5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi




5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi

1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

qUoTe #
Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Menalar Diri

“Aku dah bosan. Serius bosan!” Dia mengeluh kuat .
“Bosan apa? ” Sekadarku bertanya untuk berbasa -basi.
“ Bosan dengan orang yang bajet berjuang untuk Islam. Pejuang agama konon tapi dalam facebook, WhatsApp, Instagram bagai macam apa je aku tengok. Kalau bukan sebab aku sama gerak kerja dengan dia, dah lama aku smash!”

Marah sekali lagak bunyinya.

“Jangan mudah judge orang. Mungkin silap dia pada benda tu, tapi yang lain ok. Kalau dia baiki kesilapan, mesti dia ok,”
aku senyum simpul padanya.
“ Yang tu memanglah. Tapi kalau dah kerap sangat, sesak jugak dibuatnya. Belum kira lagi orang yang respect dan salute kat dia. Mereka pun cakap belakang. Kata buat gerak kerja dakwah, kerja Islam tapi bla bla bla…”

Dia diam sebentar , kemudian sambung lagi.

“Ikut hati nak je aku leave semua group yang ada. Tapi ikut akal, aku sabar je. Mana tak, kat meeting malu-malu konon. Dalam maya tu ikhtilat entah ke mana, ruhiyah entah ke mana, bincang meeting dah ke laut mana”
“ So, kalau dah leave group lepas tu kau nak leave pulak tugas-tugas dakwah , kerja Islam ni?”
 Aku sengaja menduga.
“ Mana tau kan? Poyo je semua orang ni aku rasa. Serius , diorang buat aku rasa nak leave semua ni!”
“Diorang ?”

Aku terhenti seketika memandang dia sekilas.

“Cuba kau tanya diri kau, selama ni kau ada dalam medan dakwah tarbiyah ni atas intima' Aqdi atau intima' Syakhsi?”
“Hah, ape tu? Aqdi, syakhsi?” Mukanya berkerut.
“ Aisyy, kata pejuang Islam. Kata dah khatam bertan-tan buku. Buku basic tu, maza yakni intima lil Islam. Haha ok, aku gurau. Intima’ maksudnya menggabung. Atau lebih tepat untuk kau faham bila kau meletakkan diri. So, intima’ aqdi ni maksudnya menggabung diri atas dasar Aqidah dan intima’ syakhsi menggabung diri atas dasar individu.
Kalau kau intima’ perjuangan ni atas dasar syakhsi contoh sebab kau respect kat sorang figure ni, kau ada minat kat mana-mana ahli yang sama bergerak kerja, kau rasa kau akan jadi hebat atau popular bila bersama dengan ‘diorang’, kau join sebab kau ikut kawan-kawan baik kau dan banyak lagi sebab manusia atau material.
Kau lupa intima’ ‘Aqdi adalah segalanya. Sebab yang kuat untuk kau terus iaitu sebab Allah. Intima’ syakhsi antara punca ramai yang tersekat di tengah. Cukuplah kau salute figure yang hebat sangat tu sekadarnya, dia juga manusia. ”

Dia memandang sepi. Tak berkutik. Diam

“So, aku tanya ni. Kau intima’ apa selama ni? Ingat. Kalau asasnya kukuh, ‘ sakit’ macam mana pun pasti tak jatuh.”
Aku senyum menepuk lembut bahu dia.
Dan dia diam, terus diam. Mengetuk pintu hati bertanya diri


















Menalar lah makna sebuah kehidupan
sehingga saat terhenti
bukan perhentian biasa
tapi beri erti pada manusia

Ini komuniti sakit
penuh persepsi dan konfrontasi
sedang tanggungjawab du'at menanti
bahkan sibuk dengan
bingkisan dan rasa hati

Pergi jauh jauh
yang bukan utama
moga korban rasa
ada nilai ALLAH di sana~

hujung sem bab cinta?



Assignment melambak-lambak. First time buat assignment, otak jammed. Sumber tak cukup. Tak tau nak cari mana. Pening. Buntu.Bukak FB. Isu berderet deret pulak. Ohh pening.

Pintu diketuk. Dia masuk "Awak busy?" Pandang sekilas.

