Rindu

Jauh

Harini hasya singgah cafe maryam.
Jauh. Jauh dari mahalah lain. 
Tapi dekat dengan rindu. 
Zaman zaman dulu. 
Zaman masa mula merangkak mengenali UIAM dan ECONS.  Bertatih melangkah mencari erti kehidupan, setapak demi setapak menongkah arus yang ganas. 

Tangis. Ketawa. Penat. Lelah. Gagah jua. 
Dan hari ni aku di sini. 
Menatap kembali Mahalah Maryam. 
Sambil menunggu detik konvokesyen ke 32.

Rindu bertamu

Aku menunggu dalam kereta. Mereka ke cafe membeli juadah. Aku terpaku menjengah luar tingkap. Kepala pusing  teruk. Puncanya makan lewat semalam. Teruk sangat. Lalu aku berteleku memandang lewat pemandangan ini. 
Rindu membayangi saat itu. 
Terbayang bayang wajah sahabat sahabat econs. Semua nya memancar pelbagai rasa. Wajah wajah busy, menghadap meeting dan diskusi belajar, di tengah ruang mahalah ofis atau ruang hadapan cafe. 

Kalian, apa khabar di sana? 
Terlalu rindu kan kalian. 
Moga baik baik saja di sana.
Let s meet in this 32nd convocation day!!

INSAN

Di tengah lautan kota
Rupanya masih ada
Suatu insan yang merdeka
Bebas sebebas bebasnya
Dari durjana dunia
Dari tipuan fana
Dari lalai dan leka

Dalam hiruk pikuk
Sesak dunia ilusinasi
Insan itu berdiri
Melepas lelah seharian
Membelah dunia sepi
Mencari Rahimnya Tuhan
Dalam setiap untaian rezeki

Kepala didongak
Menatap syahdu langit
Basah dirembes hujan
Bagai menangisi jua
Melihat lekanya manusia
Mengganti rusuhnya jiwa
Dengan harga dunia

Rugilah engkau
Sedang Tuhan telah sediakan
Lembaran wahyu Nya
Dibaca, dihayati, dicintai
Sepenuh jiwa raga
Demi membasuh luka
Dari penawar yang tahan lama

Ah malang nya
Engkau memilih yang sebentar
Ayunan kepala laju
Dengan rentak muzik
Menggila di corong telinga
Puitis cinta manusia
Berkhayal dalam dunia maya

Engkau punya peluang
Mengenal Tuhan  yang Esa
Walau sekejap cuma
Dalam ngauman lrt ini
Sambil menunggu tiba destinasi
Membelek 'surat cinta' Nya
Di mulut maupun telinga

Dan destinasi telah tiba
Esok akan kunjung lagi
Sama seperti hari biasa
Namun bagaimana engkau
Masih sama tiada beza
Atau mau berubah esoknya
Tepuk iman tanya hati

"Bilakah masanya manusia akan kembali pada Tuhan?"

~LRT KLCC-GOMBAK 184523


SO SOON

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around 
I miss the time you were around 
But I'm so grateful for every moment I spent with you
'Cause I know life won't last forever

4 ogos lahir ke dunia
10 feb menemui Ilahi

Meskipun sebentar
dan kadang pelukanmu masih terasa
jua kadang terimbau nasyid kesukaan
peneman santai sore

Tapi,
terima kasih Allah
sempat menemuinya
sempat merasai nikmat walau seketika
dan 14 tahun yang berlalu
rasa sekelip mata

Petang hening
Damai dan sayu
angin sepoi sepoi bahasa
dan bahasa yang sedih,mungkin

damai lah di sana
moga perjuanganmu jadi saksi
tabur budi demi agama
amanlah hendaknya 

:) beburung berkicauan indah,
dengan irama merdu
pasti mahu memeluk 
hati yang hiba ini :)




Aku pelajar kewangan Islam

Aku tahu. Bidang aku dikritik. Bidang aku ditujah- tujah dengan peluru oleh banyak pihak. Aku boleh katakan dua jenis manusia. Satunya yang sangat Islamis, atau pihak yang merasakan kita mesti Islamic secara drastik semua perkara. Mana boleh separuh separuh. Dan satu lagi, yang sangat conventional, atau pihak yang menyatakan bank Islam atau bank konvensional tiada beza. Sama saja, sekadar menambah Islamik pada nama.

