BOOK REVIEW 1

Finished the book already yet baru nak start buat review. Okay sebelum buku ni diterbangkan semula ke negeri penyu, jom kita buat review dulu!

FOR ONE MORE DAY- MITCH ALBOM


Buku ini adalah kisah benar. Tercatat bukti di belakang page buku ini. Mengisahkan kehidupan Charley/ Chick yang merindui ibunya. Ibarat pabila seorang ibu pergi, maka "tiadalah lagi doa ibu untukku". Chick terjumpa ibunya melalui pengembaraan dunia alam lain selepas kenderaan yang dinaiki Chick accident di suatu tempat berdekatan rumahnya. Namun di sebalik accident tersebut, Chick memang menyimpat hasrat untuk membunuh diri. Maka bermula lah episod kehidupan yang baru bagi Chick selepas ditakdirkan 'berjumpa' ibunya.

Sebagai pembaca dari kulit ke kulit, malah double triple ulang baca, saya sebagai Muslim ingin memberi pandangan atau  beberapa analisa sendiri

1. Alam roh

Dalam Islam memang kita mengakui adanya dunia/ alam roh. Ilmu tentang roh ni hanya pada pengetahuan Allah swt sahaja. Namun begitu, saya biasa terdengar cerita dari keluarga dan sahabat handai tentang orang-orang yang koma lama dua tiga bulan terlantar. kata mereka, jika Allah sayangkan hamba itu maka dia akan bertemu suatu perjalanan ke alam yang akan menginsafkan. Maka dia mempunyai kesempatan untuk bertaubat jika masih lagi diberi hidup selepas koma. Namun jika sebaliknya, hanya Allah yang tahu dan berdoalah mudah-mudahan Allah mengampuninya. Apa yang benar-benar terjadi di alam tersebut adalah pada pengetahuan Allah sahaja sebenarnya. Wallahualam.

Maka, dalam kisah ini, Chick bertemu ibunya di suatu alam roh. Di mana Chick merasai kehangatan pelukan ibunya dan menerima teguran demi teguran yang telah menyelamatkan keputusan kehidupan Chick. 

2. Poligami

Poligami dibenarkan dalam Islam kerana Islam tahu kehendak lelaki. Islam ni kan agama Pencipta alam ini. Mesti DIA faham apa yang memenuhi kemahuan lelaki. TETAPI DENGAN SYARAT. Bukan sesenang hati je  nak poligami okay, lelaki? Mengikut ilmu yang saya belajar dalam subjek Religon In Malaysia, Christian tidak dibenarkan mempunyai dua isteri dalam satu masa. If so, they need to divorce one of them.

Punca ibu ayah Chick bercerai adalah kerana ayahnya mempunyai wanita lain, the one who had married earlier than ibu Chick. Ibu Chick sedar apabila ayahnya kerap pulang lewat dan terdapat kereta di kediaman seorang wanita. Jadi ibunya ambil keputusan untuk mengundur diri since that woman was the first wife. Nampak? Sedangkan ayah Chick still lagi sayangkan family mereka.

3. Pandangan masyarakat-penceraian

Mengikut pada storyline buku ini, dapat digambarkan masyarakat di California suatu masa dulu seperti budaya masyarakat kampung di Malaysia. Penceraian pada masa itu adalah perkara yang sangat memalukan. Malah, kebanyakan wanita sangat takut pada janda. Bagi mereka status wanita bergelar janda/widow akan mengganggu suami masing-masing. Kalau di Malaysia, would be mentioned as 'janda berhias'. Tetapi Malayisa mempunya perbezaan dari segi panggilan balu dan janda. Namun hari ni same goes to Malaysia, nikah nya baru berapa bulan dah tak segan bercerai-berai. isy isy(geleng kepala). Masyarakat Barat akhirnya ambil keputusan untuk tinggal bersama tanpa nikah. Tak silap saya puncanya adalah kerana agama kristian tidak membenarkan penceraian. Udahnya lagi mengarut masyarakat Barat ni praktis kan. 

Ibu Chick merupakan widowed woman selepas bercerai dengan ayahnya. Apa yang bagus tentang ibu Chick ini adalah dia tidak membuka aib punca mereka bercerai. Obviously la salah ayahnya. Kesan dari status janda tersebut, menyebabkan ibu Chick kehilangan perkerjaan sebagai nurse. Gara-gara difitnah kerana orang sekeliling  di hospital terlalu risau akan gelaran ibu Chick. Memang diakui, ibu Chick agakla seperti janda berhias tetapi bukan atas tujuan menggoda. Lebih kepada untuk menghibukan hati yang lara. Ibarat quote "dressed up, showed up, dont bother about others"

