Menengah rendah- countless memory

Lama. Serasa lama tak menulis. Walau ada apps  ini dalam tablet. Ok aku nak tulis pasal zaman sekolah menengah rendah. Series memang kena tulis sebelum memories fade away.
Masa Men. Rendah aku sekolah di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar , Perak. Sebelah Masjid Ubudiah dan Istana Besar Perak :)

Aku perasan zaman sekolah aku ni macam ada dunia sendiri dengan buku dan library. Dan aku mungkin boleh kategori sebagai budak study. Sport ofcoz bukan la. Budak skema? Not really. Kadang aku taram jugak pakai stokin hitam ke kelas. Bawak det. Conan ke sekolah siap begged kawan bawak buku det. Conan koleksi dia. I think Fatin Nabihah rasanya. Haha.

Tapi budak study mungkin ya becoz i love study very much. Belajar adalah antara nikmat Tuhan yang tak mungkin aku dustakan. Terlalu nikmat. Tambah2 bila faham. Tapi aku akui cabaran, ujian, banjir, suka duka dalam menuntut ilmu are normal things. Kita hadapi lah segalanya. Mungkin terlalu sibuk belajar sampaikan aku kurang peduli benda surrounding. Gossip orang lagi la aku tak pernah join. Aku tau kawan² aku memalam suka buat projek menyembang. Tapi aku lagi selesa berbaring di katil. Sambil membelek belek study notes atau pun membaca buku pinjam dari library (sntsa ada bawah bantal- english/ malay) berteman cahaya lampu koridor. So korang jangan tanya kenapa aku specky before PMR lagi.

Merayap

Kadang² aku suka pergi kelas D. Aku kelas A. Hari sabtu la selalunya as kena hadap putera2 terulung tu. Oh ya aku lupa. Since sekolah aku ni sekolah angkat diraja, maka pelajar perempuan digelar "puteri" dan pelajar lelaki digelar "putera". Contohnya 'budak putera yang ambik'. Biasalah tu. Ok back tu sabtu story. Aku memang tak berapa sangat dengan student kelas aku sebab kelas tu semua kuat belajar dan so serious man. Mostly prefect dan majlis pelajar, wakil sekolah  dan banyak lagi lah dari kelas A dan B. Kesah pulak aku πŸ˜ͺ. Aku rasa aku ni sesemut je dalam kelas tu. Masa first time aku dapat no 1 dalam form pun macam takda perasaan. " Ooh ye ke". Haha. So aku suka merayap ke kelas D. Meet my feveret friend Najwa. Seronok sembang dan menyanyi 'se slow' yang mungkin dengan dia. Sambil² study menunggu prep Sabtu berakhir. Kelas tu jgn tnya budak putera buat apa. Macam² projek peliknya. Baling² kertas ape entah. Kelas A aku semua study silencely.
Makanya bila aku datang budak putera kelas tu akan mengusik " Weh budak pandai datang-budak pandai datang". Ni semua geng² melepak luar kelas. Tapi aku dengan clueless nya macam pelik. Apa kaitan dengan aku pulak. So aku buat tak tahu je. Kelas A so kenapa? Aku ni sesemut je. Cuma kalau diorang bising sangat tu yang kami akan study kat rumah bulat-Bawah bangunan kelas. Sebab hari Sabtu sebenarnya bebas belajar mana² asalkan pergi sekolah. Seronok belajar kat situ. Kalau ada manggis atau mangga, boleh la petik sebiji dua. Masa ni memang ade geng study- Aziah, Hawwa, Nasihah dan ramai lagi. Hehe.

Jiwa muda

Aku tau zaman sekolah biasalah darah muda. Macam² baru nak dikenal jiwa muda ini. Tapi mungkin aku dah terlalu jatuh cinta dengan belajar dan buku, maka aku tak pernah peduli semua benda macam tu. Aku tak lupa. Classmate aku dulu siap ada admire sangat² pada akhi tu ukhti ni. Ada yang berutus dari jauh. Aku tahu pun sebab dibawa angin dari angkasa, but to know exactly the deep story is not me. Malaih nak layan dan tak faham benda pelik macam tu. Oh lupa, sekolah tu juga wajib memanggil senior as "akhi ukhti" dan panggilan saya dan kamu " ana enta enti". Wajib weh. Kalau F1 tak praktis habis la kome kena ngan senior. Mungkin sekolah ni macam trend kot, suka mengmatch- match orang. Kalau puteri present kat depan, satgi orang dok panggil nama mana² putera yang depa rasa ada angin² gossip dengan si puteri tu. Yes pernah kena. Tapi not to remember kot. Pedih. In other way around, kalau putera present, puteri senyap seribu batu. Dan aku rasa sampai harini aku masih lagi clueless benda² macam tu. Kerana aku adalah sejenis manusia yang dah 20 an tapi feveret masih lagi anime dan Japanese movie. The thing is that, I had always find a good thing and good value inside their storylines. Sambil belajar bahasa japan. Tapi korea memang taklah. Lebih ngarut dari bagus.