Marah dan geram. Itu yang ingin aku katakan. Kalau pihak yang sangat Islamis itu di depan mataku, ingin aku tanya

"Kau mahu sistem full Islamic? Pergilah bank yang ada pinjaman tanpa faedah. Pergilah cari. Ada kah kau pernah berjumpa?" Cabar.

Kalau pihak yang satu lagi, ingin aku tanya

"Lalu apa yang kau telah buat untuk agama? Teruskan dengan yang haram, yang diisytihar perang oleh Tuhan tanpa ada usaha? Biarkan saja?"

Aku tahu. Kewangan Islam ini banyak imitasi. Ya, aku mengakui. Tapi, dengan kewangan Islam lah, para pakar shariah dan undang-undang berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki. Banyak kekurangan ? Ya. Bukan kau tak tahu sistem ekonomi dan kewangan dunia siapa yang pegang. Kau ingat senang-senang nak ubah semua?

Kau tahu lagi kan? Daulah Islamiyah. Kau tahu barat menguasai dunia. Kaum kuffar. Lihatlah Muslim hari ini, sengsara, dihina tapi kita tak mampu berbuat apa. Yang mampu hanya demo dan berdoa. Lagi? Lalu adakah kau ingin mencaci semua pejuang agama yang sibuk berjuang, yang berusaha untuk kembalikan kekuasaan syiar Allah di muka bumi ini? Ya. Segalanya nampak mustahil dan sukar. Tapi mereka tida berputus asa. Kenapa?

Kerana inilah tanggungjawab kita.

Begitu jugalah kewangan Islam. Ia nampak MUSTAHIL hari ini. Tapi aku percaya pada suatu hari usaha usaha mereka ini, dari pelajar, pensyarah, pakar dan yang terlibat akan beroleh kejayaan. Bila? Hanya Allah yang tahu. Cuma..Bila nanti Allah tanya, aku tahu jawapan aku sudah ada. Aku berusaha untuk  ini. Menghapuskan sistem yang ada padanya antara dosa besar. Aku percaya Allah melihat usaha kita. Tapi hasil Dia yang menentukan.

Teruslah melangkah duhai pejuang kewangan Islam. Luka kita dengan tohmahan manusia akan dibayar Allah suatu hari nanti!

Pelabuhan kasih

Malam itu hujan renyai renyai lagi. Guruh bersabung kilat memancar seakan di pentas permainan. Masing masing tega menayang kehebatan. Namun pasti tidak lupa Tuhan yang Agung menciptakan. Mereka makhluk yang patuh dan taat semenjak alam ini tercipta. Malah kawan mereka, gunung ganang terpecah jikalau wahyu alquran diturunkan pada mereka. Aku bagaimana? Hamba yang taat kah?

Tik tok tik tok. Jam biru pemberian ibu masih berdetak. Melawan suara suara hujan dari bingkai jendela. Aku menggosok kejap mata. Pedih menelaah buku berjam jam, padahal segalanya kosong di minda. Lemah dan jemu kah? Manakan jemu dengan ilmu, sedangkan dengannya kita akan dimulia. Bermonolog sendiri.

Kepala ditoleh ke kanan. Titisan hujan berserak di kaca jendela. Lalu mengalir laju saat titisan itu bersatu. Malam, makin pekat dan gelap. Bilik lain sudah sepi. Ya pasti sudah bertemu sang pemimpi. Aku masih berteleku, terkebil kebil menaakul buku. Dan malam itu rasanya lain. Bukan buku ditaakul, tapi hati yang dicari. Dikorek- korek jiwa hingga ke dasar, ditanam dalam dalam keegoan, dihambur hambur segala kekhilafan.

