mp3 hang

hari ni jadi engineer lagi. kalah abang, haha.

mp3 rosak, hang tetiba, panic. Apa nak buat? tak tau. Sebab tak pernah jadi.

buka google, find manual philips mp3. Alhamdulillah.

Sape yang pakai mp3 philips, kalau hang; jangan panic, relax first. Cuba ceck kat belakang mp3, ade lubang kecik, cucuk dengan pin dalam 3 sec atau sampai mp3 shut down. Itu adalah butang reset sebenarnya.

Ok, lepas tu. Dah padam, on balik, ceck sikit2. Dan sila install or defragment file. Easy right?

Hari tu, desktop laptop gelap, black everything, tp tak ganggu mana2 software.

Guane nak buat? Tanya abang, die busy. Akhirnya aku yang ganti die jadi engineer software. Kui kui.

Search google, bla bla bla. Buka sana sini, Install, reinstall, remove.

Akhirnya, desktop dah keluar pic window.

Kesimpulan, belajar buat sendiri dulu sebelum tanya orang. We are born to achieve :)

kinda dikriminasi #

Kadang kadang hairan, kenapa ye? Kenapa ada diskriminasi sesama Muslim. Muslim sendiri fobism dengan muslim. kenapa ye? Kenapa mesti meletakkan orang yang bertudung labuh mesti sekian sekian, tak boleh sekian sekian. Kalau bertudung pendek, boleh sekian sekian, ok sekian sekian.

# sekian, macam sekinchan pulakk.

Kalau pakai labuh2 je, mesti ustazah or ustaz, mesti ambil kos agama. Kalau nak pegang jawatan, mesti pegang biro dakwah je, tak sesuai biro2 elit ni. Eh bosanlah diskriminasi macam ni. Siapa yang menciptakan? Orang Melayu lah. Dah lama benda ni berpupuk dalam minda masyarakat Melayu. Dan dah lama rimas dengan dikriminasi macam ni. Kenapa perlu wujud? Sikap orang Melayu sendiri yang phobism dengan Islam. Tidak semua, sesetengah orang.



Tetapi, bila ya kita nak keluar dari kelompok kuno ni? Jawapannya, selagi pemimipin tidak baik, masakan rakyat akan jadi baik? Jikalau pemimpin pun sibuk dengan nasionalis, menjunjung keris ke langit, masakan kita akan terbuka dari ruang yang kolot ini?

Saya benar benar sudah bosan dengan diskriminasi ini. Bertudung labuh dan berbaju longgar, insan2 ini punya nilai dan integriti sendiri. Malu nya bukan malu segan tidak bertempat, malunya sebagai muslim yang taat. Tetapi, berani dan tegas dalam kebenaran. Punya nilai tersendiri untuk memimpin ummat. Selagi masyarakat kita tidak meletakkan bahawa, ulama'-ulama' juga boleh jadi pemimpin untuk pengurusan dunia dan akhirat, maka selagi itulah minda dan hala tuju masyarakat Melayu kita jauh terkebelakang meninggalkan bangsa bangsa lain yang maju kerana disiplin dan system belief yang tinggi.

Kita? Jauh, malah sangat jauh terkebelakang jika terus dengan minda sempit sebegini.

 # melepaskan yang terbuku di hati. Btw, my heritance is from Thailanese  ^^

0047
uni's study table

What we have do ?


Semalaman menelaah pelajaran, subjek yang sama, hampir menangis kerana tak faham2  jugak. berulang-ulang baca,buat latihan. stop study, termenung sekejap. Teringat saat2 mendapat result spm dulu.sebenarnya malas nak ingat, tapi teringat jugak. Saat dua bulan tak menjejak bilik, tidur di surau semata mata untuk senang bangun study dan bertahajud, study grup? study sendiri je, cuma beramai2 best sikit. jadi geng surau, ohsem !teringat semua geng surau. Last before habis spm, basuh surau :) sebab jadi imigran kat situ. Akhirnya result spm keluar, tak percaya naik pentas dengan muka blur... dan its end, sekarang kat Uni. So? nak bagitau duk kat U tak sama duk kat sekolah.

