Aku tahu. Bidang aku dikritik. Bidang aku ditujah- tujah dengan peluru oleh banyak pihak. Aku boleh katakan dua jenis manusia. Satunya yang sangat Islamis, atau pihak yang merasakan kita mesti Islamic secara drastik semua perkara. Mana boleh separuh separuh. Dan satu lagi, yang sangat conventional, atau pihak yang menyatakan bank Islam atau bank konvensional tiada beza. Sama saja, sekadar menambah Islamik pada nama.
Marah dan geram. Itu yang ingin aku katakan. Kalau pihak yang sangat Islamis itu di depan mataku, ingin aku tanya
"Kau mahu sistem full Islamic? Pergilah bank yang ada pinjaman tanpa faedah. Pergilah cari. Ada kah kau pernah berjumpa?" Cabar.
Kalau pihak yang satu lagi, ingin aku tanya
"Lalu apa yang kau telah buat untuk agama? Teruskan dengan yang haram, yang diisytihar perang oleh Tuhan tanpa ada usaha? Biarkan saja?"
Aku tahu. Kewangan Islam ini banyak imitasi. Ya, aku mengakui. Tapi, dengan kewangan Islam lah, para pakar shariah dan undang-undang berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki. Banyak kekurangan ? Ya. Bukan kau tak tahu sistem ekonomi dan kewangan dunia siapa yang pegang. Kau ingat senang-senang nak ubah semua?
Kau tahu lagi kan? Daulah Islamiyah. Kau tahu barat menguasai dunia. Kaum kuffar. Lihatlah Muslim hari ini, sengsara, dihina tapi kita tak mampu berbuat apa. Yang mampu hanya demo dan berdoa. Lagi? Lalu adakah kau ingin mencaci semua pejuang agama yang sibuk berjuang, yang berusaha untuk kembalikan kekuasaan syiar Allah di muka bumi ini? Ya. Segalanya nampak mustahil dan sukar. Tapi mereka tida berputus asa. Kenapa?
Kerana inilah tanggungjawab kita.
Begitu jugalah kewangan Islam. Ia nampak MUSTAHIL hari ini. Tapi aku percaya pada suatu hari usaha usaha mereka ini, dari pelajar, pensyarah, pakar dan yang terlibat akan beroleh kejayaan. Bila? Hanya Allah yang tahu. Cuma..Bila nanti Allah tanya, aku tahu jawapan aku sudah ada. Aku berusaha untuk ini. Menghapuskan sistem yang ada padanya antara dosa besar. Aku percaya Allah melihat usaha kita. Tapi hasil Dia yang menentukan.
Teruslah melangkah duhai pejuang kewangan Islam. Luka kita dengan tohmahan manusia akan dibayar Allah suatu hari nanti!