 "Deretan assignment tak siap. Awat?"

"Aku kena reject..." Hah? Rahang terbuka.

"Reject ape pulak ni? Project not accepted ke?" Laptop dipandang sambil bertanya. Berkerut-kerut kening nak mencantum dua benda sekali dalam kepala. Jangan jammed lagi teruk sudah. Berdoa dalam hati.

"Sampai hati laki tu buat aku macam ni. Kalau tak nak, cakap awal-awal. Jangan dah hujung macam ni." Dia sambung.

"Ohh..!" Rahang tutup. Otak sudah loading."Pasal tu ke? Hmm orang dah tak nak. Biarlah." Bersahaja balas.

Tapi dia..
Mata sudah merah. Suara tertahan sebak. Esak perlahan kedengaran.

Alamak, suka hati cakap tadi ! Ketuk kepala kejap. "Weh, sori. Ha..story sikit. Apa kes ni?"

Tertunduk. " Aku sedih bukan apa. Sebab family kitorang dah kenal lama. Tapi sekarang macam rosakkan dua hubungan keluarga. Dan rosakkan persahabatan kami berdua"

"Lagi, dia tak minta maaf officially pada keluarga kami. Aku lagi la. Call cakap nak cancel kan je.. Lepas tu, senyap."

Aku diam. Pandang dia sekilas. "Kau sabar jelah. Memang sepatutnya dia minta maaf dan berjumpa secara baik. Tapi kalau dah macam ni, apa lagi boleh buat. Kau dengar, dunia ni macam roda. Hari ni dia kat atas, esok dia kat bawah pulak. Masa tu baru sedar apa salah dia pada manusia lain."

Dia angguk perlahan. "Tapi macam mana.."

"Eh jangan tapi-tapi. Kau pergi baca Alquran banyak-banyak lepas tu banyakkan doa. Tu Allah suruh dekat dengan DIA. Percayalah, Allah Maha Kaya"

Dia senyum. "Ok, awak. Saya relief sikit. Sambunglah kerja awak. Sorry ganggu" Dia dah bangun.

Aku pegang tangan dia. " Satu je nak ingat. Allah ada." Dia senyum berpura tabah dari wajahnya. Angguk perlahan sebelum pergi.

Aku pening. Ni soal cinta. Aku yang tak pernah terlibat dalam soal cinta mendengar dan menasihati orang yang bercinta. Ops tapi dia bukan bercinta, cuma ikatan cinta yang terbina dari keluarga. Cuma menuju kepada kehidupan bercinta. Aku bukan apa. Aku cuma kesian. Kesian yang tak tahu celah mana boleh tolong. Cuma satu.

JANGAN MULA

Kalau rasa tak nak nikah awal, tak payah nak ikat bertahun. Kalau rasa tak nak nikah awal, jangan nak menggatal luah suka-sayang-cinta. Cari padah! Cari pasal ! Tolonglah. Jangan siksa jiwa lelaki mahupun perempuan. Kalau hati itu boleh dikeluarkan buang sakit merana sedih tak mengapa, tapi hati tu rupa pun tak tahu. Ia ruhiyah. Ia metafizikal. Cuma bila dah jadi, nak buat apa?

BINA RUHIYAH DENGAN TUHAN

Tapi first step atas tu. Jadi pengajaran sampai bila-bila. Aku tak kisah orang nak bercerita, nak berkongsi rahsia. Layan je. Tapi kesian. Kita kat sini bergumbira menikmati usia muda, dari menuntut ilmu sampai persahabatan dan keluarga, dia pening kepala soal cinta. Kesian.Itulah.Tips tips ni nak bagi pertolonganlah. Kita ni malas nak fikir, malas nak terlibat. Sebab apa? Sebab ni lah. Nih, letak simen, selotap, gam gajah bagi hati ni batu sikit. Nanti sampai masa all those plasters would be removed by itself :) i just believe.

Kalau buat assignment boleh jammed. Benda-benda macam ni lagilah. Dah jadi jam kaya, jam manggis dah agaknya nanti. Hmmmm keluh panjang. Laptop masih dipandang, tangan masih menaip.