Malam itu rasanya lain. Rasa tembus kepada Pencipta. Rasa sayu mengkoreksi diri. Rasa  pilu mengenang noda yang lalu. Basah hati dan mata. Entah kenapa. Buku subjek kewangan masih dipegang. Berjam di atas meja tapi hati melayang ke dunia maya. Tunduk menatap buku kembali. Basah dengan air.  Lembut helaiannya disapu titisan syahdu.

Tuhan aku malu padaMu. Ada ruang lagikah cintaMu berpuput dalam jiwaku? Setelah sekian lama cinta dunia berlabuh dan haritu dia belayar ke mana entah? Barangkali tahu, hati sudah sakit dengan nya. Dipinta nya Cinta Tuhan lekas mengganti, dan berpaut terus jangan pergi. Jikalau begitu, biarlah. Aku lagi rela. Biarkan aku tersemat dengan yang baru ini. Biarkan aku di sini.

Cinta dunia, jangan berani kau berlabuh lagi.

['Izzahzahid mencari Tuhan yang Esa]
Jumaat mubarakah


DIAM

Ada hati yang pecah
kerna penat menunggu
lantas kuat mengharap
dari dunia yang sepi

Sudah ditegur
Jenuh diingat
Dunia ini fana
Akhirat itu lama

Barangkali lupa
Jiwa merintih lagi
Hati sakit lagi
Dengan durjana dunia

Engkau diam diam
Situ jangan kau berganjak
Bersimpuh pada Tuhan
Cari harapan padaNya

Bukan pada manusia.
Diamlah dan tetapkan diri.

I Just Dont Get It

Whatsapp di scroll membaca post post sahabat. Sebab grup tu memang bukan untuk bincang pasal kerja. Tapi lebih pada santai dan tazkirah. Tarbiyah. Pesanan Murabbi. Nasihat. Sirah Nabi saw. Mutabaah amal. Hammasah. Cinta . Erk

Kekadang rasa macam tak suka terselit benda tu. Dan mulalah rasa aneh. Hai korang yang duk dalam tarbiyah ni memang berhati cinta saja ka?

Ke memang lebih fikir bab cinta dari ummat?

Atau memang merelakan diri utamakan isu cinta?

Ah blame . Blame . Tak faham .

Sekejap berfikir. Ya  kita boleh berkata saat kita tidak diuji. Kita boleh mematahkan orang saat kita tidak diduga. Soal hati ini payah. Kadang kesian juga yang dah terjebak. Uh jenuh memikirkan. Ya lupa. Itu fitrah.

Malang bila fitrah tidak dididik dengan sebaiknya. Doalah padaNya moga dikuatkan hammasah dari memikirkan benda benda yang remeh.

Sahabat, ummah dalam tenat. Engkau tegar menyakitkan kepala memikir soal cinta. Ummah ini perlukan kita. Pemuda yang sedar dan tahu realiti darah muda. Punya semangat juang yang tinggi untuk agama dan sejagat. Tapi kau tegar dengan cara mu. Belajar yang skornya di kertas tapi gagal skornya untuk masyarakat. Sekadar melangsungkan perjalanan hidup. Lalu mati.

Lalu apa yang kau tinggal untuk dunia?
Lalu apa yang kau buat untuk agama?

Rentaslah samudera dunia agar kau ketemu bahagia akhirat kelak. Cantaslah sehabisnya buaian cinta agar kau tahu letak asalnya di mana. Masa yang masih tidak tertulis dan kau khusyuk menenun nya. Mujahadah lah walau sakit dan payah. Usah mencuba walau selangkah takut kau gagal ketemu jalan pulang.

Pasakkan diri. Untuk ummah dulu sebelm diri. Agar mati kita berisi bukan mati sekadar ditangisi.

'Izzah Zahid
010916