4. Doa seorang ibu

Jika dalam Islam, betapa Islam put our mother is the best place to seek rewards. The most respected person and important person in our life. Even ayah pun disebut lambat dalam sabda Nabi saw. Kalau Muslim ditekankan kepetingan tersebut, maka tidak pelik bagi non Muslim juga. Mencintai ibu adalah fitrah. Doa mereka adalah perisai kehidupan selepas agama. Dan Islam adalah agama fitrah yang memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Selepas kematian ibunya, Chick kehilangan arah tujuan. Malahan, Chick dihantui rasa bersalah  pada ibunya sehingga lah dia sempat memohon maaf ketika pertemuan di alam itu. Namun, Chick menipu hanya kerana ingin mennunaikan hasrat ayahnya. Ibarat dtelan mati emas, diluah mati bapa. Chick sebenarnya sangat menyayangi kedua ibu bapa nya.

5. Putus asa

Islam mengajar untuk tidak berputus asa dalam kehidupan. 'Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah'. Sekalipun ibu ayah kita telah pergi meninggalkan kita sendiri, Muslim harus terus percaya kita bertanggungjawab untuk mendoakan mereka. Seterusnya meneruskan kehidupan dengan meletakkan pergantungan pada Allah swt. Dan menjadi yatim sebenarnya adalah peluang untuk kita lebih  bersungguh mengejar kehidupan sana jika kita percaya akan bertemu  ibu ayah  di syurga dengan menjadi anak yang soleh

Pesanan ibu Chick supaya "jangan mengalah" adalah azimat terakhir sebelum Chick dan ibunya kembali ke dunia masing-masing. Mujurlah jumpa ibu, kalau tak  mungkin Chick akan meneruskan hasrat membunuh diri. Dan akhirnya Chick melalui kehidupan hari tua yang bahgia. Dia malah sudah berbaik dengan anak perempuan kesayangannya.

p/s terpulang la korang nak percaya atau tidak pasal Chick ni. Tapi sejujurnya saya percaya. Dahla baca buku ni malam-malam. mula-mula takut tapi at the end last2 page tu menangis teruk. Terus call mak, rindu tetiba. πŸ˜‚πŸ˜’

SEBELAS PATRIOT -ANDREA HIRATA



Buku hasil penulisan Andrea Hirata tak pernah mengecewakan. Pasti akan terselit pelbagai emosi selepas menyelak sehelai demi sehelai tulisan beliau. Apa ye nak ulas buku ni?

Buku ini bukan sekadar tentang bola sepak.

Ayah Bujang terpaksa berhenti bermain bola sepak selepas lutut nya hancur. Pada asalnya ayah Bujang adalah juara jaguh kampung (senang cite). Memang ayah Bujang tidak pernah menceritakan tentang punca sakit tersebut, tetapi Bujang dapat mengetahui kisah sebenar dari kawan-kawan ayah. Ayah bujang dihancurkan tempurung lutut oleh pihak Belanda, lantaran berjaya mengalahkan perlawanan bola sepak ketika vs dengan penjajah tersebut.

Bagi mereka, jika kita tak mampu untuk menuntut kemerdekaan, biarlah kita buktikan kita bebas dalam perlawanan bola sepak ini. Hal ini kerana, perlawanan bola sebelum-sebelum ini lebih pada berat sebelah. Pihak penjajah tidak membenarkan rakyat Indonesia menang dan mesti mengalah dan dikalahkan. Tetapi ayah Bujang dan team bola nya mempunyai prinsip yang berbeza.

Meskipun Bujang tidak berjaya menunaikan hasrat ayahnya untuk mewakili ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi ayahnya telah cukup berbangga dengan semangat dan kesungguhan Bujang. Pengakhiran babak adalah dia berada di kota Paris, membeli jersey pemain kegemaran mereka. Luis Figo.


Persamaan kedua-dua buku ini adalah KASIH-SAYANG IBU AYAH. Satu nya tentang betapa cinta Chick pada ibunya, dan mungkin tentang ayah terselit sedikit. Satu lagi kisah Bujang yang ingin menunaikan hasrat ayahnya, dan pasti ditunaikan oleh si anak dengan cinta juga πŸ’“

Lelaki dari syurga?

Kelas habis awal harini, student semua nak balik awal. Langit bertukar warna kelabu, mengandung anak-anak hujan gamaknya. Tinggal berapa masa lagi  manik-manik hujan bakal membasahi bumi.
Aku menapak sepi ke meja kerja aku. Semua officemate sudah pulang. Hai awalnya depa ni pulang? Aku mengerling jam. Pukul 6.30. Aku yang lambat bukan depa yang awal πŸ˜‚.

Tiba-tiba Xiomi berbunyi. Aku pelik. Number sapa pulak ni?

"Assalamualaikum. Hello? Siapa ni ye?"