Window player berputar dari tadi. Lagu warkah cinta berbau syurga. Lagu apa ni? Ciss camna boleh ada dalam laptop?? Jammed!





Cukuplah Untuk Kali Itu

Hari hari berlalu, teringat akan mereka.
Semalam dan kelmarin penuh dengan suka dan duka. Ada yang sudah jauh ke luar negara, ada juga sudah berangkat ke dunia rumahtangga. Masing-masing. Sekolah yang bermacam, sahabat yang pelbagai, dunia berwarna. Macam macam ragam. Kadang tersenyum sendirian, kadang tertanya sendirian.

Nilai apa yang ada pada diri. Sampai ada yang meuahkan segala rasa pada diri. Ketika menjejak sekolah baru, seorang adik junior. Kerap juga mendengar suara rintihan nya, dia menangis akan liku-liku kehidupan. Kita sebagai pendengar, dengar dengan tegar dan sabar. Dan pada suatu hari, dia menangis sendiri di tepi loker. Pastinya, malam nanti dia akan bercerita. Tapi, malam malam berikutnya dia menyepi. Sedih sehingga tak terucap. Masakan, setiap manusia yang memerhati nya bercakap tentang dia. Tak tertahan tak tertanggung jiwa raga. Lalu, si kakak ini. Sabar menunggu kalau kalau dia bercerita. Dan suatu hari, sebelum ke kelas. kertas dengan kata hikmah dihulur. Dia tersenyum dengan mata yang memerah. Akhirnya, malam itu diluahkan semula. Hari ini entah ke mana pergi. Khabarnya telah meninggalkan sekolah. Mencari damai di pelosok lain. Tapi aku di sini, tidak mengerti. Persoalan yang perlukan jawapan. Mengapa percaya padaku, bercerita apa yang insan lain tidak tahu? Kenapa aku?

Meniti tahun lagi satu. Terjumpa seorang insan yang bernama teman. Suka duka ketawa hiba bersama. Walau berlainan takhassus, tapi kerana kediaman berhampiran, jadi tempat bercerita, Aku ini insan aneh. Tidak seperti yang lain. Tidak pandai mencari teman. Lantas, mereka yang datang kepadaku. Anehnya lagi, ada insan bercerita kisah itu ini, dari keluarga hingga cinta tanpa tahu sesiapa. Kenapa lagi aku? Kenapa aku? Dan malam itu, duduk bersimpuh di birai katil. Penat menelaah buku sepanjang masa seharian. Dia diam kejap sambil berkata. Aku ada rahsia yang kau hanya tahu. Aku diam tidak membalas. Lalu, butir butir riwayat hidup dicerita. Kalau tak beranak kolam mata, mungkin sesak di dada pasti ada. Selesai cerita ujarnya, kau simpan baik-baik. Entah kenapa aku rasa kau layak dicerita dan berpegang rahsia.

Melangkah ke universiti, pengharapan agar percaya manusia tentang rahsia pada diri sudah terhenti. Tapi, lebih gawat. Hingga bab cinta dan minat pada itu ini, sibuk bertanya aku. Beranggapan aku Fatimah Syarha. Sungguh, tak mengerti. Buntu aku, Berpinar mata. Berpusar kepala. Dan akhirnya kebenaran itu lebih sakit dari rahsia. Dan akhirnya segalanya menjadi sakit. Sungguh tidak kisah jika ingin meminta nasihat atau pengajaran hatta sebuah pengalaman. Tapi yang selebihnya tidaklah bersedia. Apa ada pada kita sampai kalian terlalu mempercayainya. Mulut ini terlalu bahaya.

Lalu ungkap pada siapa?
Ungkaplah pada Allah.
Ungkaplah pada ibu ayah.
Ungkaplah pada adik beradik.

Sahabat itu perlu, tapi sampai masa akan terpisah melainkan dipisahkan kerana cinta pada Allah
 ( Az zukhruf 67 )

Mohon dari empunya diri, untuk kali ini cukuplah. Izin kan aku sendiri menatap warna alam dunia

the truth even hurt,so let it be secrecy
dari memahami manusia :)