Luka di hati : Moga terubat dengan jawapan Alqur'an

Kehidupan yang sakit
Aku minta engkau jauh
Tapi engkau degil
Tetap ada menjengah aku
Menambah perisa hidup ku

Kau kenapa?
Sengaja buat aku derita
Sengaja buat aku merana
Sengaja buat aku sengsara
Sengaja buat aku kelu bersuara

Sakitnya kehidupan
Aku minta kau pergi
Jauh, jauh dari sini
Jauh dari hidup aku ini
Jangan berkaki tapi berlari

Kau tahu?
Aku penat teramat
Melayan kerenah mu yang dahsyat
Menahan rasa dendam kesumat
Bersabar jiwa dengan azimat
Menenang hati dengan fadhilat

Dan hari hari terus berlalu
Menangis  ibarat rutin baru
Menahan sakit ibarat diari harianku
Berpenat lelah dengan mu
Ibarat menerjah ke salji beku
Atau berbicara dengan orang bisu

Sakitnya di sini
Tangan tunjuk di hati
Tapi wajah tampak berseri
Mana mahu kelihatan dua sekali
Lalu,itu sebab aku minta kau pergi

Dan suatu saat,
jiwa kental ini makin rebah,
Semakin mengaduh lemah,
Minta diisi kalimah,
Tuhan hadir bawa hikmah,
Dalam surat cintaNya terbait indah


Firman Allah swt :-

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu"            ( Muhammad 47: 31)

 ''Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia(Tuhan yang mempunyai) 'Arasy yang mulia ''
(al- Mu'minun 115-116)

"Hai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku"
(al-Fajr 27-30)

"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui
Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada Nya"
(al-Baqarah:45-46)

Menoktah hati

Hari ini bertugas di booth lagi. Amanah yang akan dipersoalkan kelak.Tolak sebentar malu yang tidak bertempat, tolak sebentar rasa sakit hati,korban kan sedikit masa dan perasaan hanya demi sebuah tanggungjawab.

Ya ok. Saya sentiasa ok walaupun bibit bibit cinta migrain mula kelihatan mutakhir ini. Nak cakap apa? Tak sedar diri keletihan. Tak sedar makan dah tak menentu (boleh bilang dengan jari nasi makan berapa kali seminggu) ,tidur pun dah tak betul (bangun pagi hanya kepala di katil) ulangkaji pelajaran aci cari masa kosong (ok alhamdulillah)

Tak. Saya redha dan saya suka. Percaya?terpulanglah  :D. Ia sibuk yang memaknakan. Saya cuma keliru mencari identiti. Haha. Seriously? Ya, saya cuba untuk serius.

Tempoh hari, adik junior saya merangkap junior society yang sama berkata

"Akak ni kalau dengan sisters (perempuan) suka buat lawak, gelak ketawa, gila-gila jugak macam kitorang. Tapi bila ada dengan brothers (lelaki), straight kot. Senyap ja. Gelak pun cover-cover"

Dan ada senior dari society yang sama turut berkata " Awak ni bila dengan kitorang yang gegurls ni kemain bising, buat lawak,gelak. Tapi bila masuk meeting yang ada brother dah tak macam awak yang akak kenal. Straight betul. Gelak pun takat senyum tak keluar gigi ( ni part akak tu mengarut)"

Oh saya nak kata apa? Saya nak kata saya dari planet pluto yang takut lelaki.Tidak sama sekali. Saya jarang takut pada lelaki malah jarang mengagungkan lelaki. Dengan pemikiran sebegitu, membuatkan saya malas nak cakna dengan apa-saja-kata lelaki. Sejujurnya saya lebih percaya lelaki tidak akan buang masa berbicara soal saya. Bukan perempuan hot semalaya. Dan itu lebih baik dan saya berdoa.

Alkisahnya pada suatu hari saya pergi ke KLCC atas suatu urusan( masa matrikulasi). Naik bas sendiri. Ketika bas berhenti di suatu hentian, sekumpulan pelajar lelaki naik. Dalam dua atau tiga lelaki ,mereka ada yang mengenali sisters yang bersebelahan saya. Mereka bersembang, bergelak ketawa, sungguh rancak perbualan mereka. Ya, ia normal. Seperti sembang biasa yang penuh dengan gurau senda. Tapi saya yang menjadi pemerhati fikir sebaliknya. Saya tidak menolak tindakan mereka namun perspektif saya berkata

"It is not proper, it is not good. Seriously I tell you it is not good as a muslimah"

"Sebaiknya jangan terlalu serious, jangan terlalu open. Cukup sekadarnya. Cukup bersederhana"

Dan saya termenung panjang dalam bas sehingga saya menaiki lrt rapidKL. Akhirnya saya menangis. Mengenangkan saat saya bergurau tak-tau-malu dengan berlainan jantina. Ya seperti saya katakan ia normal.Namun bila saya jadi pemerhati, I tell you............. .Tak percaya? Ada lagi dalam handphone bertarikh 2012 sebagai peringatan. Saya terus catat di fon saat hati gundah gulana.Menulis mendamaikan hati. Lega.

Saya terpaksa jelaskan di sini bahawa hati saya telah bernoktah. Tiada dua mahupun tiga ( ni ayat macam orang bercinta ehh tiada kaitan). Itu diri saya. Saya percaya diri. Saya sayangkan diri. Noktah. Kalau ada yang berkata sikap kamu ini menyukarkan jodoh, saya percaya jodoh itu milik Allah. Allah, Dia pasti tidak akan mensia-siakan percaya  saya padaNya. Noktah.