"Izzahhhh..kau tak payah sapa sangat la. Aku niiii..!!"

Lahh. Suara pun kenal. Member lama sekolah dulu. Perempuan ler.

"Tukar number eh?"

"Taklah. Aku cilok kredit adik aku hahaha"

"Hang memang.." ujar aku bersahaja.

Dan sembang yang panjang pun bermula. Dari selepas habis belajar sekolah hingga masuk alam universiti. Dia sekarang sudah bekerja di firma swasta. Semua benda kami share. Dia tak habis dengan gelak suka hati ayam dia je. Dari dulu macam tu. Dia mula membuka topik hangat usia 20-an macam kita-kita ni. Biasalah kawin dan kawin dan kawin lagi. Berapa kali kawin da??πŸ˜…

"Aku rasa nak cari jodoh kat syurga lah.." Dia serius tetiba.

"What? Maksud nya apa? Nak mati syahid ye?"

"Hmm amin. Sapa tak nak mati syahid kan? Aku rimaslah orang asyik tanya. Yang pelik bin ajaibnya tak perasan ke statistik penceraian makin tinggi, orang yang bertanya ni?"

Aku mengiyakan sambil menokok "Lelaki sekarang..entahlah tak ada agama kot"

"Boleh tak aku blame ustaj ustajah yang tak habis-habis promote suruh nikah terus, kahwin terus, tak payah bercouple?"

Aku diam sebentar "Sebab apa kau fikir camni?"

"Diorang memang bagus menggalakkan pernikahan. Sebab couple ni macam membawa penzinaan kan? Tapi di sebalik suruh bernikah cepat tu, mungkin ustaj ustajah lupa nak tekankan kepentingan cari pasangan yang berilmu dan beragama. Yang penting halal kan cepat."

Aku diam sambil meneliti terus usul dewan dia. hehe.

"Masalahnya aku tak rasa diorang membetulkan keadaan. Sepatutnya kita kena mencegah dari merawat. Kalau sibuk merawat, memang tak habis pesakit. Kenapa kita tak cegah je diorang dari kena penyakit couple. Lets say pergaulan both gender. Lets say mak ayah kena rajin sikit update kehidupan anak-anak. Bagi kasih sayang secukupnya. Supaya anak diorang rasa kasih-sayang yang cukup. Pastu diorang kena la ajar dan bagi didikan agama cukup cukup supaya anak tu takutkan Tuhan"

"Haha. Now aku rasa kau nak blame parents diorang pulak" Aku bergurau.

"Iye. Memang. Kalau dah tau nak berkeluarga, menggatal sangat. Siapkan la diri tu dengan ilmu yang cukup. Ni sibuk nak kawin, pastu anak tak pandai jaga. Lain la diorang rasa diorang tak beranak haha"

"Woah gurau kasar kau ni. So apa jawapan kau bila makcik2 tu tanya pasal ni? Aku tak rasa kau bentang usul ni pada diorang kan hehe." Aku pusing ke tajuk mula.

"Aku cakap je. Aku nak cari lelaki dari syurga" 

WOW ! AKU TERUJA !

"Kau tau?! Terkejut diorang aku jawab camtu. Bila sebut syurga, diorang insaf la kot. Terus diorang doakan aku. Insha Allah. Takde jodoh kat dunia..ade kat syurga ye.. hahaha"

"Aku bosanlah fikir benda ni. Apa? Diorang ingat kalau kita tak kawin tak boleh bahgia eh? Tu kerja Tuhan lah. Takkanlah Allah jadikan kita kat dunia semata-mata untuk cari jodoh (lolπŸ˜‚ part ni aku gelak habiss). Banyak lagi sebab kita nak hidup. Ye tak Izzah? That guy tu datang dalam hidup kita cuma nak menghidupkan perjalanan kita je. Kalau takde, bukannya kita sesat tak jumpa jalan dah.

Ala kau tengok lelaki sekarang. Berapa je yang bertahan dalam zaman fitnah ni. Yang solat penuh entah berapa kerat. Entah-entah dah pupus. Yang faham bab nafkah kepada isteri. Yang macam ayah atok moyang zaman dulu entah ada lagi tak sekarang. Aku tak dela kata aku ni baik sangat. Tapi sebab aku tak baikla aku nak cari lelaki yang elok-elok. Dari syurga" Dia non stop memberi usul panjangnya.

Hmm macam skeptikal sangat dengan lelaki ni tetapi ada benarnyaπŸ˜“

"Tapi kan aku rasa kau elok je kawin awal. Sebab kau kan keja office. Dunia dia lain. Aku ni academic line. People a bit professional la kot. Sama ada kau kena kacau atau hati kau kena kacau!" haha saja berlawak dengan dia.

