Luka di hati : Moga terubat dengan jawapan Alqur'an

Kehidupan yang sakit
Aku minta engkau jauh
Tapi engkau degil
Tetap ada menjengah aku
Menambah perisa hidup ku

Kau kenapa?
Sengaja buat aku derita
Sengaja buat aku merana
Sengaja buat aku sengsara
Sengaja buat aku kelu bersuara

Sakitnya kehidupan
Aku minta kau pergi
Jauh, jauh dari sini
Jauh dari hidup aku ini
Jangan berkaki tapi berlari

Kau tahu?
Aku penat teramat
Melayan kerenah mu yang dahsyat
Menahan rasa dendam kesumat
Bersabar jiwa dengan azimat
Menenang hati dengan fadhilat

Dan hari hari terus berlalu
Menangis  ibarat rutin baru
Menahan sakit ibarat diari harianku
Berpenat lelah dengan mu
Ibarat menerjah ke salji beku
Atau berbicara dengan orang bisu

Sakitnya di sini
Tangan tunjuk di hati
Tapi wajah tampak berseri
Mana mahu kelihatan dua sekali
Lalu,itu sebab aku minta kau pergi

Dan suatu saat,
jiwa kental ini makin rebah,
Semakin mengaduh lemah,
Minta diisi kalimah,
Tuhan hadir bawa hikmah,
Dalam surat cintaNya terbait indah


Firman Allah swt :-

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu"            ( Muhammad 47: 31)

 ''Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia(Tuhan yang mempunyai) 'Arasy yang mulia ''
(al- Mu'minun 115-116)

"Hai jiwa yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku"
(al-Fajr 27-30)

"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui
Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada Nya"
(al-Baqarah:45-46)