Kerana hati ini telah bernoktah, saya berharap mereka maafkan saya jika melihat diri ini agak straight. Agak skema mahupun bajet syadid. Ingin saya tegaskan (macam court pulak), saya adalah manusia biasa yang mencintai diri sendiri dengan sepenuhnya. Kenal diri, kenal Penciptanya.

Heh. Wassalam.

Dan gayaku..

"Ain, jom duk sini."

Gamit kawan perempuan se'batch' saat kaki melangkah ke kelas. Mata memandang. Tersenyum. Okay :) kerana itu kelas pertama aku melangkah. Dinihari yang cerah memang menyegarkan jiwa. Kaki laju merapati meja berdekatannya. Usai melabuhkan diri pada kerusi, tangan mula melilau mencari nota dan pen. Membelek highlighter warna-warni tersusun rapi pada fail kuning.

"Eh, kau! Lama tak jumpa! Buat apa cuti?" Dia tegur rakan sekelas lelaki. Lelaki itu duduk di meja sebelah tapi punya jarak lebih luas berbanding meja aku. Bersembang dan ketawa. Aku tak peduli. Membelek course outline untuk kelas hari ini. Tapp. Lelaki lain pula masuk. Menambah jumlah ahli kelas. Dia berpaling.

"Hai, lambatnya datang," tegur dia santai.

"Aku ada kerja tadi," lelaki itu hanya tersenyum.

"Untungla busy society," ujar dia sambil tersenyum. Dan terus bersembang di depanku.

Aku? Tertunduk. Tidak tahu apa yang perlu dibualkan. Mereka makin rancak. Sesekali mataku memandang sekejap lelaki yang di hadapan. Lelaki itu menjeling sekilas. Mungkin terasa aneh kerana aku seolah tidak mempedulikan. Bukan aku tidak kenal lelaki itu, rakan sekelas dari tahun lepas. Cuma tidak pernah bertegur. Tak tahu apa yang perlu dibualkan.

Pabila lelaki itu melangkah ke meja belakang yang kosong, dia terus rancak lagi bergurau dengan rakan sekelas lelaki yang di seberang meja sana.

Aku? Inferior. Inferior. Seriously inferior. Dalam hati membisik. Kan bagus kalau aku tak duduk sebelah dia. Juga berdoa moga lecturer lekas masuk membantu 'inferior tahap gaban' aku pergi cepat.

Dan lecturer masuk. Kelas yang sangat happening, menarik dan best sangat. Drama dia dan lelaki telah tamat. Kelas berakhir dengan baik dengan hatiku yang puas, meski sesak masih menyesak.

Aku bukan seperti kawan-kawan yang lain. Datang dari sekolah perempuan semua bukan alasan kukuh kerana aku pernah merasa sekolah mix melebihi sekolah se perempuan. Memang dulu lelaki mengenaliku ulat buku. Tiada masa bermain cinta dan mencari cinta. Hatta bergurau senda dengan lelaki depan atau belakang meja. Hanya fikir mencapai prestasi tinggi dalam setiap peperiksaan. Yang hanya akan membuat resah classmates lelaki untuk menyaingiku. Kadang bertukar fikiran menjawab soalan latihan. Bertukar-tukar buku bacaan di library. Tidak lebih. Berbincang soal kelas dan soal badan dakwah dengan beberapa rakan sekelas yang sama memegang jawatan. Tidak lebih. Diam-diam tegas itu juga masih diganggu lelaki. Entah sifat lelaki bagaimana agaknya, Pedulikan! Banyak lagi impian terkabur di hadapan. Itu gayaku!

Hari ini melangkah ke universiti, masih bermuamalat dengan lelaki. Kerana mereka bukan harimau untuk ditakuti tapi seorang manusia untuk dihormati. Cuma, berbincang untuk assignment yang tertangguh. Meeting sekali untuk program minggu hadapan. Bermesej untuk urusan tanggungjawab yang diamanahkan. Sesekali terserempak di jalanan, sekadar mengangguk atau tersenyum kecil.  Kadang bergurau kecil untuk menghilang tekanan kerja.Tidak lebih. Masih tiada masa bercinta mahupun mencari cinta. Juga, tidak terfikir mempamerkan anggun gaya dari wajah hatta busana. Sibuk yang membahagiakan. Enjoy bersama kawan perempuan se-kuliah, se- usrah, se-bilik dan se- persatuan. Selamba dengan cara tersendiri. Tiada masa untuk rasa diperhati mahu pun mencari perhatian. Ke hulu ke hilir dengan buku, hatta ke meeting buku diletak tepi sebentar. Itu gayaku!

Salahkah aku tidak seperti dia? Mampu bermesra dengan lelaki walau masih menjaga tatsusila. Bergambar sekali meski tiada sentuhan. Sangat ramah dengan lelaki sekelas dan sepersatuannya. Hatta dalam kelas masih bersembang rancak untuk apa saja. Lalu, ingin sekali aku bertanya pada lelaki-lelaki, aneh kah jika aku tidak begitu? Ya. Mungkin background yang berbeza membuatkan aku dan dia punya cara yang tidak sama. Bukan ramah-tamah atau mudah untuk bermesra dengan kaum adam ini melainkan atas urusan. Namun, salahkan gayaku?