"Ahh yang tu aku dah prepare. Kalau diorang usik-usik aku. Aku cakap je 'mohon jadi lelaki yang berguna'. Diorang kat ofis selalu pass kerja kat aku, maklum la aku muda, perempuan. So bila aku laser sikit, kaw kaw diorang terasa. Tak jadi pass, tak jadi kacau haha."

Gangster kawan aku sorang ni πŸ˜‚πŸ˜¨

"Kalau hati aku kena kacau eh?? Hmm I have THREE RULES" (part ni awesome jugak aku rasa, boleh le ambik buat bekalan hidup. eh)

Rule 1: Lelaki baik semua telah habis atau dimiliki.
Rule 2: Lelaki handsome semua playboy (lol😁)
Rule 3: Muka aku ni orang minat? Jangan nak perasan sangat laa...."

" So lelaki dari syurga nya mana?" Saja aku tanya. Konfius

"Itula takde dalam senarai. So aku pun tak tau lelaki tu kat mana. Dalam syurga la kot bakal suami aku tu. Because of that, aku pun kena berusaha jadi baik jugaklah. Kau doakan aku tau. Malas la aku nak cakap kat diorang benda ni. Kau je faham kan. Doakan aku boleh tak ustazah Izzah?"

"Bila pulak aku ustazah -.- ? Tu student yang panggil aku. Insha Allah amin kau doakan aku jugak. Best jugak dengar usul kau ni hehe. Tapi aku tak fahamla. Apa maksud kau lelaki dari syurga ni. Kau tak nak kawin kat dunia la ye?"

"Bukan la. Aku fikir macam tu supaya aku tak pening-pening dah fikir pasal jodoh ni. Jodoh ni dah ada dalam takdir kita. Aku rileks je sebenarnya, tapi sebab makcik dan jiran suka tanya. Buat aku serabut. Bila aku keep my mind macam ni kan, aku boleh stop fikir dah.

Kalau jodoh kat dunia kita dapat yang elok-elok. Insya Allah aku dan dia akan sama-sama jejak syurga. Ceewah hehe. Tapi betul la kan? Jodoh sampai syurga. Setahu aku, kat syurga semua manusia ni Allah ciptakan pasangan. Siapa yang tak sempat jumpa jodoh kat dunia, Allah sediakan kat akhirat. Dalam syurga. So aku ni cari jodoh dari syurga laa. Either aku berjodoh kat dunia sampai la ke syurga atau aku bertemu jodoh kat syurga terus."

"Wahh besar cita-cita kau ni. Jom! Aku pun nak jumpa kau kat syurga!"

"Kau tengok, nilah kebaikannya aku fikir camni. Aku lagi bersemangat nak berubah jadi lebih baik. Upgrade lagi dan lagi amalan-amalan aku. Kalau nak buat benda dosa-dosa ni, aku akan ingat balik cita-cita terulung nak masuk syurga. Tapi bukan la solely sebab nak jodoh. Kau kan selalu pesan kat aku. Kita cari Allah, kita dapat segalanya termasuk jodoh, kan? Haa bonus la tu kiranya." Panjang lebar dia bercerita.

Aku terdiam lama sambil sel-sel cerebrum cereblum sedang berhubung meng'interpret' data-data yang aku dengar tadi. Macam bagus😎(the result of interpretation πŸ˜†)

"Eh Izzah apasal senyap je? Cite la pasal kerja kau. Penat la aku je cakap. Busy betul aku ni nak call kau asyik tak sempat je"

Dan aku membuka hikayat kehidupan kerja aku yang takdelah bunga bunga sangat. Dihiasi lalang belukar jugak kekadang kihkih. Orang nampak macam hebat je kan. Lecturer di usia muda.

"Kalau ada jodoh aku nak kawin dengan Assyahid Ammar hehe"

Dia sempat lagi bergurau lepas bagi salam. Hai sabar jelah budak ni.

Lepas habis 'tutup majlis' sembang ngan dia. Aku pun kemas-kemas beg nak pulang. Maghrib nak masuk. Aku meniti laluan koridor sambil otak aku ligat fikir balik semua apa yang dia cakap. Ada betulnya. I just cant deny it. Macam best jugak jawab macam tu kalau orang tanya.

'Mencari lelaki dari syurga'

Ufuk barat memerah indah di langit sana. Laju aku meredah jalan. Azan maghrib berkumandang sayup sayup di langit. Sayup dan syahdu, buat aku rindu pada bau nya syurga. Tuhan, izinkan aku ke sana dengan hisaban yasira. amin.

