Sehari di bank bank malaysia

Hari ini aku kena setelkan banyak benda kat bank² di kuala kangsar.

MAYBANK
Nak buka savings account at maybank. Sebenarnya ni kali ke dua aku datang. Sebab sebelum ni tak boleh. Entah la. Labu pun tak tau kenapa tak boleh buka. Diorang ade macam² alasan sekarang ni. Lepas aku nego ngan officer tu, dia cakap macam nilah. Apa kata bukak je maybank2u yang online punya. Adaa..pegi explore. Haha pulakkk! Selama ni tak kasi. Okay lah camtu tata kak.

TABUNG HAJI
Aku suka tolak saving aku ke TH. Sebab aku tau dividen th tinggi. So aku ke pegi kaunter th. Macam biasa ambil nombor. Jadinya tadi terus officer th tanya.

"Ada akaun bank Islam tak?" Of coz la ada.

"Ok. Lepas ni tak payah susah² beratur. Semua boleh transfer via atm maybank, bank rakyat, atau bank Islam."

Aku senyum je. Hehe. Saya tahu malah sangat tahu.

Dalam hati aku..iye saya tahu kak. Tapi saya tak berkenan ada cas RM1.06 sen tuu. Memangla sikit je. Memanggg. 

Cuba bayangkan 1.06 × 1000 kali transfer? Aii buat duit bank ni.
Paling tak menahan tu. 0.60 sen gst. Tu paling concern in the world okay :3

BSN
Aku datang bank sebab nak tutup akaun. Tadi aku try cucuk kad.YOUR  CARD HAS BEEN EXPIRED. Macam tula lebih kurang. Okay. So aku ambik no pegi bsn. Udahnya lain cerita.

"Tak payah la tutup ni dik. Kot ada function lain nanti"

Aku diam. " Saya rasa tak da guna"

"Takpe. Nanti kalau setahun tak guna, akaun akan tutup sendiri. Tukar kad je lah"

Aku mengalah. "Boleh la. Tukar kad jelah". Sigh.

Sambil officer tu tukar kad. Dia menyembang dan buat promote kad kredit pulak kat aku. Untuk pengajar murah etc. Pulakk dahh😂😂.  Aku faham tapi aku tak nampak kegunaan kad tu for this current moment. Aku bahgia je tak de credit card.

"Nanti lah. Takpee. Tengokla camna. "Punya la  dia pujuk aku boleh buat tak reti je. Udahnya dia tanya.

"Kerja mana?". "Oh saya mengajar *atas tu*"

"Eh adik saya kat situ jugak. Admin..Suami kerja mana?"
Okay. Yang ni aku gelak habis dalam hati. "Err saya mana ada suami..kawin pun belum" 😪

"Oh iyeke. Adik saya situ pun muda lag.  Bujang..dia nak jaga parents kan."

Haha. Okay 😅

'Ajar subjek apa?"

"Finance"

Dia terdiam sejenak. "Patutla pun."

Hope u understand why he said patutla pun hahah. Kbai. Sabo jelah encik cik bank ni. Panjang lagi bsn ni tapi sampai situ jelah nak cerita. Klako pun ada.

Nak kata aku peramah..tapi dia yang tanya. Takkan nak tipu kot. Akak² aku selalu cakap diorang pegi bank takde pulak kena tanya. Haila nasib badan. Sigh.

Okay jumpa lagi diary :) Aku tengah pening struktur sem depan. Tu gatai menulis  hihi!








No comments:

Post a Comment