Lalu pada suatu hari, aku bertemu dengan sahabat yang juga ketua biro persatuan. Perempuan. Hebatkan?=). Aku bertanya padanya. Adakah cara aku membuat lelaki takut atau aneh pada pandangan mereka?  Bukankah engkau ketua yang perlu bermuamalat dengan lelaki? Mestikah engkau beramah mesra dengan mereka yang sekelas ? Atau bersembang rancak hatta bab bercuti rehat ke mana? Engkau bagaimana? Dia tersenyum.

" Mengapa perlu dirunsing. Hanya perlu jadi diri sendiri sebagaimana ibu ayah mu mengajar. Juga sebagaimana agama dan syariatmu gariskan. Cukup. Tidak perlu melihat orang lain, cara tersendiri yang tidak berpura lebih bermakna dan dihormati perempuan, lelaki lebih-lebih lagi. Sebenarnya meski aku ketua biro kami hanya rancak berbual dan bersembang mahupun bergurau tika dalam kerja. Saat meeting yang memeningkan, bertugas di booth yang meletihkan dan berbincang di whatssap tugas yang diamanahkan. Mesra untuk mudahkan kerja. Tiada sebab untuk bermanja setelah selesai urusan, bergelak ketawa tanpa ada urusan juga bersembang rancak di kelas tanpa ada sebab yang mapan." Dia mendekati sambil menepuk lembut tangan.

"Cara itu paling baik bagi aku. Malah itulah yang seharusnya kita jadi. Aurat terjaga, adabnya juga ada. Amanah dan bertanggungjawab dalam kerja. Bersungguh dalam menuntut ilmu. Tegas dalam bicara namun sangat bersopan tingkah laku dan kata. Mesti jadi sri kandi Islam. Bukan takut, tapi hormat. Malah nanti mereka akan menghormati kita. Oh, pasti ada yang minat dalam diam. Secret admirer." Dia mengenyitkan mata lalu pergi meninggalkan aku yang terpinga.

Ya! Katanya sungguh bermakna. Inilah gayaku!



Ain Husna berkongsi =)

Hasbiyallah

Aku selalu hilang tatkala mereka bergembira
Saat dirakam kenangan indah aku pasti tiada di situ
Hati menangis namun wajah ketawa
Melangkah jauh ke sebuah kehidupan
Aku mula belajar sesuatu
Bahawa aku sudah besar dan punya matlamat jauh
Maka aku tak perlu untuk bergantung pada  manusia mahupun keadaan
Bukankah Allah sudah cukup bagiku?
Jikalau aku berada hari ini kerna manusia, 
sudah pasti jalan ini ku tinggalkan
Jikalau kerana mereka yang ku cari,
sudah pasti jalan ini makin jauh
Lantas kerna aku mencari redha Allah
Aku tetap melangkah gagah walau sakit kadang mencelah, walau resah kadang menjengah, walau ujian siang malam berubah.
Kerna Allah. Allah ada. Allah ada. Allah kan ada?
Tak perlu menangis kerna itu
Kesat air matamu, pandang jauh ke hadapan, tegakkan kepala, melangkah penuh gembira!
"Jalan ini jauh, panjang dan menyakitkan . Bertahanlah hingga akhir.You will be the winner!"
' Allah didnt promise that life would be easy, but HE did promise to be with you for every step of life '
Im strong becoz of Allah!

Wake me up me when Spetember end..

Sejak akhir akhir ni banyak pulak orang pos pasal ni-September still ni sleep ^^ tak faham jugak.Maybe lagu kot, kan? Sebenornya tengah excited hip hip horay la kot sebab baru taw bole online blog kat henset tach tach ni . Wah! Bersinar dunia miahaha. Selama ni rasa malas nak online blog, bukan sebab malas nak tulis tapi tak larat usung Asus terchenta ke hulu ke hilir.

Alkisahnya tengah bosan. Habis ditekan macam2 dalam henset ni. Eh ? betol keluar blog. Oh  oh oh unbelieveable! Maka bermula lah saat aku tak perlu hanya mengadap laptop untuk blog atau mengadap henset ni hanya

√ cari mesej wassep
√ baca news feed facebook
√ usha instagram
√ bergumbira  dgn animania
√ belek pic gallery
√ read manga comic
√  tubemate

Semuanya kurang faedah- berbanding henset ni penting aku baca Alquran
Dan tau waktu solat (Mysolat dah uninstall.nanti ye kau..sabau2 ^_^)

Ok.see you again when sept end?apekah haha. :p

ADIK- Sebuah memori 3

Ponteng Sekolah

Adik menyusuri lambat-lambat jalan menuju rumah sejurus bas menurunkan adik. "Tang!" . Batu disepak jauh. Mengganggu jalan bagi adik. Sebenarnya hati adik yang terganggu. Entah kenapa asyik runsing semenjak menjejaki darjah empat. Semangat belajar adik kian luntur. Adik tahu di sekolah adik memang pandai. Selalu dapat nombor satu tapi bagi adik itu bukan sebab adik tidak boleh ponteng sekolah. Kalau dah bosan buat apa pergi sekolah! Gerutu hati adik. Kaki melangkah terus sambil hati bermonolog. Seluar adik sedikit berdebu kerana terseret pasir di sepanjang jalan. Adik menepis-nepis seluarnya perlahan. Hati adik sebenarnya sedih. Adik asyik teringat ayah sekarang. Adik rindu sangat pada ayah. Setahun berlalu adik baru terasa kehilangan ayah. Dulu adik masih kecil, kurang memahami apa yang terjadi. Namun hari ini, adik sering termimpi ayah. Adik teringat ayah selalu senyum pada adik, membelikan mainan pabila pulang dari kerja, dibawa tidur sekali pada tiap petang dan infiniti kenangan yang adik sukar lupakan. Buat apa aku bersungguh belajar kalau ayah sudah tiada untuk bangga akan kejayaanku. Arrgghh ! Ayah...... Jiwa adik terus memberontak.

