Seinfiniti cinta seorang ibu~

Semalam ku lihat wajah sayu itu
Tersenyum dengan sejuta rasa
Hanya dia tahu Lautan ujian yang dirasa
Bukan alasan untuk diam membeku
Segalanya demi kami,anak anak

Ibu,
Ia cinta tidak bertepi
Kasih yang tiada penghujung
Kalau dikira dugaannya
Aku juga hampir terduduk
Mampukah aku?
Tapi ibu di situ masih
Dengan sebuah ketabahan tanpa bandingan

Bukan mudah membina sebuah percaya
Sebuah keyakinan seorang hamba
Dengan ujian yang tidak bertitik
Tapi ibu lebih senyum dari aku
Yang menangis untuk ujian biasa biasa

Ibu
Setitik air mata walau sekali
Tak pernah diterjemah
Hanya ditafsirkan dengan senyuman
Walau sedikit keluhan
Hatta rintihan seorang wanita
Sendiri melalui duri duri kehidupan
Tiada berteman
Bagaimana ibu?
Khabarkan aku kekuatanmu
ALLAH ada.
Singkat tapi mendalam
Anak anak,demi mereka

Meski kadang pedih di ulu hati
Disimpan dan ditahan
Demi sebuah bahagia
Jika ditanya Erti sebuah ketabahan
Mahu saja aku bercerita
Rentetan hidup ibu
Menyusuri kehidupan sendiri
Berbekalkan Yang Esa
Ya,hanya Dia

Dan semalam juga
Aku merintih dengan ujian kecil kecil
Ibu memujuk dengan sabar
Mendengar butiran pedihku
Yang mana kalau dihisab
Seribu kali ganda ujian buat ibu

ummi sayang :)















Ibu,
Lemahnya aku di sini
Ibarat langit dan bumi
Kisahmu dan kisahku
Tapi kau menterjemahkan
Dengan cinta seorang ibu
Dan patuh seorang hamba

Aku? Terjemahkan dengan apa?
Duhai ibu, Untuk sebuah cintamu
Aku mendoakan sebuah ketabahan buatmu
Sebuah kasih yang mekar sepanjang masa
Sebuah kekuatan yang berbisa
Sebuah redha Allah yang membawamu
Ke syurga Nya
Sebuah kehidupan yang penuh keberkatan
Kerana lewat percayamu
Pada maktubnya tulisan kehidupan

Semoga cintamu dipandang oleh Allah !!
May Allah bless you forever.
Shower His rahmah forever.
Amin ya Allah~