protector in whatever battle your soul is fighting.In hope that you will try again.

~p





Thanks~ source :productive muslim..






















Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya...

google image

 Thursday, 29 December 2011 at 20:29 



Bercakap fasal doa,

saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini: 
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. 

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medanbisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.





Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.



Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dengan kita.



>>penulis adlh ex-iium

sharelah jika anda sayang kan mereka..

email fowarded # 

Inilah kata2 semangat...

Friday,  2011 at 20:27


*Semoga bermanfaat kepada kalian pembaca...

Rahsia hidup hanya Tuhan yang tahu   
Teruslah tersenyum meski hidup
tak selalu bahagia

Perihal kehidupan sukar untuk diungkapkan
Kadang kadang jatuh,kadang kadang bangun
Bergolek golek macam roda

Yang pasti di mana pun kita
Sedarlah bahawa kita adalah milikNya

Janji Tuhan Itu ada
Kerna kita ada pengakhiran yang abadi

Jangan kerana dunia segalanya terlupa
sebab kewujudan kita di muka bumi ini

Bertahanlah wahai hati
Hadapilah sesuatu walau sesukar manapun
Teruskanlah positif dan optimis walaupun
jalan itu sukar dilihat
Percayalah dan yakinlah pada diri
bahawa kita mampu
Meski masa itu belum tiba


Jangan sesekali rasa menyesal
dengan pilihan yang dibuat
Kerna takdir Ilahi
1001 hikmahnya
1001 sebabnya

Lantas kerana Dia lebih Tahu
Aturannya perjalanan hidup kita....
Percayalah pada diri
Percayalah ada jalannya

Percayalah ...
disebalik kesukaran pasti ada kemudahan..


;-)

=Ditulis di Kampus UIA Nilai, masa tu rasa nak pengsan doh :p hehe
=only Allah knows how am i at that time :')






and today 2013, its worked!! thanks Allah!!

:: BiLa ALLAH MeNdUGa sEbENtAr ::


Assalamualaikum :)

 Al kisahnya saya bakal melanjutkan pelajaran ke ijazah/degree iium gombak. waahh macam hebat je bunyi nye kan?? padahal kawan2 yang duk matrik ramai pun dah masuk ijazah..sobs :') .Tapi bersyukur lah sepatutnya sebab ada lagi kawan2 kat asasi uia yang tak habis lagi asasi. Sekarang ni pun ada lagi yang tengah ambil short sem. Entah lah saya ni banyak sangat laluan kemudahan yang Allah bagi tapi diri sendiri tak pandai bersyukur. Allahuakbar memang kena banyak lagi tazkirah ni..ehhehe

Uia ni style kena bayar dulu admission dalam rm300 lebih, terpulang ikut course. Economy student biasanya almost banyak tu je..tapi belum lagi campur yang lain..haha. Rasanya semua U macam tu kut,entah , tak sure. Jadi, family bersiap lah nak pergi bank muamalat paling dekat.Memang Allah nak uji rasanya hari tu. >> Baguslah jugak kena dapat ujian,,cuti ni banyak lagha kut..main  banyak..haha <<


Sebelum bertolak ke bank muamalat, singgah jap stesen minyak. Mak minta keluar duit kat situ. Yelah, keluar duit lepas tu terus bank in ke muamalat. Senang sikit.Masuk je stesen tu, Allah..ramainya manusia beratur nak keluarkan duit. nak tak nak, beratur je lah. Sambil kebosanan beratur, mata duk tengok cekedis..ermm sedapnye. Masa tu kat depan, ade dengar mak cik dan anaknye merungut ape tah.Buat tak tahu je lah tapi ada terdengar mesin atm tu meragam sikit hari ni. apa2 je lah makcik. saya nih kena keluar duit..penting!! Uia ni ada due date taw!!