Ibu tersenyum di muka pintu melihat adik pulang. Adik hulurkan tangan bersalam dengan ibu. 
"Dah solat kan? Pergi mandi, makan dan siapakan homework ya," ujar ibu dengan wajah yang keletihan. 
Abang selalu pulang lewat kerana kelas tambahan untuk pelajar tahun enam dan dua kakak pula di sekolah berasrama penuh. Adik mempunyai seorang lagi kakak yang sedang menuntut di universiti. Jadi, selalu di rumah adik makan tengah hari bersama sama ibu. Melihat wajah tabah ibu menyuap nasi sambil termenung buat adik rasa bersalah untuk melayan rasa ponteng sekolah. Kesian ibu! Tapi aku memang kurang tumpuan dalam kelas sekarang. Tambah lagi adik susah nak faham cikgu baru yang ajar subjek Matematik tu. Matematik sudahlah hari-hari ada. Dengus adik dalam hati sambil tangan menceduk gulai lemak cili api kesukaan adik. Sekolah adik dan abang jauh sikit lagipun. Setiap pagi, adik dan abang keluar awal untuk menaiki van besar atau bas untuk ke sekolah. Begitu juga bila pulang dari sekolah. Ibu pasti menanggung yuran yang agak tinggi untuk membiayai kami. Namun, yang menghairankan adik ibu tidak pernah meminta adik atau abang membayar tambang bas sekolah tersebut. Ibu bayar sendiri mungkin.

Keesokannya adik masih ke sekolah walau hati kian memberontak. Entah kenapa bas sekolah lambat pula datang mengambil kami. Puas sudah adik berkejar-kejaran dengan kawan-kawan kerana bosan menunggu. Jam hampir menunjukkan pukul 3.30pm. Adik dan pelajar yang lain mempamerkan wajah yang gusar. Matahari makin terik di kepala. Adik dan Fathullah berkira-kira untuk membeli aiskrim di kedai Tok Man, berdekatan sekolah. Tiba-tiba van besar berderum memasuki ruang sekolah. Adik dan kawan-kawan berlari anak menuju ke van tersebut. Seperti biasa, jika pulang menaiki van pasti berlaku perebutan kerusi dan berhimpit-himpit sedikit. Adik berjaya duduk di kerusi berhampiran Makcik Azmah. fathullah duduk sebelah adik. Makcik Azmah adalah pemilik bas sekolah dan van besar yang adik naiki.

 "Fathullah, bila ayah kamu nak bayar duit tambang? Dah nak masuk bulan Mac ni?" Makcik Azmah bertanya tiba-tiba. Fathullah menjawab sambil kepala berpusing memandang Makcik Azmah.
 "Ayah kata nanti datang rumah bayarkan tambang untuk dua bulan terus".
 "Ha..yelah kau. Nanti silap haribulan tak berbayar pun! Ingat bayar tau!" keras suara Makcik Azmah. Meradang pulak dia kenapa? Adik termanggu.
 " Ha!! Siapa lagi yang tak reti nak bayar tambang bas bulan ni? Cepat bayar! Cakap mak bapak kamu tu berdosa hutang lambat bayar! Faham tak kamu semua?! Makcik Azmah lantang bersuara. Semua dalam van mengangguk tanda faham. Ada yang terkejut dan tidak kurang juga takut pabila mendengar sergahannya.
 "Kau tu bayar belum?!" Sergah Makcik Azmah kepada adik pula. Terkejut bukan kepalang adik.
 "Ibu tak pernah mintak saya bayarkan. Saya pun tak tahu, makcik." Adik menjawab jujur.
 "Tula kau! Tau nak hidup free je! Kau tau tak zaman sekarang ni air kencing pun tak free tau. Habis tu kau nak bayar dengan apa?Air liur kau??!" Jerkahnya pada adik. Tergamam sungguh adik. Adik rasa sangat malu kerana semua mata memerhati. Antara kasihan dan tidak mengerti atau mahu mengejek adik. Fathullah di sebelah mengurut-ngurut bahu adik supaya bersabar. Adik senyum tawar. Adik betul-betul terasa hati. Dan Makcik Azmah terus membebel-bebel memarahi adik dan kawan-kawan sehingga adik tiba di perhentian bas. Fikiran adik melayang jauh. Sedih dan buntu.

Adik berjalan kaki pulang. Bukan sahaja batu, malah ranting kayu turut menjadi mangsa adik hari ini. Adik sungguh terasa hati. Sangat! Adik mana tahu. Bukankah ibu yang bayarkan setiap bulan? Mengapa menempik sebegitu rupa padanya?
Sejurus tiba di rumah, adik menerpa ibu yang duduk di sofa. Tangan ibu memegang buku kecil. Buku catatan mungkin. 
" Ibu.." Adik memanggil ibu perlahan sejurus badan dihenyak atas sofa. Ibu berpaling sambil menutup buku kecil di tangan. 
" Kenapa Adil?" Ibu bertanya kehairanan. 
"Ibu, tadi Makcik Azmah marah-marah. Dia cakap kita makan duit free tak bayar tambang bas. Bukan ibu tolong bayarkan selama ni? Ibu tau tak, dia caci Adil. Dia cakap macam-macam kutuk kita. Adil sedih sangat, bu."
Ibu seakan terpana. Buku kecil di tangan terjelepok ke lantai.
"Maafkan Adil,bu."Adik rasa bersalah bila memandang wajah ibu yang bertambah resah.