macam mana aku nak katakan? Aku mungkin boleh beralasan, tiada basic subject core, tapi subject lain tu sama je . apesal tak skor? ok malas nak jawab, aku menyampah soalan tu? jiwa yang kedua ni suka bertanya. di sebalik kesedihan aku, Allah tak biarkan. Allah Maha Pemurah, Dia bagi aku scholarship + Yayasan. Sebab tu bila aku nak menyalahkan takdir (ni evil jahat bisik2), aku akan berkata "ape masalahnya, kau dpt scholar, yayasan lagi. Sesen pun ko ta pakai duit family".kbai. aku bukan nak bangga ke hapa, tapi aku fight ngn bisikan jahat ni. tapi2, evil terus berbisik, jahatnya kau !! kenapa lah kau tak ambik subjek agama? senang skor. Bakpe lah ko duk kat U hebat2, nila jadinya, eh dahlah, kalo tak boleh buat, berhenti belajar, duk umah. buat malu je dulu sekolah budak pandai, skrg? umpph ko tengok kawan2 ko yang fight sekolah dulu, semua still pandai2 lagi. ko je.tula. dulu amek science tak nak.ko otak science sebenarnya, bukan fakta bagai semua ni...... tuutttt wargghh !! benci betul, syuh2.

Ok, benda yang sama berulang2. fight the evil. pergi usrah, masuk team dakwah, baca Alquran, just go on study, lantaklah orang lain pandai ke hapa ke, malas nak fikir. janji aku belajar. Pada aku, aku memang tak suka orang cakap camni " weh, jeles lah kat si B tu pandai gile. Exam 4flat kut. jawapan die bersih suci murni, takde comot2 macam kita" or " bestnya kalau aku jadi macam die, pandai serata alam, semua subjek skor ". Ok, jawapan paling standard aku. " SO? " . Aku semenjak sekolah dulu memang bukan typo suka banding2 markah ngan orang, tak de keje apa. Mak aku pun relaks je bila result aku toink2. Mak kata yang penting belajar, nak bidang apa, pilih sendiri, asalkan agama jaga and tak lupa menuntut ilmu agama. yang penting lagi, bidang tu boleh tolong ISLAM. best tak mak aku? yelah, mgkin mak orang lain, paksa anak jadi doc, amek phd, result wajibbb mantap. anyway, aku mghormati lah. tapi plisss, jangan le mengcompare 2 diri tu dengan manusia lain, if only if mengkompare tu membantu korang takpelah, ni tak< cakap macam nak menangis je, dengan muka mendung nya even tak hujan pun. cuba positif sikit. "Aku nak jadi diri sendiri ! Aku nak ubah strategi belajar ! Aku nak target pointer tinggi ! tapi urusan aku berusaha sungguh2 tak dapat skrang, dpt nanti. Tak dapat kat dunia, dapat kat akhirat ! " haaaa orang camni aku LIKE sejuta kali (Y).




Sebenarnya aku bukan apa, tapi aku masih teringat zaman2 kegemilangan aku. cehh, muntah hijau. tak de gemilang sangat la kan, sebenarnya nak bagitau kepada bakal2 graduan universiti. Jangan ingat kalau kat sekolah, kat Uni best student jugak, sebab kat uni ni kita bakal compete dengan beribu lagi budak2 pandai seluruh Malaysia, and tak lupa seluruh Dunia. International *eh. Kalau tanya balik, memang kebanyakan mereka2 ni, best student, Spm memang berabuk ar straight A. Lain la aku,huuuu. Aku tak pernah pun expect uni = sekolah. Tambah2 aku amek kos yang takde basic pun, main aci redah je. Aci redah pun Allah bantu aku. Sebab satu je aku selalu ingat, dalam dunia ini tak pernah ade istilah kebetulan. Kebetulan tu ayat Darwinisme je, aku Muslim, aku believe HIS DESTINY. Jadi itu sebab kuat aku Keep Going till Today, kalo tak memang dah terjun sawah. Lagipun Allah takkan pernah silap dengan takdir kita, bila mana kita berusaha menjadi hamba yang taat kepada Allah.

''If Allah brings you to it, He will brings you through it''

