duit oh duit


Semenjak masuk degree ni, duit tu macam sekelip mata je habis. Beza betul duk matrik, tak rasa cepat sangat melayang duit. Al maklumlah dah bawah yayasan, tak kanlah nak minta minta lagi duit kat family. Tapi kalo dah nak bagi, sebesen ku tadahkan.

kadang kadang konfius jugak, apesal lah cepat sangat habis duit. Baru terasa, betapa peningnya kepala nak manage and budget money ni. Baru terasa pentingnya berjimat.

Bak kata orang besar periuk, besarlah keraknya. Kalau tak nak pegang kata kata tu boleh tak? Semakin besar periuk semakin sikit makan nasi. Boleh kurusss. haha #

Allahurabbi, itmainnil qalb ! !



Dalam hidup ini, ada rasa yang terpaksa dilepaskan meski pahit. Kadang-kadang tersembunyi sesuatu yang tak diketahui dari mana, tak pasti bila kewujudannya. Lalu, terbiar parah di suatu sudut. Mahu diubati, tapi entah bagaimana. Namun, hakikat yang terpaksa dijaga. Biarkan ia lepas bersama angin pengorbanan. Ya, rasa itu sangat sakit. Menusuk kalbu, mencengkam rasa, pedih tidak terkata. Hanya Allah swt yang mengetahui. Tetapi, mungkin pengorbanan rasa itu ada hikmah yang tersembunyi. Mana mungkin, DIA Al-Khaliq merancang sesuatu tanpa sebab.

Jauh di sudut hati, diri percaya pasti punya hikmah, pasti punya sebab. Tetapi memerlukan suatu yang lebih kukuh untuk dihadam dan menidakkan godaan nafsu yang tidak pernah putus. Perlukan suatu khabar yang benar, hakikat seorang insan.

Hanya kerana meniti hidup, bukan indah khabar dari rupa, bukan enjoy life semata. Besar lagi nilai kehidupan sebenarnya. Lalu, hati hanya minta satu. Penjelasan. Penerangan. Perkhabaran. Agar jauh di sudut hati, ketenangan menjengah, keresahan berlari jauh, kekuatan dan keyakinan muncul menghakis segala keraguan.

Kerana, ketahuilah. Diri ini manusia. Akal dan minda kadang-kadang bergolak mengikut arah angin arus dunia bukan arah petunjukNya. Maka, mata mula merah, kepala mula pusing, memikirkan hakikat suatu perkara, mengharapkan suatu perkhabaran indah agar tiada lagi duka. Agar tiada lagi resah di hujung senja. Tiada lagi ragu di tabir jiwa.

Khabarkan padaku, jelaskan padaku, damaikan jiwaku. Jangan biarkan diri ini dengan persangkaan bisu. Jangan biarkan diri dengan rasa yang buntu. Jangan biarkan jiwa masih dengan sedih keliru. Lepaskan diri dari cengkaman minda dan bisikan yang menyeksa. Sendu malam siang, sepi yang tergusris, lantaran tiada yang peduli.

Tolonglah,tolonglah,tolonglah. Tarik kuat tanganku ke atas agar tidak tersadung ke lembah kejahilan.
Khabarkan, jelaskan, perbetulkan, agar aku mengerti hikmahnya.



Tolonglah aku,

Allahurabbi dan sahabat-sahabat sekalian.