**Ini sekadar perkongsian coretan dari sembang2 kami. You are allowed to agree to disagree.
P/S: tanpa ku sedari, sekarang ni aku dah terikut jawapan kawan aku yang sorang ni πŸ˜†mohon jangan pelikπŸ˜‚

TAMAN FIRDAUSI- IN TEAM

Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi

Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati
Di sana tiada derita
Bahkan usia ?kan kekal remaja

Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa

Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa

Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya

(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)

Haruman Raihan yang memikat sukma
Dan linangan Salsabila
Mahligai permata megah mempesona
Tak tergambar hebatnya







Sehari di bank bank Malaysia

Hari ini aku kena setelkan banyak benda kat bank² di kuala kangsar.

MAYBANK
Nak buka savings account at maybank. Sebenarnya ni kali ke dua aku datang. Sebab sebelum ni tak boleh. Entah la. Labu pun tak tau kenapa tak boleh buka. Diorang ade macam² alasan sekarang ni. Lepas aku nego ngan officer tu, dia cakap macam nilah. Apa kata bukak je maybank2u yang online punya. Adaa..pegi explore. Haha pulakkk! Selama ni tak kasi. Okay lah camtu tata kak.

TABUNG HAJI
Aku suka tolak saving aku ke TH. Sebab aku tau dividen th tinggi. So aku ke pegi kaunter th. Macam biasa ambil nombor. Jadinya tadi terus officer th tanya.

"Ada akaun bank Islam tak?" Of coz la ada.

"Ok. Lepas ni tak payah susah² beratur. Semua boleh transfer via atm maybank, bank rakyat, atau bank Islam."

Aku senyum je. Hehe. Saya tahu malah sangat tahu.

Dalam hati aku..iye saya tahu kak. Tapi saya tak berkenan ada cas RM1.06 sen tuu. Memangla sikit je. Memanggg.

Cuba bayangkan 1.06 × 1000 kali transfer? Aii buat duit bank ni.

Paling tak menahan tu. 0.06 sen gst. Tu paling concern in the world okay :3

BSN
Aku datang bank sebab nak tutup akaun. Tadi aku try cucuk kad.YOUR  CARD HAS BEEN EXPIRED. Macam tula lebih kurang. Okay. So aku ambik no pegi bsn. Udahnya lain cerita.

"Tak payah la tutup ni dik. Kot ada function lain nanti"

Aku diam. " Saya rasa tak da guna"

"Takpe. Nanti kalau setahun tak guna, akaun akan tutup sendiri. Tukar kad je lah"

Aku mengalah. "Boleh la. Tukar kad jelah". Sigh.

Sambil officer tu tukar kad. Dia menyembang dan buat promote kad kredit pulak kat aku. Untuk pengajar murah etc. Pulakk dahh😂😂.  Aku faham tapi aku tak nampak kegunaan kad tu for this current moment. Aku bahgia je tak de credit card.

"Nanti lah. Takpee. Tengokla camna. "Punya la  dia pujuk aku boleh buat tak reti je. Udahnya dia tanya.

"Kerja mana?". "Oh saya mengajar *atas tu*"

"Eh adik saya kat situ jugak. Admin..Suami kerja mana?"

Okay. Yang ni aku gelak habis dalam hati. "Err saya mana ada suami..kawin pun belum" 😪

"Oh iyeke. Adik saya situ pun muda lag.  Bujang..dia nak jaga parents kan."

Haha. Okay 😅

'Ajar subjek apa?"

"Finance"

Dia terdiam sejenak. "Patutla pun."

Hope u understand why he said patutla pun hahah. Kbai. Sabo jelah encik cik bank ni. Panjang lagi bsn ni tapi sampai situ jelah nak cerita. Klako pun ada.

Nak kata aku peramah..tapi dia yang tanya. Takkan nak tipu kot. Akak² aku selalu cakap diorang pegi bank takde pulak kena tanya. Haila nasib badan. Sigh.

Okay jumpa lagi diary :) Aku tengah pening struktur sem depan. Tu gatai menulis  hihi!









Sederhana Itu Mungkin Aku?

Bila aku terobek tahun demi tahun lalu, raya demi raya. I was concious on something bout me. Dah lama takda baju rayaπŸ˜…πŸ˜… baju baru ada tapi baju raya yang spesifik untuk raya memang tak da.

Banyak nya baju yang dibeli sebab nak ke kuliah atau kerja. Kebanyakannya beli tanpa sengaja. Maybe sebab ada sale, tertarik dll. Frankly sebab murah. Lainnya aku tak peduli tambah kalau mahal kan. Even baju tu trend semalaya or sedunia, aku memang tak peduli.

Aku masih ingat ketika aku sekolah rendah. Ada satu tahun tu aku dilupai haha. Family aku really forgot nak beli kain baju untuk aku. Im not having any heart injured at that time. Tak de? Tak pa je. Seriously tak boleh lupa tahun tu. Sebab mak dok puji aku berulang ulang bahawa aku ini matang.haha lol. Padahal aku memang tak kisah.