Keesokannya, adik bangun seperti biasa.Ibu bangun awal duduk termenung di kerusi makan.
" Adil. Hari ni tak payah sekolah lah." Terkejut adik. 
"Kenapa bu?" Ibu mendengus kecil. 
" Ibu takut Makcik Azmah tu bising-bising lagi. Ibu dah bagitahu abang kau jugak.Takpe, nanti ibu telefon sekolah kamu," ujar ibu cuba senyum dalam hati yang resah. Adik terkesima sambil mengangguk lemah.Nak hooray atau nak sedih ni? Adik buntu. Tetapi kaki tetap diatur menuju ke bilik air. Azan subuh bakal berkumandang lima minit lagi.

                                         ******
 
Dan akhirnya selama seminggu adik dan abang tidak ke sekolah atas alasan tiada kenderaan. Namun, kami tetap menyiapkan homework yang diberikan di rumah dan mengulang kaji pelajaran. Ibu berpesan supaya tidak membuang masa meskipun tidak ke sekolah. Adik tahu pasti ibu runsing memikirkan bayaran tambang bas ke sekolah. Mujur yuran UPSR abang tahun ini telah selesai. Abang akur saat ibu berterus-terang dengannya berbanding adik yang terkebil-kebil memahami keresahan ibu. Yang adik tahu, adik juga malas menghadap lagi wajah Makcik Azmah di tambah dengan kata-katanya tempoh hari. Tidak mengapa, aku pun banyak aktiviti boleh dilakukan. Desis adik dalam hati.

Adik mengemas bilik usai solat asar. Tiba tiba, terdengar suara Makcik Azmah memberi salam.


Bersambung**

















Cinta seorang penseni


Seni itu indah
Memahaminya bertambah rindu
Buat cinta makin kuat
Memang,
ketika mula, ia sakit
tadi rasa cerah
kini kian gelap
ia resah, ia gundah
penuh celaru
Tapi, ada satu
buat derita itu membisu
Ya ada, ia ada
iaitu PERCAYA



#ketika aku sedang bersedih ambil sorang2 kelas khat
tapi hari ni berkat ketabahan percaya ku. Alhamdulillah sangat ok !!

Sajak-Sang bunga dan aku

 
Sang bunga dan aku

Ianya bunga
Indah sekali si matahari
Duduk mekar
Demi menghangatkan cinta
Sebuah memori perjalanan
sang manusia

Namun,
ia masih bunga
Jauh berbeda dengan aku
Ia hidup
Untuk memberi padaku
Tapi aku
Enggan memberi apa

Lantas,
masa yang dimamah
Ia menitip satu persatu
Kelopak kuning mekar
Gugur  mewarnai bumi
Ya, ia terus memberi

Ah! Aku juga begitu
Akan pergi nanti
Dengan cara bagaimana
Aku juga peduli
Dan aku juga mahu memberi
Supaya dihargai nanti

Tapi, kita masih berbeda
kerana kau bunga
dan aku manusia
Cuma aku dengan caraku
Kau dengan caramu

Pasti
Rasa ini sama
Untuk terus memberi
Meninggalkan suatu untuk bumi
dan hidup ini
Demi sebuah pengakhiran abadi
Ah! jangan lupa,
Kita tetap berbeda!

21/11/13
Komiti stabaz
#konvo
#bunga matahari
#adaorangbagi



Jawapan sejambak marah



Bercampur-baur rasa, kadang pilu yang menjengah. Cuba memahami tapi tidak mahu dierti. Rasa terjerut di leher. Memahami rentak alam tidaklah sesukar memahami manusia.

Luka semalam makin terhiris. Malah makin pedih. Sembuh? Manakan, dia yang memulakan sebuah gelanggang api menjengah lautan naga. Bukan aku yang berani mengintai di sebalik gaung maut itu.

Aku hanya insan biasa. CUBA sabar untuk sebuah perjalanan yang tidak pasti ke mana hulunya walau tahu yang hakiki. Dia? Datang ibarat singa, menyinggah laluan sepi aku, menerkam sebuah rona warna kehidupan.

Tersentak bagai gila. Cuba mengatur sebuah perjalananku. Dia, siapa? Penyinggah laluan sepiku atau sekadar warga rimba yang tersesat, lalu menyekat kelurusan siratku. Dia lebih bahaya pada fakta kerna lebih sesat dariku. Lebih sepi dariku. Ada tujuan kah dia? Aku juga keliru.

Mahu apa? Aku punya cita-cita dan impian sendiri. Aku punya seribu pelangi warna-warni di hadapan. Kenapa pula menambah hitam dalam warna pelangiku? Tidak pernah meminta mahupun menggamit.

Aku bukan pendendam, malah penyimpan ngauman untuk disua suatu hari. Dan juga bukan perisik sulit, bisa menikam dari dalam. Namun, aku manusia biasa. Bukankah aku katakan? Luka itu payah dibaluti. Kemudian kau datang lagi mencakar luka itu. Masakan tidak ia makin parah.

Sakit? Sudah tentu.

Marah? Perlukah.

