Penawar jiwa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

◆JADILAH SEORANG YANG BAIK
MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK

Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah pernah aku baca:
"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga mlm..

Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jgn kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar yg sepatutnya

Pastikan dgn sebenar2nya..ketika engkau bersedih, tiada yg boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yg boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu utk bangkit semula tiada yg memilikinya selain dirimu..

Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dlm jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang,  terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kpdmu tiada kesan mudaratnya lagi..

Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan krn ia adalah di Tangan Allah..

Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah..kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai utkmu

Jgnlah kamu berputus asa dgn kehidupan yg menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya,
katakanlah:
 "Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..
Kedukaan itu akan hilang dgn satu sujud..manakala kegembiraan akan dtg dgn satu seruan..Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yg telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yg hampir menangis yg engkau tolong ceriakan..

Hiduplah di atas prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dgn baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kpd org yg baik".

Hati yang tertinggal

Tuhan
Masa masa ini aku sendiri
Menjengah jendela menyingkap tirai
Merenung ke langit
Gelap.pekat.tiada bintang

Menyusuri jauh kisah kisah kehidupan
Ada pedih ada senang
Yang ada masa nya
Kakiku berdiri sendiri tanpa mereka
Kaku.buntu.lesu

Tuhanku
kabarkan aku
Masa-masa hidupku ini
sentiasa bahagia
Walau tidak seperti mereka
sesak.lepas.pilu

Aku cuba percaya
Dengan jalan jauh dan sukar
Dan aku lihat mereka
Yang mengkabur warna jalan ku
malahan. Lebih kelabu

Tuhan
Kalau ianya baik
tsabat dan tambatlah kakiku di situ
Biar hujan gerimis dan batu
Aku masih setia padaMu
Dengan yakin dan tiada buntu

Tapi. Aku tahu jauhnya jalan
Kadang makin malap lampu perjalanan
Mungkin akhirnya kelam dan kusam
Hati akhirnya tak tertahan
Lalu signal hijau memberi keizinan
"Kau boleh pergi dulu"

Selamat tinggal dikau