Aku rasa memang tak boleh kerja dunia korporat dengan cara aku camni. Elok sangat Allah takdirkan aku masuk academic line. Hidup aku lebih terarah pda cita-cita agung. Menjadi manusia berguna untuk masyarakat langsung berbakti pada agama dan seisi dunia.

Erm maybe another reason. Aku segan bila bergaya. Tak tau kenapa. My type is not like girls nowadays. Makeup hipster trendy outfit ootd luls. Bagi aku asalkan tutup aurat dan tak tabarruj sangat. Udah la. Memang aku akui kadang ada rasa cemburu namun perasaan nya hanya sebentar. Lebihnya aku suka diriku. I just cant help myself and this is me. Alhamdulillah.

Menjadi diri sendiri adalah kebahagiaan. Saat kita mencemburui manusia lainnya, hatta cuba meniru gayanya. Lihatlah pada diri semula. Pandang wajahmu di cermin itu. Engkau menggeleng laju merapatkan kening  aneh mu. Kerana itu bukan dirimu.

Dirimu sangat berharga
Caramu sangat berbeda
Gayamu original sentiasa
Tiada copy maupun paste
Ingatlah, menjadi diri sendiri adalah kebahagiaan

Allah matlamat ku
Alquran panduanku
Rasulullah ikutanku
Jihad jalanku
Mati syahid cita citaku
Just be you, wahai kemuliaan ! :)

Menengah rendah- countless memory

Lama. Serasa lama tak menulis. Walau ada apps  ini dalam tablet. Ok aku nak tulis pasal zaman sekolah menengah rendah. Series memang kena tulis sebelum memories fade away.
Masa Men. Rendah aku sekolah di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar , Perak. Sebelah Masjid Ubudiah dan Istana Besar Perak :)

Aku perasan zaman sekolah aku ni macam ada dunia sendiri dengan buku dan library. Dan aku mungkin boleh kategori sebagai budak study. Sport ofcoz bukan la. Budak skema? Not really. Kadang aku taram jugak pakai stokin hitam ke kelas. Bawak det. Conan ke sekolah siap begged kawan bawak buku det. Conan koleksi dia. I think Fatin Nabihah rasanya. Haha.

Tapi budak study mungkin ya becoz i love study very much. Belajar adalah antara nikmat Tuhan yang tak mungkin aku dustakan. Terlalu nikmat. Tambah2 bila faham. Tapi aku akui cabaran, ujian, banjir, suka duka dalam menuntut ilmu are normal things. Kita hadapi lah segalanya. Mungkin terlalu sibuk belajar sampaikan aku kurang peduli benda surrounding. Gossip orang lagi la aku tak pernah join. Aku tau kawan² aku memalam suka buat projek menyembang. Tapi aku lagi selesa berbaring di katil. Sambil membelek belek study notes atau pun membaca buku pinjam dari library (sntsa ada bawah bantal- english/ malay) berteman cahaya lampu koridor. So korang jangan tanya kenapa aku specky before PMR lagi.

Merayap

Kadang² aku suka pergi kelas D. Aku kelas A. Hari sabtu la selalunya as kena hadap putera2 terulung tu. Oh ya aku lupa. Since sekolah aku ni sekolah angkat diraja, maka pelajar perempuan digelar "puteri" dan pelajar lelaki digelar "putera". Contohnya 'budak putera yang ambik'. Biasalah tu. Ok back tu sabtu story. Aku memang tak berapa sangat dengan student kelas aku sebab kelas tu semua kuat belajar dan so serious man. Mostly prefect dan majlis pelajar, wakil sekolah  dan banyak lagi lah dari kelas A dan B. Kesah pulak aku πŸ˜ͺ. Aku rasa aku ni sesemut je dalam kelas tu. Masa first time aku dapat no 1 dalam form pun macam takda perasaan. " Ooh ye ke". Haha. So aku suka merayap ke kelas D. Meet my feveret friend Najwa. Seronok sembang dan menyanyi 'se slow' yang mungkin dengan dia. Sambil² study menunggu prep Sabtu berakhir. Kelas tu jgn tnya budak putera buat apa. Macam² projek peliknya. Baling² kertas ape entah. Kelas A aku semua study silencely.
Makanya bila aku datang budak putera kelas tu akan mengusik " Weh budak pandai datang-budak pandai datang". Ni semua geng² melepak luar kelas. Tapi aku dengan clueless nya macam pelik. Apa kaitan dengan aku pulak. So aku buat tak tahu je. Kelas A so kenapa? Aku ni sesemut je. Cuma kalau diorang bising sangat tu yang kami akan study kat rumah bulat-Bawah bangunan kelas. Sebab hari Sabtu sebenarnya bebas belajar mana² asalkan pergi sekolah. Seronok belajar kat situ. Kalau ada manggis atau mangga, boleh la petik sebiji dua. Masa ni memang ade geng study- Aziah, Hawwa, Nasihah dan ramai lagi. Hehe.

