ummi sayang

sumber : google images
Bila dok kat u ni, selalu teringat kat mak. Rindu sangat kat mak. Bila pergi masjid, nampak ibu tengah peluk bayi tak pun budak kecik perempuan/ lelaki. Nakal. Riang. Aktif. Comel. Teringat kat mak.. Agak2 macam mana la aku masa kecik-kecik dulu. Mesti penat layan karenah yang entah apa apa..

Hampir sebulan tak balik, rasa sedih datang lagi. Sebulan je pun, tapi duk 3 bulan cuti hari tu. Not really cuti..turun program sana-sini. Rasa tak puas menatap wajah mak. Kalau tengok gambar, habis banjir satu u.

Allahuakbar, dah start hujan.

tu la, tak boleh mula.

Cuba check diri kita, adakah umur setakat ini boleh membalas segala kesusahan ibu sepanjang mmbesar kan kita, termasuk hari ini. Kadang-kadang, ibu tegur sikit sahaja. Tapi, terasa berbulan-bulan. Malah, melebihi lamanya bulanan ibu mengandungkan kita. Tegur tanda sayang. Kadang-kadang ibu penat sangat, biasalah tu. Semua manusia tak lari dari kesilapan.

Wahai diri, mengapa ego melangit?

Bandingkan kebaikan ibu dengan terasa hati yang seminit. Lupakan saja perasaan egois itu. Fahami ibu, letakkan diri pada tempatnya pula.

Teringat masa result test tak ok, berhujan habis. Termenung sendiri.. Call mak. Menangis bercerita duka, berkongsi masalah. 

"Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin dengan ujian sebegini mendekatkan 
diri lagi kepada Allah akibat kelalaian kita untuk meletakkan pergantungan hanya kepadaNya.

Yang penting usaha, natijahnya urusan Allah. Sabar ya."

A simple message makes the world change. A simple message from extraordinary person really makes the world becomes smile. Menangis lagi, kerana mula tersedar. Ada hikmah di sebalik ujian.

Masih basah dalam ingatan, sebelum pulang ke u. Wajah lesu, tak nak balik mak.Stress, tension, banyak problem. Mak senyum. Tak ada apalah, Insya Allah. Dipeluk erat anaknya. Menaiki tangga bas, dengan air mata yang hampir membanjiri, mak senyum lagi. Malah, lebih ikhlas. Bertambah sebak. Doakan. Ya, sentiasa doa. Berpusing lagi selepas menaiki dua tangga. Bertambah ikhlas senyum, Allah, meruntun jiwa.

Dan alhamdulillah, memang tak ada apa2. Terima kasih, mak. Masih teringat senyuman di tangga bas. Sukar dicari lagi senyuman itu. Terlalu indah. Dua hala berbeza, seorang yang resah dengan masalah, wajah yang sugul dan seorang yang resah dengan anaknya,wajah yang tenang dan tersenyum.

Rindu sangat.


Mak, Ibu, Ummi

Sangat dekat di hati. Semoga Allah sentiasa memberkati ibu.
amiin.


meja study
1642