Mungkin sabar. Itu jawapan.

Ya Rabbi, aku tidak kuat tanpaMU. Jadikanlah aku hambaMU yang sabar dan syukur.





Fruits Basket : Its lessons!



I was so happy when you smiled
Your smile breaks through 
the clouds of grey

Far from the sunny days that lie in sleep
Waiting with patience for the spring
When the flowers will bloom renewed again
Knowing there's more beyond the pain of today

Although the scars of yesterday remain
You can go on living 
as much as your heart believes

You can't be born again 
All though you can change
Let's stay together always


Yeah, its just a song. I make some of my day by watching this anime. Frankly speaking, i'm one of anime,Japanese manga fan since young. I love detective conan in primary school. I love the way he makes his deductive, creative thinking and maybe Gosho Aoyama's ideas in sketching and creating the cases. And some others manga and anime i use to follow such as Naruto. Other reason, i love to sketch any cartoons and views. Its one of my way to release tension.

But then, Fruits Basket has its own message, as well as Naruto. Honda Tohru tries to believe the best between her fate being an orphan at high school level. She  is very kind, determined, grateful and patient girl. She meets Sohma-family with the awkward cursed who are being concerned to her. She loves to share her believe on this faith. Her mummy's said is always being her encouragement and motivation. For a few things she gets, she is always being grateful. 

She believes that we must make people happy to ensure our lives also happy. She will make sure that everyone loves themselves by the way they are. No matter what the past lives and the late background, everyone deserves a better life for today and tomorrow. Being grateful for everything is very precious anyway! As Tohru lost her parent, it makes her more appreciated to everyone. "Even though, they still alive, but i lost them".

I just to get an idea. Sometimes we might feel that we are useless or  non-precious at all. It depends on us instead. The more you love yourself, the more people will respect you then! We are not born kindness already, so that we have to change by using our hand. If we want to change, yes go on. Life is always once, so you can't change the yesterday sick but you can change for the remaining now. C'est la vie. We would more appreciated when we lost the person or thing we love. We learn to do give more than get  when we have gone thru hard and pain way before. BUT, the  Muslims should feel more. That how tarbiyah works ! HE teaches human from the pain as to love the future gift. The more she gets pain, the greater her life.

be grateful always~

Lets Stay Together itsumo =)

Sajak- Aku yang seorang itu

{Buat diri,
Semoga percaya dengan langkah ini
Dia ada , percaya..}

Aku bukanlah rama-rama
Yang bisa mengepakkan sayap
Ke mana jua

Harun Yahya's pic
Aku bukanlah beburung
Yang berterbangan gembira
Nun jauh ke utara

Aku bukanlah sesemut hitam
Yang mampu menguasai 
Dunia-dunia tanah berkota

Dan aku jua bukan sang singa
Yang tegar menguasai
Segala isi dunia rimba

Tapi aku adalah seorang insan
Yang seorang itu
Mengutip cebisan-cebisan kehidupan
Harun yahya's pic
Melakarkan pada dinding kenangan
Agar tercetus suatu citra pelangi

Maka,aku insan biasa
Mengharapkan sesuatu daripada Pencipta
Bernaungkan tinta
iman dan takwa

Meski kadang tersadung
Pada kezulmatan
Lantaran aku hanya insan biasa
Bersenikan cinta
Butiran ciptaanNya

Hasil nukilan;
'Izzah
Meja study sejarah
Taayah,Ipoh
1521


Cerpen : ADIK - sebuah memori 2

Tahun Satu

Pukul 5 adik sudah bangun, bersemangat sekali. Hari ini adik akan memulakan sekolah. Seronok sangat. Adik akan ada kawan baru. Dulu adik sekolah tadika dan  semua kawan-kawan adik adalah mereka yang lama adik kenal,orang sebelah rumah,satu kampung dan sepupu sepapat adik. Hari pertama ke sekolah, adik menaiki bas. Sekolah adik sangat jauh melebihi 5km. Ayah pesan pada ibu supaya kami adik-beradik mesti ke sekolah agama. Abang adik ada sekali. Dia tersenyum melihat adik begitu teruja mengenakan pakaian putih baru. Ibu membekalkan kami air minuman dan makanan."Nanti tak payah beli kat kantin,tak payah berebut-rebut.Makan je bekal tu," ujar ibu tersenyum. Terima kasih ibu, mesti sedap nasi goreng ibu.

Hari itu berlalu dengan baik. Setiap mata pelajaran guru meminta kami perkenalkan diri. Adik tak panggil guru,panggil cikgu. Cikgu Hasnita nama guru kelas kami. Cikgu Hasnita lembut dan suka tersenyum. Dia mengajar subjek Bahasa Melayu. Cikgu-cikgu yang lain pun baik. Adik kenal kawan baru, namanya Fahmi. Meja dia sebelah adik. Adik tidak peramah. Dia yang mula-mula menegur adik. "Kau duk mana?" Fahmi bertanya. Adik tidak pelik Fahmi tanya. Pasti orang lain hairan, lantaran adik bukan penduduk berdekatan sekolah tersebut. Kemudian, Fahmi makan sekali dengan adik ketika waktu rehat. Fahmi ada nasi lemak. Gembiranya hari pertama!!