Jiwa muda

Aku tau zaman sekolah biasalah darah muda. Macam² baru nak dikenal jiwa muda ini. Tapi mungkin aku dah terlalu jatuh cinta dengan belajar dan buku, maka aku tak pernah peduli semua benda macam tu. Aku tak lupa. Classmate aku dulu siap ada admire sangat² pada akhi tu ukhti ni. Ada yang berutus dari jauh. Aku tahu pun sebab dibawa angin dari angkasa, but to know exactly the deep story is not me. Malaih nak layan dan tak faham benda pelik macam tu. Oh lupa, sekolah tu juga wajib memanggil senior as "akhi ukhti" dan panggilan saya dan kamu " ana enta enti". Wajib weh. Kalau F1 tak praktis habis la kome kena ngan senior. Mungkin sekolah ni macam trend kot, suka mengmatch- match orang. Kalau puteri present kat depan, satgi orang dok panggil nama mana² putera yang depa rasa ada angin² gossip dengan si puteri tu. Yes pernah kena. Tapi not to remember kot. Pedih. In other way around, kalau putera present, puteri senyap seribu batu. Dan aku rasa sampai harini aku masih lagi clueless benda² macam tu. Kerana aku adalah sejenis manusia yang dah 20 an tapi feveret masih lagi anime dan Japanese movie. The thing is that, I had always find a good thing and good value inside their storylines. Sambil belajar bahasa japan. Tapi korea memang taklah. Lebih ngarut dari bagus.

Buku bawah bantal

Ahh bercerita tentang buku. Rindu pulak. Dulu dekat bawah bantal sentiasa ada buku library. Kalau lama sangat pinjam terpaksa kena renew. Dari buku fakta sampailah fiksyen. Dan aku masih ingat, kawan baik aku Aziah pun suka membaca. Tapi dia lagi power sebab tukar buku setiap 1 atau 2 minggu. Bila aku masuk F2, kitorang kena buat journal. Ticer cakap aku lemah vocab. So memang kena improve.
So korang tau apa aku buat? Dari buku buku melayu asyik mereput bawah bantal, aku tukar buku english sepanjang form 2. Adalah jugak cheat week pinjam malay book. Haha . Tapi at most aku paksa baca sebelum tido and dapatkan 20 vocab. Dan ada beranak buku wajib atas katil on that time iaitu thesaurus kak yong. Yang paling banyak aku pinjam English books are Enid Blyton books. Buku kanak2 sebab easy to read and seronok baca cite children story. At the same time banyak words baru. Haa gittu. So memang aku ade kertas lipat panjang2 untuk tulis vocab. Benda paling tak boleh lupa, aku hantar satu buku tu kat library and aku hantar sekali vocab lists. Ended up aku terhilang harta berharga aku.waaaπŸ˜‚

Suka hati

Aku ni suka belajar. Dan suka belajar aku ni membuat kan aku suka hati nak buat apa asalkan dapat belajar. Ye awal² masa F1, aku seorang yang sangat pasif. Started from F2, everything changed as my promise to myself. I have to break my own wall. So, apa yang aku buat? Aku still budak yang follow rules cuma ada benda yang aku cuba escape. Seriously cannot forget yang ni. Dolu², F1 puteri takda bilik prep. So diorang either study kat dewan atau musolla. Maybe sekarang juga kut. Yang aku ni ada meja jepun-meja kaki pendek. Meja tu aku usung ke musolla dan study sensorang. Padahal up to F2 semua ada bilik prep dah  dan wajib study situ. Masalah yang timbul adalah bising dan sempit. Tapi bising tu awal² je. Sempit kot. So aku suka huge space. Naik musolla kan, adik² F1 ni bagus. Diorang duduk pun beratur dan tersusun. Space cukup makan jugak tu. Selebihnya kosong. Yang kosong itu milik aku haha. Lelama  kawan² aku yang kaki study ada terperasan aku suka hilang so diorang pun follow. Haha. Ada geng la jugak. Tapi buat kerja masing².
Selain musolla, aku juga merayap ke bilik mesyuarat pengawas untuk prep. Sampailah warden panggil sebab isu apa entah. So kembali lah aku ke bilik prep atau musolla. Ade tempat lain juga kalau prep petang. Hihi. Dekat tepi dewan berdekatan pagar belakang sekolah. Aku lepak kat situ menghafal subjek agama. Susah woo. Al Azhar punya subjek. Aku kurang minat tapi alhamdulillah Allah mudahkan aku dapat elok juga. Sebab aku paksa diri untuk belajar! Ada sekali tu warden lalu, terkejuk beruk aku kena tanya. Tapi cakap je la nak study. Haha.