Zaman dulu2, tak dinafikan ada la perasan bajet hebat. Aku rasa tu normal kut zaman2 sekolah dulu bile korang ni atlet ke, jaguh sekolah ke, best student tiap kali exam ke. Tapi bukan maksud aku perasaan bajet hebat ni mesti ada, cuma nak kata the normality. Dan pada suatu hari, kerana menyampah dengan perasanbajethebat tu, aku kata kat diri " kan bagus Allah tak bagi aku hebat, takde lah aku nak bangga2, Biar jadi humble lagi bagus. Uwais Alqarni tu tak terkenal langsung kat dunia, tapi terkenal kat akhirat". Dan hari ini terputar lain pulak.Aiissy,jahat betul evil ni. Sebab benda paling sakit sangat2, sekolah dulu, setiap kali exam, orang akan tengok result kat satu kertas report. dan kertas tu ade markah semua classmate. Weh, Iz dapat bape markah? weh Iz dapat no brp? weh markah die lagi tinggi dari Iz la. dan bila ade exam aku tak dapat no elok, ade orang complain, alah Iz tu bukan pandai sangat (ok, so???). Dan tak lupa jugak ade la manusia2 yang perli aku. ceee budak pandai or alah, kalau pandai tapi tak aktif koku nak buat ape. bukan boleh masuk U......tuuttt wargghhh. well,well, well, aku dah maafkan mereka2 ni, Sebab aku tau, tu zaman2 budak2 tak cukup umur, tak matang, tak boleh pikiaq dengan baik dan bermacamlah kesangkaan baik aku. even aku tak pernah kaco diorang, aku baik hape * uhuk uhuk. Aku memang menyampah moment tu, tambah2 bila cikgu tegur result aku tak brp ok, satu kelas tengok. Ceh sebuk je. Cikgu takpe haha. Tu la stail belajar aku memang tak secantik kawan2 yang lain, Main redah je, suka buat aktiviti sendiri, belajar sampai kepala terhantuk kat meja, tidur kat kelas sampai tersengguk2 (sebab tahan ngantuk), tak de lah istilah study smart bagai macam orang lain. Bila orang tanya, apa petua belajar?  jaga hubungan dengan Allah dan guru. Belajar je sungguh2, dah tak boleh nak skor, nak buat camne. Tu jela petua petui aku, tak hebat kan? Yelah aku taklah sestandard orang lain haha.

Apepun aku nak komen sikit kepada pendidik, pengajar, pencikgu, pensyarah dan bakal-bakal mereka  memandangkan aku pernah jadi cikgu and tutor. Jadi pemberi ilmu kepada orang lain kena ingat, ilmu tu bukan milik kita. Allah jadikan kita orang tengah untuk sampaikan ilmu, sebab tu pemberi ilmu ni senang masuk syurga dengab syarat IKHLAS. Ikhlas kah kita bila menyampaikan ilmu?? ceck la sendiri. Apa yang aku perhatikan, pemberi ilmu tak boleh cepat nak marah bila ada anak didik lambat pick up, tak faham, kena explen banyak kali. tak kiralah budak U , pra, sek rendah, menengah, its better budak2 tanya dari budak2 yang tak faham. buat tak tau. Kenapa kena marah2, kenapa kena mengamuk? anak didik tu bertanya, bukan bermalasan. Pemberi ilmu tak sepatutnya expect bebudak Uni or sekolah sbp sekalipun otak bergeliga macam Scholars dulu, or otak geliga macam dia. Jangan expect seorang budak yang paling excellent dalam kelas akan sama dengan berbelas-belas kwan2 die yang lain. tak mungkin ade cas2 kepandaian, haha. Jadi fahamilah situasi ini, ingatlah kita pemberi ilmu. Anak didik bersemangat belajar dah cukup bagus, kenapa perlu marah2 bila diorang tak skor? Unless diaorang memang pemalas tahap giga nak study. Tak dinafikan ade budak malas, cuma bagilah ruang untuk anak didik yang rajin ni untuk belajar. Kenapa payah sangat nak bersabar? kenapa perlu marah2? nak syurga tak? Aku bukan apa, sepanjang jadi tutor aku tengok kadang2 ada budak tu rajin, tapi tak faham2 aku ajar, so, nak marah? kenapa pula, dia dah berusaha! Buanglah sikap2 negatif tu kalau rasa nak jadi pemberi ilmu, kalau rasa tak sesuai better jadi officer, tak  pyh jumpa manusia,tapi bergelut dengan paperwork, gaduh ngan laptop.its better. Aku bagi contoh, mak aku mengajar budak mengaji, ada budak tu, dia ada masalah sindrom sikit. tapi tak pernah miss mengaji Alquran. Mak aku relaks je mengajar benda yang sama hari2, tapi bila dah nak dekat setahun mak ajar, mak cakap dia dah boleh kenal huruf2 jawi sekarang. Berkat kesabaran, kita pemberi ilmu or bakal pemberi ilmu, tak mahukah dapat pahala kesabaran itu? setakat hari ni, aku jumpa pemberi ilmu yamg sangat ikhlas, baik sangat mengajar. Semua orang sayang dia, malah anak didik dia yang tak hebat kat sekoalh or uni dulu, dah jadi hebat pada hari ini. look and see! Jom muhasabah diri. Maaf sangat2 jika yang membaca ini pemberi ilmu, niat saya ikhlas untuk kita sama2 perbaiki diri untuk kebaikan ummah dan generasi akan datang.