Buku bawah bantal

Ahh bercerita tentang buku. Rindu pulak. Dulu dekat bawah bantal sentiasa ada buku library. Kalau lama sangat pinjam terpaksa kena renew. Dari buku fakta sampailah fiksyen. Dan aku masih ingat, kawan baik aku Aziah pun suka membaca. Tapi dia lagi power sebab tukar buku setiap 1 atau 2 minggu. Bila aku masuk F2, kitorang kena buat journal. Ticer cakap aku lemah vocab. So memang kena improve.
So korang tau apa aku buat? Dari buku buku melayu asyik mereput bawah bantal, aku tukar buku english sepanjang form 2. Adalah jugak cheat week pinjam malay book. Haha . Tapi at most aku paksa baca sebelum tido and dapatkan 20 vocab. Dan ada beranak buku wajib atas katil on that time iaitu thesaurus kak yong. Yang paling banyak aku pinjam English books are Enid Blyton books. Buku kanak2 sebab easy to read and seronok baca cite children story. At the same time banyak words baru. Haa gittu. So memang aku ade kertas lipat panjang2 untuk tulis vocab. Benda paling tak boleh lupa, aku hantar satu buku tu kat library and aku hantar sekali vocab lists. Ended up aku terhilang harta berharga aku.waaaπŸ˜‚

Suka hati

Aku ni suka belajar. Dan suka belajar aku ni membuat kan aku suka hati nak buat apa asalkan dapat belajar. Ye awal² masa F1, aku seorang yang sangat pasif. Started from F2, everything changed as my promise to myself. I have to break my own wall. So, apa yang aku buat? Aku still budak yang follow rules cuma ada benda yang aku cuba escape. Seriously cannot forget yang ni. Dolu², F1 puteri takda bilik prep. So diorang either study kat dewan atau musolla. Maybe sekarang juga kut. Yang aku ni ada meja jepun-meja kaki pendek. Meja tu aku usung ke musolla dan study sensorang. Padahal up to F2 semua ada bilik prep dah  dan wajib study situ. Masalah yang timbul adalah bising dan sempit. Tapi bising tu awal² je. Sempit kot. So aku suka huge space. Naik musolla kan, adik² F1 ni bagus. Diorang duduk pun beratur dan tersusun. Space cukup makan jugak tu. Selebihnya kosong. Yang kosong itu milik aku haha. Lelama  kawan² aku yang kaki study ada terperasan aku suka hilang so diorang pun follow. Haha. Ada geng la jugak. Tapi buat kerja masing².
Selain musolla, aku juga merayap ke bilik mesyuarat pengawas untuk prep. Sampailah warden panggil sebab isu apa entah. So kembali lah aku ke bilik prep atau musolla. Ade tempat lain juga kalau prep petang. Hihi. Dekat tepi dewan berdekatan pagar belakang sekolah. Aku lepak kat situ menghafal subjek agama. Susah woo. Al Azhar punya subjek. Aku kurang minat tapi alhamdulillah Allah mudahkan aku dapat elok juga. Sebab aku paksa diri untuk belajar! Ada sekali tu warden lalu, terkejuk beruk aku kena tanya. Tapi cakap je la nak study. Haha.

I made it

Aku selalu kagum dengan setiap pendidik aku . Sampai aku masuk uni pun. Aku tak taulah, tapi Allah mengtakdirkan aku berjumpa dengan orang² yang sangat ikhlas dalam mengajar. So aku cakap kat diri- masa tu aku dok tengok slip exam PMR. Dari satu subjek ke satu subjek, sambil mneyebut nama guru-guru ku mengajar. " Semua guru ini sangat bagus dan bersungguh dalam mengajar, maka kalau aku dapat tak elok tu salah aku. So aku mesti get the best result". Itu janji aku pada diri. But beserta solat hajat da baca yasin setiap hari lah. Kita hidup atas bumi Allah, surely we have to seek His help. Alhamdulillah, mengakhiri zaman menengah rendah dengan suka dan duka. Penuh pengajarn dan harapan. Turun dan naik. Dan the end. 9A.

Banyak lagi aku nak tulis. Tapi tak semua boleh kita kongsi semua cerita kan. Masa aku asyik sakit, demam banyak kali, kaki jammed masa joging pusing istana, dan others yang biasa lah. Budak asrama kan. Tapi semuanya ada hikmah. Believe in Allah.

P/s harini  lets sweat sampai ke istana  lama. Jammed. Naik van akhirnyaaaa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
~Jumpa lagi!!

source: google