Petang yang meriah,seperti biasa adik bermain lagi di padang. Padang. Ayah! Pasti tidak boleh adik lupakan. Tetapi, tahun lepas telah berlalu, membawa adik ke musim baru. Musim tiada ayah. Adik masih kecil untuk merasai kesakitannya. Namun,kenangan bersama ayah kadang datang dan pergi. Berkebun di belakang rumah,mendengar nasyid selawat sambil tertidur dan segala aktiviti harian ayah. Adik cuba buat tidak endah rasa-rasa itu. Pasti ibu, abang dan kakak endah lebih. Entahlah,adik tidak pasti.

Penat bermain, adik berehat di bawah pohon bunga. Pohon itu aneh sekali bagi adik. Ia rendang dan berbunga,wangi sekali. Dan pohon itulah yang selalu dilewati layang-layang adik. Tersangkut di pohon dan jika cuba diambil dengan galah panjang,pasti terkoyak.

 " Buruknya kasut kau! Selipar jepun je?Haha." Terkejut adik. Dia merenung adik dengan pandangan jelik. Nina, anak tuan kedai runcit berdekatan rupanya ada di situ juga. Malas melayan. Adik tertunduk merenung kasut. Tersengih sahaja adik tahu.

 "Buruknya...Kau takde kasut lain ke?Miskin betul..hahaha". Dia ketawa lagi. Kemudian berlalu pergi. Adik kepenatan, tidak berganjak dari pohon itu meski diejek. Adik memandang selipar itu,perlahan-lahan adik menanggalnya bersandar di tepi pohon. Kau perempuan, memanglah kasut berbunga-bunga. Adik mengeluh. Tidak ambil pusing usikan Nina yang tua setahun dari adik. Tetapi mata adik memandang sayup selipar itu.

Ibu bukan orang kaya. Ayah juga bukan dalam kalangan berada. Semenjak kematian ayah, ibu mula berusaha mencari kerja. Dari seorang suri rumah yang pendiam, ibu terpaksa memikirkan masa depan anak-anaknya sendiri. Ibulah ayah, ibulah ibu. Apa pun gaji pencen ayah yang dulu merupakan guru kerajaan, sedikit sebanyak membantu ibu. Akhirnya ibu diterima sebagai pekerja kantin sekolah rendah berdekatan rumah. Ibu pergi awal-awal pagi dan pulang pada pukul dua petang. Kasihan melihat ibu kadang-kadang. Tidak pernah merasai kepenatan bekerja kemudian menguruskan kami adik-beradik yang masih kecil lagi. Adik pernah melihat ibu berkerut-kerut muka mengira duit sambil melihat bil bulanan. Pasti ibu pening memikirkan wang. Tetapi ibu kuat. Adik percaya. Miskin? Adik tertanya. Kalau miskin, tak makan nasi. Kemudian, mati. Itu baru miskin. Haha. Adik ketawa sendirian sambil berlalu pergi meninggalkan pohon. Sura merah dilangit makin memerah, kicauan burung berlari ke sarang. Adik terus berlari pulang meninggalkan rasa hati itu pergi.


Nombor satu

"Tahniah, Faiz Adil ! Nombor satu untuk peperiksaan pertengahan tahun darjah satu!" ujar Cikgu Hasnita sebaik melangkah ke kelas Tahun Satu Ma'wa. Adik hanya tersenyum. Fahmi di sebelah menepuk-nepuk lembut. "Pandai kau !" ujarnya gembira. Semua rakan  sedarjah memandang adik. Ya, adik tidak seperti pelajar lain. Aktif dan nakal dalam kelas. Adik lebih suka belajar atau bersembang dengan Fahmi di dalam kelas, ketika menunggu guru seterusnya mengajar. Kawan-kawan adik sering bermain sana-sini. berbuat bising dan kadang-kadang mengusik pelajar perempuan. Adik tidak dididik sebegitu. Jadi, adik memilih untuk melakukan aktiviti sendiri. Meskipun Fahmi terkadang bermain bersama mereka. Adik sedar, adik bukan peramah, periang, peangaktif dan sebagainya lah yang glamor itu.

Hari ini adik pulang ke rumah dengan senyum yang melebar. "Ibu, adik dapat nombor satu. Nanti datang sekolah untuk tengok rekod. Cikgu Hasnita suruh," Ibu tersenyum sambil mengesat peluh di dahi. Baru pulang kerja, menyiapkan makanan tengah hari pula. " Pandai, adik. Insya Allah! Nanti ibu cuba pergi naik bas." Adik hanya tersenyum girang. Pasti ibu bangga. Makin melebar jiwa adik.

" Lagi setengah tahun kita akan ada peperiksaan akhir tahun. Jadi, sesiapa yang dapat banyak merah pastikan bertukar biru nanti, ya!" Pesan Cikgu Hasnita kelas pagi itu.
"Ha, Atira.Kamu nombor tiga kan dalam kelas. Ibu ayah kamu ada bagi apa-apa?" Tanya cikgu, sengaja memulakan suasana pagi kelas.  
 " Ayah saya hadiahkan buku cerita dan duit RM50. Saya masukkan dalam bank." Cerita Atirah riang.
" Ayah dan mak saya berjanji nak bawa saya pergi ke Pulau Pangkor hujung minggu ni sebab saya dapat nombor dua." Fathullah menyampuk tanpa dipinta.
"Siapa lagi yang dapat hadiah?" Cikgu Hasnita bertanya sambil mengangkat tangan. 
  " Ayah saya bagi anak patung sebab saya dapat nombor lima," Aida bangun tiba-tiba." Kalau saya dapat nombor satu, ayah saya akan bawa jalan-jalan!"

