Jawapan sejambak marah



Bercampur-baur rasa, kadang pilu yang menjengah. Cuba memahami tapi tidak mahu dierti. Rasa terjerut di leher. Memahami rentak alam tidaklah sesukar memahami manusia.

Luka semalam makin terhiris. Malah makin pedih. Sembuh? Manakan, dia yang memulakan sebuah gelanggang api menjengah lautan naga. Bukan aku yang berani mengintai di sebalik gaung maut itu.

Aku hanya insan biasa. CUBA sabar untuk sebuah perjalanan yang tidak pasti ke mana hulunya walau tahu yang hakiki. Dia? Datang ibarat singa, menyinggah laluan sepi aku, menerkam sebuah rona warna kehidupan.

Tersentak bagai gila. Cuba mengatur sebuah perjalananku. Dia, siapa? Penyinggah laluan sepiku atau sekadar warga rimba yang tersesat, lalu menyekat kelurusan siratku. Dia lebih bahaya pada fakta kerna lebih sesat dariku. Lebih sepi dariku. Ada tujuan kah dia? Aku juga keliru.

Mahu apa? Aku punya cita-cita dan impian sendiri. Aku punya seribu pelangi warna-warni di hadapan. Kenapa pula menambah hitam dalam warna pelangiku? Tidak pernah meminta mahupun menggamit.

Aku bukan pendendam, malah penyimpan ngauman untuk disua suatu hari. Dan juga bukan perisik sulit, bisa menikam dari dalam. Namun, aku manusia biasa. Bukankah aku katakan? Luka itu payah dibaluti. Kemudian kau datang lagi mencakar luka itu. Masakan tidak ia makin parah.

Sakit? Sudah tentu.

Marah? Perlukah.

Mungkin sabar. Itu jawapan.

Ya Rabbi, aku tidak kuat tanpaMU. Jadikanlah aku hambaMU yang sabar dan syukur.