Konklusinya (*macam esei pulak buat sesi luahan nih), aku nih bukan lah typo budak pandai sesangat sepanjang zaman. Kalau dah pandai, buat ape kita duk belajar kat uni sekarang? baik jadi prof terus, sebab kita tahu ni jalan menuntut ilmu yang ada.so, aku try the best and perform yang terbaik kat uni ni. Aku berharap takde pemberi ilmu yang rasa nak fire aku, Kerana sesungguhnya aku adalah penuntut seperti orang lain. Datang ke sini untuk menuntut ilmu, kalau aku lambat nak faham, tu normal lah. Kerana aku sentiasa berusaha memperbaiki diri. Nak tanya, sape yamg duk kat Uni tapi tak nak berjaya? Sapa yang duk kat uni tak nak skor 4 flat? Semua nak tapi setiap orang dah Allah kata rezeki dia sekian2, nak buat camna? jangan marah tapi bagi semangat ya, wahai pemberi ilmu. Makanya, aku adalah hamba Allah yang sedang menuntut ilmu, di samping menunaikan tanggungjawab khalifah akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Andai itu sahaja rezeki aku, aku redha dan andai sebanyak banyak itu rezeki aku, juga aku redha. Kerana hakikatnya, aku mahu ulang, aku memang biasa2 sahaja semenjak dahulu kala. Setiap kali aku dapat result elok ke tak elok, aku tak pernah rasa itu usaha aku. Apa sangat usaha aku? entah, ciput sesangat. Kebenaran, itu rezeki aku. Allah yang Maha Pemberi Rezeki dah tetapkan itu rezeki aku. Bukan sebab aku pandai, study etc.(belajar itu wasilah saja). Alhamdulillah, sungguh! saat ini aku bersyukur sangat2 padaNYa. Ya Allah, jauhkan aku dari bersikap kufur atas nikmatMu. Untuk kesekian kali, aku akan terus berusaha bersungguh2, dan memperbaiki kekurangan yang ada. Hasilnya Leave it To HIM !

Nah ! buat pemberi semangat !

" Jangan letak usaha kita sebagai alat atau jalan untuk mencapai hasil kejayaan, tapi jadikan usaha kita yang bersungguh-sungguh itu bukti TAWAKKAL kita kepada Allah"


Yang paling penting dalam hidup kita ialah "What we have do" kerana ini sudut pandang akhirat, bukan "What we have" kerana ini sudut pandang dunia. 



Be Grateful, Be Content on What you have :)



1214, Uni's meja study~





poem . .



Love, always comes as a surprise
You don't need to close your eyes
'Cause soon you'll recognize
Its colors

Life, well it always has a twist
Something new that can't be missed
And you know I can't resist
This feeling

I used to feel so....
I thought all hope had flown
Just a dreamer on my own
And I know

Life's complicated
But we have to try
To find our own future
With you at my side

We can all work together
To build something new
I know you can see it
Let's make it come true

Time, well it passes by so fast
We must make each moment last
And treasure each and
Every feeling

Friends, are what make it all worthwhile
Just try and show a little style
And life can put a smile
On your face

Don't, ever give up on your dreams
As hard as things may seem
We can win through in the end
Believe me

Fears and illusion
To die may be caused
But things can still change
The future at last

Can be held in our hands
And out of the blue
With friends on our side
To have the endings come true.

Ralat : ni sebenarnye bukan poem, dari satu lagu 'love always come true'
          tapi mungkin lyric die best and macam poem, ada dalam movie madagascar 3

# oh, ya. selamat ber'blackout'  :p

begitulah kebenaran selalu dilayan



Semenjak midterm exam yang baru berlalu, segalanya bizi. Menulis, mencoret sudah tiada masa. tapi hari ini, labor day. mungkin bercuti sekali . #hakikat ade discusion sebentar lagi. Alhamdulillah, result midterm tak superb,tak teruk tapi moderate  dan tahap yang baik :) . Buka fb pagi2 ni sekadar untuk tahu news update, update pru, update apa saja lah. 

Buka e paper media massa punya, banyak korup. Berita palsu, berita tipu, bias, tak telus. Tired of all this, serious ! akhirnya buka fb, ada kebenaran di sebalik onar di media massa . Dan BEGITULAH KEBENARAN SELALU DILAYAN ! kenapa? mengapa? terus tertanya. tak perlu ditanya, teringat perjuangan Rasulullah SAW dan para anbiya'. Bukan bawa kejahatan, bukan buat kerosakan tetapi dengan qudwah dan dakwah berhikmah.Tapi ditolak mentah2 malah dihina, diusir, dipulaukan dan sebagainya.