Cikgu Hasnita mengangguk-angguk." Jadi, sesiapa yang nak hadiah dari mak ayah dan sekolah, buat elok-elok ya." Adik tertunduk. Adik nombor satu,tetapi ibu tidak membelikan apa-apa. Sekadar datang ke sekolah tempoh hari dan tersenyum pada adik selepas berjumpa Cikgu Hasnita. Kasihan ibu, bersusah-payah menaiki bas ke sini. Tetapi Cikgu Hasnita faham. Dia tidak pula bertanya adik. Dia tahu adik baru kehilangan ayah dan ibu bukan orang senang. Kawan-kawan adik yang lain juga tidak berapa tahu tentang kematian ayah. Mujur mereka tidak pelik pabila adik membatukan diri. Terasa? Entahlah. Seperti biasa adik kurang peduli orang lain. Tiba-tiba Fathullah menjerit perlahan nama adik. 
" Adil! Ayah kau bagi apa? Mak kau bagi apa? Kau mesti lagi best hadiah!" Fathullah, mejanya di belakang adik. Agak terkejut dibuatnya. Cikgu Hasnita menyampuk kemudian " Ok, kelas. Kita sambung ejaan lagi. Banyak tak habis ni. Kerja sekolah minggu lepas siap tak?!" Cikgu bertanya kuat. Soalan Fathullah seolah-olah tidak didengari sesiapa. Pandai cikgu mengalihkan perhatian. Terima kasih,Cikgu Hasnita! Adik bersyukur dalam hati.

Adik bersandar pada dinding sekolah seusai solat zohor berjemaah. Bas selalu lambat! Gerutu adik dalam hati. Teringat pula kelas tadi. Ya, betul. Adik selayaknya peroleh hadiah. Adik nombor satu lagi. Adik berkira-kira, mungkin ibu tidak memberi hadiah kerana adik tidak meminta. Kalau adik minta apa salahnya? Lagipun adik sudah gembirakan hati ibu. Tetapi, kenapa ibu sendiri tidak beri apa-apa tanpa perlu diminta. Adik runsing memikirkan pula. Cikgu Hasnita terlihat kelibat adik kebetulan dalam perjalanan menuju bilik guru.

 "Adil. Mari sini kejap. Ikut Cikgu ke bilik guru. Ada sesuatu untuk kamu," ujar cikgu seperti biasa dengan senyuman anggunnya. Adik hanya membuntuti. Cikgu Hasnita membuka laci meja guru. Sebuah kotak berbalut kemas. " Ni untuk Adil, dapat nombor satu. Dah lama cikgu beli untuk bakal nombor satu." Cikgu menghulur. "Cantiknya, cikgu. Terima kasih." Adik sangat gembira. "Sama-sama. Nanti kirim salam pada ibu,ya," cikgu berpesan. 

Adik berlalu pergi. Kerunsingan tadi hilang. Haha. Aku dapat hadiah dari Cikgu Hasnita. Korang semua mak ayah. Adik tersenyum sendiri. Tetapi, dalam masa yang sama. Adik terus memikirkan hadiah yang boleh diminta dari ibu.

Usai tiba di rumah, adik tidak sabar melihat kotak berbalut kemas itu. Belum sempat bertindak, ibu menegur adik. " Pergi mandi. Lepas itu kita makan sekali." Adik akur. Takpe, lepas mandi pun boleh buka hadiah.Sabar Adil. Seakan memberi semangat, adik bergegas masuk bilik. 
Dengan kepala yang masih basah, adik membuka balutan tersebut. Sangat tidak sabar untuk adik tahu isi hadiah. Kotak pensil! Cantiknya! Ia berwarna biru putih dan kuning, bertingkat dua, dan terdapat bahagian untuk mengisi pen. Gembira bukan kepalang adik. Siap menunjuk-nunjuk pada ibu, abang dan kakak akan hadiah teristimewa buat adik di meja makan. Ibu menyuruh adik makan sekali. Pinggan di isi nasi dan lauk,mulut mengunyah tetapi hati adik terus berfikir. Nak minta kat mak atau tidak hadiah tersebut. Memandang ibu mengunyah nasi sambil melayani fikiran, adik rasa bersalah yang amat. Wajah ibu keletihan, ia cuba disorok hakikatnya kami anak-anak tahu sikap dan cara ibu. Akhirnya, adik mengambil keputusan untuk berdiam diri. 
Aku ada hadiah istimewa dari cikgu! Kau ada! Bisik adik pada hati sedikit sebanyak menghilang rasa kehendaknya yang tinggi. Mungkin juga untuk membalas rasa cemburu kepada kawan-kawan yang lain!

***

Darjah satu kian melabuhkan tirai, ketika peperiksaan akhir tahun. Adik sekali lagi mendapat keputusan cemerlang, melayakkan adik menaiki pentas buat kali pertama di sekolah rendah. Kawan-kawan adik mengucapkan tahniah. Adik gembira tidak terhingga. Ibu di sebalik orang ramai tersenyum melihat adik. Ya, perbezaan masih ada. Ibu bapa yang anaknya menaiki pentas, pasti akan ke depan bersama kamera, merakamkan saat manis itu dalam kamera. Adik tidak punya kamera. Namun, adik tahu ibu menyimpan kenangan terindah itu dalam hati ibu. Adik tidak kisah ibu ! Adik berlari mendapatkan ibu sejurus hadiah tempat pertama dimiliki.

Yang penting, adik ada ibu. Adik dapat hadiah dari sekolah!


bersambung **