I made it

Aku selalu kagum dengan setiap pendidik aku . Sampai aku masuk uni pun. Aku tak taulah, tapi Allah mengtakdirkan aku berjumpa dengan orang² yang sangat ikhlas dalam mengajar. So aku cakap kat diri- masa tu aku dok tengok slip exam PMR. Dari satu subjek ke satu subjek, sambil mneyebut nama guru-guru ku mengajar. " Semua guru ini sangat bagus dan bersungguh dalam mengajar, maka kalau aku dapat tak elok tu salah aku. So aku mesti get the best result". Itu janji aku pada diri. But beserta solat hajat da baca yasin setiap hari lah. Kita hidup atas bumi Allah, surely we have to seek His help. Alhamdulillah, mengakhiri zaman menengah rendah dengan suka dan duka. Penuh pengajarn dan harapan. Turun dan naik. Dan the end. 9A.

Banyak lagi aku nak tulis. Tapi tak semua boleh kita kongsi semua cerita kan. Masa aku asyik sakit, demam banyak kali, kaki jammed masa joging pusing istana, dan others yang biasa lah. Budak asrama kan. Tapi semuanya ada hikmah. Believe in Allah.

P/s harini  lets sweat sampai ke istana  lama. Jammed. Naik van akhirnyaaaa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
~Jumpa lagi!!

source: google

Dunia Baru

Dalam riak riak senja, 'unta' ego ungu meluncur laju membelah jalan raya. Terus laju terarah ke kampung permai, padang rengas.

Si pembawa nya bukan termenung, bukan juga termurung. Namun perasaannya melayang layang jauh merentas samudera dunia sini dan dunia sebelumnya.

Durjana kata mereka! Dusta bicara mereka! Penuh dengan sangsi pada takdir Tuhan! Ralit dengan rungutan pada lautan rezeki Tuhan! Apa kamu kira bab rezeki ini penuh canda atau mainan dunia??

Mata terpejam rapat saat dia berhenti di tiga lampu. Lalu menarik nafas dan menghembus lepas. Lepaskan semua sesaknya jiwa dan raga!

Hati ini sibuk berbicara. Sedang badan minta bersantai saja. Rehatkan keduanya. Namun tidak bisa dikawal keduanya lantaran kata manusia buat hatinya terbuai seketika.

Ah! Apa perlu dibilang kata manusia. Hidup mereka adalah hidup mereka. Aku juga punya hidup aku. Persamaannya engkau dan mereka punya Tuhan. Allah Maha Besar.

Dan motor nya terus meluncur laju. Membawa hati yang tadinya sarat dengan resah. Kini, gantinya dengan alhamdulillah.

Lantas, ditenun kembali cebisan masa silam. Semuanya bermula dengan ikhlas dan pengorbanan. Dari seorang lelaki bernama ayah sehinggalah lelaki bernama guru. Semuanya tanpa bicara harta!

Kembali pula pada zaman kemuncak universitinya, penuh dengan rahmat Tuhan. Sesen pun tidak terusik duit keluarga. Semuanya dijamin Tuhan.

Masakan kini, kau tegar tidak membalasnya?? Manusia jenis apa kau??

Tutup rapat rapat telinga. Supaya lupa bicara mereka. Buka luas luas akal dan minda. Supaya lembut kasih Tuhan berbicara.

** tulisan pertama selepas menjawat tutor
**any enquiry? Pm me >'Izzah<

Stronger

Dear Izzah

Its such a long time you didnt write. You didnt even visit me. You didnt even open me for a while. I know you are busy with many thing. You'd just finished your family's wedding. You'd just finished you facilitator's time.

But I know, far away deep in your heart, you are breaking. Deep breaking  heart. Ain't right?....

Hope you are not too much far that you have forgotten your best dream. Listen to me. Life is not easy. Life is not that cheesy. Everything comes with paid.

NO PAIN NO GAIN
NO PAIN NO GAIN
NO PAIN NO GAIN

I just wanna quote your sister's saying. It might be a funny thing. But its meaning full. Here in Malay

"Kalau jodoh tak kemana
 Kalau bodoh pun tak kemana
 Kalau malas lagi lah tak kemana"

Izzah, life has  a choice. You get what you give. You had what you strive for. It just you have to turn to Allah for any such moments, ups and downs. Coz 'this world is designed to break your heart'. But then you have Allah, you have everything!

Hope to see your best performance tomorrow!
Have a very nice day again!
Have a positive vibe into yourself and others!
Smile!!

Remember the best izzah and its well-motivated!
No pain no gain.