Selepas kira2 20 minit beratur, dapat lah giliran. Akses kad bank islam..Allah "your card is unavailable now,please try again" memang again lah saya try. Berkali-kali..orang belakang tak kisah je.Siap bagi semangat."cuba la lagi,dik.Mesin ni memang macam ni". Ada pak cik lain menyampuk. "Haah, haritu tak boleh keluar duit,2..3.. kali baru mahu.. okay .. masa tu dah putus asa,malas lah nak cuba dah. "takpe la makcik,"saya kegeraman dan berlalu pergi. Makcik tu kesian kut tengok saye,,huhu muka panas nak terbakar.

Masuk keta, mak cakap try buat kat bank muamalat lah.Ermm..ok. jadi bertolak lah ke sana. Dalam 30 minit tiba, cari parking.Ok keluar dengan segera sebab nampak dah dalam bank tu penuh manusia. Berhenti depan mesin ambil no giliran, tetiba pak guard suruh ambik je no kat atas mesin tu, Katanya no tu orang yang tekan , dah keluar. herm tak pela. no 1003. Sementara tunggu, pi la keluar duit pakai kad bank islam tu.lagi buat hal lah. unavailable lagi?? So, bila ko available.Masuk kad matrik uia..tak boleh jugak. masuk kad cimb pun sama.Allah..dah resah sangat,Kalu tak boleh nak akses, nak pakai duit ape? daun?? haha. Mak cakap gi cari bank Islam lah terus,keluar kat situ. Memang bank Islam ade kat situ .. tapi jauh sikit dan tak ingat jalan sudaa >.< haha. tak biasa turun bandar tu. Ape lagi, nak kuar duit punye pasal. redahhh..!! Pusing2 nak dekat berapa jam. Rasanya hampir 1 jam. Yelah kami memang dah terlebih ingat jalan.hehe. Masuk je bank islam..dapat akses akhirnya kat atm system. Ingat kan kad tu ade problem. Tapi hakikatnya, sistem MEPS  ade prob. saya resah gelisah sebab teringat mesti no tadi dah burn, mesti kena ambik no baru..Haiii..menunggu le jawabya.

Masuk balik bank muamalat. Ambik no baru. waa no 2073 .. jauhnya.. sekarang no 2056. Saya termenung di situ.  Ada seorang baby kat sebelah, abi nya tengah pegang botol susu untuk baby tu.comel...!! :).  Tetibe ada budak kecik kat belakang kerusi, duk tarik lembut tudungku..huhu. Eh apesal budak ni? gaya macam 4 tahun je. Saya pandang sekejap.Budak tu tersenyum..comel jugak,,hehe. tengok skrin. No  masih jauh. Allah,,senyum dengan redha masa tu.tiba-tiba...!!

ktinggg..!! 1003.  Terdengar suara lelaki memanggil (selalunya suara prmpuan_haha)
Eh, no saya tu.Haha..inilah namanya rezeki..hehe. Rasanya baru empat minit duduk.then,Urusan selesai. Mak tanya ''eh cepat pulak kamu''. Senyum, "rezeki, mak. No tadi tu, tetiba naik".

Dalam kereta tu, aku bersyukur sangat. Baru Allah uji, susah nak keluar duit n risau kena beratur panjang. Sekali da..Allah nak uji aku. tengok2 Allah dah mudahkan. Tetiba aku rasa malu sendiri, Hakikatnya manusia ni cepat sangat nak mengeluh padahal kemudahan tu ada je. Nak uji sekejap dah give up. Sebab Allah dah sebut dalam surah Al insyirah. Tinggal kita je nak bina keyakinan.

Thanks Ya Allah. Ampuni aku kerana terlalai. Terima kasih kerana menyedarkan.
Percayalah, di sebalik kesukaran pasti ada kemudahan. Cuma dalam melalui kesukaran itu, mestilah tidak putus-putus berdoa. Tidak berhenti berusaha dan teruskan bersabar!

#simple je benda ni. kecik je scene ni. But learn from experience. Pengalaman mematangkan diri! Kehidupan itu tarbiyah yang panjang. Free of charge Allah ajar, terpulang pada kita untuk take lesson atau tidak :)

*May Allah bless.. sobs :')