Sedih, penat, mendung, berdoa. Ya Allah, aku mohon semoga Kau tsabatkan hati pejuang2 agamaMu. Amin. Perkara paling aku sedih dalam fatrah PRU, ketidaktelusan Malaysia dalam SPR. eh cakap pasal politik? Biarlah, aku hidup pada hari ini kerana bakal menuju masa depan. Aku berada hari ini kerana bakal menerajui negara akan datang. weh, orang2 hari ini akan meninggalkan dunia, takkan nak suruh zombie diorang menerajui negara. Kitalah ! siapa lagi yang menerajui dan menyumbang utk negara nanti.
Entah apa yang ada dalam hati2 kepimpinan negara sebelum ini, aku mahu luahkan segalanya sobsss :'(

Aku sangat suka belajar sejarah, dan aku suka sangat 22222X suka sejarah, tapi bila pendedahan dibuat banyak onar dan penipuan demi menjaga kepentingan sesetengah pihak.  Ehh ! tolonglah, ini semua agenda freemason dan dilangsaikan melalui perang dunia kedua. Akhirnya negara dijajah dilepaskan, malangnya sistem mereka masih terikat malah corak kehidupan berpaksilan barat, TAPI !masa aku belajar sejarah, tak pernah aku ketahui semua ini. aku tak kisah belajar benda yang penipuan (sebab dengan itu kita akan mencari hujah utk mematahkannya), tapi kenapa aku tak tahu semua sejarah ini ada yang tersirat dan diselindung di belakang. Hari ini aku mahu berkata, kamu straight A spm? kamu ingat kamu hebat sangat? Nilai spm yang hanya diketawakan oleh kuncu2 Barat termasuk *........ aku yang telah meniti kehidupan universiti terasa keperluan sangat2 mendesak untuk aku bersama dengan pejuang2 kebenaran.

KERANA? because im tired of all this. kebenaran yang tidak berani diluahkan ! Dihina, dicucuk hidung. ikut tanpa bantahan? meskipun tahu di pihak yang benar? tak berani, takut hilang punca rezeki? hah! sape yang bagi rezeki? kerajaan? jpa? uni? letak mana ALLAH kat hati tu??? mengimani Allah atau harta benda dunia? 

Umat Islam di syria, palestin, Rohingya menderita meminta bantuan umat ISLAM, tapi apa yang boleh buat? derma, demo. lagi? lagi? Tolonglah daulah perlu ditegakkan, tolonglah khilafah perlu ditegakkan. Aku sudah cukup menangis, esok menangis lagi dan lagi bila melihat umat Islam di seluruh dunia terus dihina dan tersiksa, YA ALLAH, jadikan kami antara panji2 agamaMU, yang berjuang demi kebenaran, demi menegakkan kalimahMU amiin. Dan perkara paling dekat dengan hatiku, apabila ada mahasiswa meluahkan apabila dia di pihak opponent kerajaan, bergerak kerja, bertungkus lumus mengajak perkara baik dan bertugas membantu utk di luar, tahu apa jadi? sekuriti call dia, bagi amaran ! tau tak student yang berdating, keluar makan ramai2 campur2 dengan lelaki..menunggu sekuriti, uissh boleh kering badan, tak muncul2. Weh kat uitm tu siap buat persatuan lagi, takde pun kena ban, buat usrah sikit dah kena ban ! tahu tak? ape ni kata demokrasi? apa ni kata dah takde AUKU?

kenapa pihak kerajaan berkempen dalam media massa, di universiti,media elektronik, pihak berkuasa tersenyum memberi green light. Tapi pihak opponent buat macam tu kena ban?

Hei, kata demokrasi ! kata dah takda AUKU !

Terasa **** belajar sejarah negara berperlemabagaan ketika dahulu. kerana in fact tak amal pun kat negara. kalau aku ambil kos Laws mungkin aku  mengamuk kut. Ingat tak kes prof Aziz Bari, kerana dia mengatakan kebenaran, yet he is expert in govt politic. Kena ban ! ape ni?

where's justice ???

Apa lagi yang keras di hati untuk menerima? kembali kepada manusia yang ditutup hatinya 


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.


Dan begitulah kebenaran selalu dilayan ~

apa pun, yakinilah. Urusan kita berusaha, Allah akan sempurnakan agama ini. Tunggulah balsan Allah wahai pengkorupsi's . Cepat atau lambat urusan DIA.

jom bantu Islam

#selamat mengundi. InI KaLilAh !!