Dan gayaku..

"Ain, jom duk sini."

Gamit kawan perempuan se'batch' saat kaki melangkah ke kelas. Mata memandang. Tersenyum. Okay :) kerana itu kelas pertama aku melangkah. Dinihari yang cerah memang menyegarkan jiwa. Kaki laju merapati meja berdekatannya. Usai melabuhkan diri pada kerusi, tangan mula melilau mencari nota dan pen. Membelek highlighter warna-warni tersusun rapi pada fail kuning.

"Eh, kau! Lama tak jumpa! Buat apa cuti?" Dia tegur rakan sekelas lelaki. Lelaki itu duduk di meja sebelah tapi punya jarak lebih luas berbanding meja aku. Bersembang dan ketawa. Aku tak peduli. Membelek course outline untuk kelas hari ini. Tapp. Lelaki lain pula masuk. Menambah jumlah ahli kelas. Dia berpaling.

"Hai, lambatnya datang," tegur dia santai.

"Aku ada kerja tadi," lelaki itu hanya tersenyum.

"Untungla busy society," ujar dia sambil tersenyum. Dan terus bersembang di depanku.

Aku? Tertunduk. Tidak tahu apa yang perlu dibualkan. Mereka makin rancak. Sesekali mataku memandang sekejap lelaki yang di hadapan. Lelaki itu menjeling sekilas. Mungkin terasa aneh kerana aku seolah tidak mempedulikan. Bukan aku tidak kenal lelaki itu, rakan sekelas dari tahun lepas. Cuma tidak pernah bertegur. Tak tahu apa yang perlu dibualkan.

Pabila lelaki itu melangkah ke meja belakang yang kosong, dia terus rancak lagi bergurau dengan rakan sekelas lelaki yang di seberang meja sana.

Aku? Inferior. Inferior. Seriously inferior. Dalam hati membisik. Kan bagus kalau aku tak duduk sebelah dia. Juga berdoa moga lecturer lekas masuk membantu 'inferior tahap gaban' aku pergi cepat.

Dan lecturer masuk. Kelas yang sangat happening, menarik dan best sangat. Drama dia dan lelaki telah tamat. Kelas berakhir dengan baik dengan hatiku yang puas, meski sesak masih menyesak.

Aku bukan seperti kawan-kawan yang lain. Datang dari sekolah perempuan semua bukan alasan kukuh kerana aku pernah merasa sekolah mix melebihi sekolah se perempuan. Memang dulu lelaki mengenaliku ulat buku. Tiada masa bermain cinta dan mencari cinta. Hatta bergurau senda dengan lelaki depan atau belakang meja. Hanya fikir mencapai prestasi tinggi dalam setiap peperiksaan. Yang hanya akan membuat resah classmates lelaki untuk menyaingiku. Kadang bertukar fikiran menjawab soalan latihan. Bertukar-tukar buku bacaan di library. Tidak lebih. Berbincang soal kelas dan soal badan dakwah dengan beberapa rakan sekelas yang sama memegang jawatan. Tidak lebih. Diam-diam tegas itu juga masih diganggu lelaki. Entah sifat lelaki bagaimana agaknya, Pedulikan! Banyak lagi impian terkabur di hadapan. Itu gayaku!

Hari ini melangkah ke universiti, masih bermuamalat dengan lelaki. Kerana mereka bukan harimau untuk ditakuti tapi seorang manusia untuk dihormati. Cuma, berbincang untuk assignment yang tertangguh. Meeting sekali untuk program minggu hadapan. Bermesej untuk urusan tanggungjawab yang diamanahkan. Sesekali terserempak di jalanan, sekadar mengangguk atau tersenyum kecil.  Kadang bergurau kecil untuk menghilang tekanan kerja.Tidak lebih. Masih tiada masa bercinta mahupun mencari cinta. Juga, tidak terfikir mempamerkan anggun gaya dari wajah hatta busana. Sibuk yang membahagiakan. Enjoy bersama kawan perempuan se-kuliah, se- usrah, se-bilik dan se- persatuan. Selamba dengan cara tersendiri. Tiada masa untuk rasa diperhati mahu pun mencari perhatian. Ke hulu ke hilir dengan buku, hatta ke meeting buku diletak tepi sebentar. Itu gayaku!

Salahkah aku tidak seperti dia? Mampu bermesra dengan lelaki walau masih menjaga tatsusila. Bergambar sekali meski tiada sentuhan. Sangat ramah dengan lelaki sekelas dan sepersatuannya. Hatta dalam kelas masih bersembang rancak untuk apa saja. Lalu, ingin sekali aku bertanya pada lelaki-lelaki, aneh kah jika aku tidak begitu? Ya. Mungkin background yang berbeza membuatkan aku dan dia punya cara yang tidak sama. Bukan ramah-tamah atau mudah untuk bermesra dengan kaum adam ini melainkan atas urusan. Namun, salahkan gayaku?




Lalu pada suatu hari, aku bertemu dengan sahabat yang juga ketua biro persatuan. Perempuan. Hebatkan?=). Aku bertanya padanya. Adakah cara aku membuat lelaki takut atau aneh pada pandangan mereka?  Bukankah engkau ketua yang perlu bermuamalat dengan lelaki? Mestikah engkau beramah mesra dengan mereka yang sekelas ? Atau bersembang rancak hatta bab bercuti rehat ke mana? Engkau bagaimana? Dia tersenyum.

" Mengapa perlu dirunsing. Hanya perlu jadi diri sendiri sebagaimana ibu ayah mu mengajar. Juga sebagaimana agama dan syariatmu gariskan. Cukup. Tidak perlu melihat orang lain, cara tersendiri yang tidak berpura lebih bermakna dan dihormati perempuan, lelaki lebih-lebih lagi. Sebenarnya meski aku ketua biro kami hanya rancak berbual dan bersembang mahupun bergurau tika dalam kerja. Saat meeting yang memeningkan, bertugas di booth yang meletihkan dan berbincang di whatssap tugas yang diamanahkan. Mesra untuk mudahkan kerja. Tiada sebab untuk bermanja setelah selesai urusan, bergelak ketawa tanpa ada urusan juga bersembang rancak di kelas tanpa ada sebab yang mapan." Dia mendekati sambil menepuk lembut tangan.

"Cara itu paling baik bagi aku. Malah itulah yang seharusnya kita jadi. Aurat terjaga, adabnya juga ada. Amanah dan bertanggungjawab dalam kerja. Bersungguh dalam menuntut ilmu. Tegas dalam bicara namun sangat bersopan tingkah laku dan kata. Mesti jadi sri kandi Islam. Bukan takut, tapi hormat. Malah nanti mereka akan menghormati kita. Oh, pasti ada yang minat dalam diam. Secret admirer." Dia mengenyitkan mata lalu pergi meninggalkan aku yang terpinga.

Ya! Katanya sungguh bermakna. Inilah gayaku!



Ain Husna berkongsi =)